blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Filem HINA MUHAMMAD Timbul Kemarahan SELURUH DUNIA

Thursday, September 13, 2012

Filem yang menghina Nabi Muhammad SAW berjudul "Innocence of Muslims" telah menimbulkan kemarahan masyarakat Muslimin di seluruh dunia. Filem itu diterbitkan oleh Sam Bacile, berdarah Amerika-Israel, di Amerika Syarikat.

Pada hari Rabu (12/9/2012), hari kedua demonstrasi rakyat Muslim di Libya dan Mesir yang meneruskan tunjuk perasaan terhadap filem yang benar-benar menghina, mempermainkan, dan memfitnah Rasulullah SAW.

Para demonstran Mesir berkumpul di kedutaan besar AS di Kaherah telah merobohkan dan membakar bendera AS, dan menyeru untuk menutup kedutaan AS.

Aksi yang sama turut berlakui di Tunisia, Maroko, dan Sudan yang turut mengutuk tindakan keji orang kafir dengan filem tersebut.

Di Tunis, ibukota Tunisia, para demonstran juga menyeru supaya kedutaan AS di negara mereka ditutup, menunjukkan kebencian mendalam dari diri mereka terhadap AS.

Protes berlaku di Palestin, di ibu kota Gaza rakyat Palestina membakar bendera AS dan menunjukkan kemarahan mereka terhadap filem anti-Islam tersebut.

Pada malam Selasa (11/9), di kota Benghazi, timur Libya, demonstrasi telah menyebabkan kematian duta besar AS di Libya, Chris Stevens, bersama tiga kakitangan kedutaan AS lain ketika demonstran Muslim menembak roket ke arah gedung Konsulat AS di kota itu hingga terbakar.

Filem itu juga dipromosikan oleh Paderi Terry Jones yang terkenal kerana aksinya membakar al-Qur'an.

Terdapat laporan yang menyebut filem tersebut dibiayai sebesar USD 5 juta, yang berasal dari poket lebih dari 100 orang Zionis.

"Ini (filem penghina Islam) jelas merupakan perbuatan jahat. Jadi saya merasakan mahkamah di California sedang meninjau secara hati-hati terhadap filem ini dan para penulisnya yang nampaknya mendapat dana dari Zionis dan Koptik Islamofobia," kata Franklin Lamb, pengacara antarabangsa yang berpusat di Beirut dalam wawancara dengan Presstv pada Rabu (12/9).
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks