blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Wanita TEMBAK, POTONG KEPALA Perogol Dan Letak Di TENGAH KAMPUNG

Friday, September 7, 2012
Mengerikan: Yildirim membawa kepala Gider yang berlumuran darah selepas dipotong, ke tengah dataran kampungnya dan kemudian mencampakkannya di hadapan penduduk yang terkejut.

Wanita ini adalah seorang mangsa rogol yang telah hamil dan kemudiannya telah menembak dan memotong kepala perogolnya dan kemudian meninggalkan kepalanya di dataran kampungnya.

Nevin Yildirim, 26, kini sedang menunggu perbicaraan selepas membunuh lelaki itu di rumahnya di Yalvac, Turki minggu lalu.

Ibu kepada dua orang anak ini mendakwa telah lima bulan hamil anak perogol itu.


Balas dendam: Nevin Yildirim (kiri) telah menembak dan memotong kepada Nurettin Gider (kanan), yang di dakwanya telah berulang kali merogolnya, dan kemudian meletakkan kepalanya yang terputus di dataran kampungnya di Turki.

Beliau juga menuntut pihak berkuasa agar membenarkanyya menggugurkan kandungan walaupun dia telah melepasi masa empat minggu, melebihi tempoh sepuluh minggu yang dibenarkan oleh Turki.

Yildirim berkata, Nurettin Gider mula menyerangnya beberapa hari selepas suaminya yang keluar bekerja di bandar lain pada bulan Januari lalu.

Dia mendakwa lelaki itu telah mengugutnya dengan pistol dan berkata akan membunuh anak-anaknya yang berusia dua dan enam tahun, jika dia tidak senyap, menurut laporan CNN.com.

Wanita itu terus dirogol dalam masa lapan bulan seterusnya sehingga 28 Ogos apabila Yildirim memutuskan untuk menamatkannya.

Pada tarikh itu dia telah menembak Gider selepas lelaki itu memanjat dinding belakang rumahnya dan kemudian menembaknya sekali lagi apabila dia hendak mencapai senapangnya.

"Aku telah mengejarnya. Dia kemudian jatuh ke tanah. Dia kemudian mula (merayu) bersumpah kepada saya.

'Aku kemudian menembak kemaluannya. Dia terus senyap. Aku tahu dia telah mati. Kemudian aku memotong kepalanya. '

Keseluruhannya Yildirim telah ditembak sepuluh kali, termasuk beberapa kali di bahagian pangkal paha. Mangsa juga dilaporkan ditikam di bahagian perut selepas ditembak.

Kepalanya yang telah dipotong dan dalam keadaan bertitisan darah dibawa ke dataran kampung di Yalvac, kata seorang saksi.

Siasatan: Pegawai-pegawai polis di luar rumah Yildirim, lokasi di mana pembunuhan itu berlaku.


Yildirim diiringi ke mahkamah untuk perbicaraan awal minggu ini


Menurut seorang lelaki yang terkejut, ketika kejadian dia sedang duduk minum kopi di luar rumahnya dan mendengar wanita itu berkata: 'Jangan bercakap di belakang saya, jangan main-main dengan penghormatan saya. Ini adalah kepala manusia permainkan penghormatan saya. '

Rakaman video kepala Gider di atas tanah telah dirakam dan disiarkan oleh rangkaian TV tempatan DHA, yang tiba di tempat kejadian sebelum polis.

Perogol itu juga dipercayai telah memeras ugut Yildirim. Gambar bogel mangsa selepas hamil telah diambil pada waktu malam secara curi-curi dan kemudian mengugut untuk menghantar gambar itu kepada ibu bapanya melainkan jika dia terus tidur dengannya.

'Dia terus berkata akan memberitahu semua orang tentang rogol ini,' Yildirim berkata semasa memberi keterangan.

'Anak perempuan aku akan mula bersekolah tahun ini. Setiap orang akan menghina anak-anak aku. Kini tiada siapa yang boleh (menghina).

'Aku menyelamatkan maruah diriku. Mereka kini akan memanggil anak-anak aku adalah anak kepada wanita yang menyelamatkan maruahnya. '

Menurut sumber yang dipetik oleh CNN, Yildirim berkata: 'Aku pernah terfikir untuk melaporkan perbuatan rogol beliau kepada tentera dan polis, tetapi ini akan menunjukkan aku sebagai seorang wanita murahan.

'Memandangkan aku telah mendapat pandangan yang buruk, maka aku putuskan untuk membersihkan maruahku dan bertindak membunuhnya. Aku pernah juga terfikir banyak kali untuk membunuh diri tetapi tidak dapat melakukannya.'

Kumpulan-kumpulan wanita di Turki telah memuji Yildirim sebagai heroin.

Yildirim juga berkata dia bersedia untuk mati jika dia tidak dibenarkan menggugurkan kandungannya.

Perogol Gider, 35, bapa kepada dua anak ini juga adalah bapa saudara Yildirim.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks