blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

'Ustaz MUDA, Tolong JANGAN TERLALU MENGAMPU' - Tokoh UMNO

Wednesday, September 5, 2012

Timbul dua persoalan daripada kenyataan Dr Asri di atas. Soalan pertama, siapakah tokoh UMNO tersebut?. Soalan kedua siapakah Ustaz Muda yang dimaksudkan?.

Jika sebut Ulama Muda Umno yang tergambar di pemikiran pastinya Ustaz Fathul Bari. Antara kenyataan-kenyataan beliau yang mengelirukan ialah apabila beliau mempersenda Zikir Imam Syafie. Orang inilah yang mengatakan zikir itu sesat.

Seorang lagi ialah Ustaz Mohd Radzi Othman yang merupakan Timbalan Setiausaha Sekretariat Ulama Muda UMNO. Dia ini juga gemar menyesatkan semua orang termasuk Syeikh Yusuf Alqardhawi dan Ikhwanul Muslim.

Tidak lupa juga fitnah Ustaz Ahmad Fauzan Yahya terhadap Ketua Pemuda PAS. Beliau juga tanpa ada rasa segan silu dan takut terhadap dosa sanggup menulis dalam kenyataan di FB miliknya kononnya terkejut apabila melihat Ketua Pemuda PAS membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek perempuan pihak Astro Awani.

Tambahnya lagi.. "apa guna memperjuangkan Islam, seandainya hal semudah ini (bersentuh kulit) tidak dapat dijaga, renung-renunkan...."

Oleh itu beliau mengucapkan tahniah kepada sahabatnya Fathul Bari kerana memilih untuk menyolek diri sendiri kerana bimbang tersentuh dengan wanita. Akhirnya fitnah ini terjawab apabila gambar sahabatnya Fathul Bahri bersolek bersama jurusolek wanita turut disebarkan.

Mungkin atas dasar MENGAMPU yang tidak kena tempat dan sekaligus menyusahkan Umno ini menyebabkan beberapa (diulangi BEBERAPA) tokoh atau orang lama di dalam Umno tidak senang dengan mereka.

Read Full 2 comments

Serah WANG Atau Anda Menjadi TERKENAL Dengan GAMBAR XXX

Mangsa bersama Datuk Seri Micheal Chong ketika pertemuan bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah semalam.


KUALA LUMPUR: “Serahkan RM60,000 atau banyak lagi gambar bogel awak akan disebarkan!,” begitu ugutan diterima seorang wanita selepas dia memutuskan hubungan dengan teman lelakinya sejak seminggu lalu sehingga hidup ketakutan.

Ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Chow, 29, menerima ugutan berkenaan menerusi kiriman mesej di laman sosial, facebook miliknya daripada seorang lelaki berserta gambar bogel yang dirakam secara curi ketika dia keluar dari bilik air di rumahnya di Sentul, di sini, tidak lama dulu.

“Saya mengesyaki ia perbuatan bekas teman lelaki yang tidak puas hati kerana saya memutuskan hubungan selepas tidak tahan melayan kehendak nafsunya sejak menjalin hubungan dua bulan lalu,” katanya ketika sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam. Dia yang menemui jalan buntu mendapatkan khidmat nasihat pengerusi biro, Datuk Seri Micheal Chong sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Dalam kes berasingan, seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Jenny, 30, menerima nasib sama apabila gambar bogelnya disebarkan menerusi facebook sejak April lalu.

Menurut Jenny, dia memutuskan hubungan dengan bekas teman lelakinya berikutan perbuatan ganas suspek yang selalu memukulnya sejak menjalin hubungan intim tahun lalu.

Sebaik saja memutuskan hubungan, Jenny menerima SMS daripada suspek mengatakan dia akan menjadi ‘terkenal’ kerana meninggalkannya, bagaimanapun dia tidak mengendahkan ugutan itu sehingga dihubungi rakannya pada April lalu mengatakan terdapat akaun facebook menggunakan nama berserta beberapa gambar bogel miliknya.

Sementara itu, Chong berkata, kedua-dua mangsa tidak menyedari gambar bogel mereka dirakam bekas teman lelaki masing-masing.

“Satu pertemuan dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah diadakan pagi tadi (semalam) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan polis akan menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut,” katanya.


Kredit : Hmetro
Read Full 0 comments

TATOO Lafaz AZAN Pada Tubuh ARTIS INDONESIA



Artis Indonesia Julia Perez atau lebih dikenali dengan panggilan Jupe tampil mengejutkan dalam rancangan televisyen DahSyat di studio RCTI, Kebon Jeruk, Jakarta Barat, pada Isnin (3/9/2012). Sebelum ini selebriti sensasi Indonesia ini pernah menjadi sebutan di kalangan rakyat Malaysia apabila pernah bercadang untuk memakai pakaian dalam yang dilengkapi oleh laser, semata-mata untuk mengalih perhatian pemain Malaysia sempena Final Kedua AFF Suzuki Cup tahun 2010.

Jupe yang berpakaian seperti berkemban itu mempamerkan tato baru yang bertulis huruf Jawi di belakang tubuhnya.

Bukan sekadar tatoo biasa, tetapi perkataan kalimah Arab ini adalah kaligrafi lafaz adzan yang selalu dikumandangkan oleh Muslimin lima kali sehari, iaitu kalimat حَيَّ عَلَي الْفَلاَحِ "Hayya 'alal Falaah".

Selain haram menurut syariat, tatoo pada tubuh yang Jupe lakukan boleh dikenakan Undang-Undang no 1/PNPS/1965 tentang Penyalahgunaan dan atau Penodaan Agama.

Julia Perez yang baru melaksanakan ibadah umrah ke Tanah Suci pernah berjanji akan tampil lebih tertutup dan sopan. Namun, ternyata janjinya hanya sekadar janji.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks