blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Sekarang PARPUKARI Lebih Gemar Minum TEH TARIK..

Tuesday, September 4, 2012
GAMBAR BARU : Blogger tersohor UMNO/BN Parpukari bersama blogger Big Dog (Zakhir Mohamed) di sambutan Hari Terbuka UTUSAN. Air teh tarik menjadi pilihan beliau sebagai pembuka selera.


GAMBAR DULU : Parpukari lebih suka minum air 'kopi' di dalam gelas Guinness Stout. Manakala rakan disebelah beliau lebih gemar minum teh O ais di dalam gelas Tiger Beer.


IKLAN DULU : Khasiat se'teguk' Guinness Stout di dalam iklan bersama model lelaki dipercayai berbangsa Melayu  bersama wanita Melayu berbaju kebaya. Model itu juga dipercayai melakonkan iklan ini dengan meminum air kopi.
Read Full 0 comments

LELAKI Itu Sentiasa MEMEGANG KERAMBIT Di Dalam Masjid


Seorang pemimpin PKR yang turut berada di Masjid al-Husain di Seberang Pumpong, Alor Setar ketika diserbu oleh ahli-ahli Perkasa pada hujung minggu lalu berkata beliau melihat seorang lelaki membawa sebilah kerambit.

Menurut Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Abdul Rahman Yusof, lelaki itu membawa senjata itu di dalam poket hadapat baju vest-nya.


"Saya melihat bahawa dia sentiasa memegang kerambit.

"Saya takut jika berlaku blackout, sesuatu yang dahsyat mungkin berlaku, tetapi nasib baik kerana lampu kecemasan hidup ketika kuasa elektrik dipadamkan," katanya.

Masjid al-Hussain di Seberang Pumpong telah diserang oleh ahli-ahli Perkasa selepas solat Maghrib pada 2 Sept, kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan tazkirah.

Perkasa mendakwa tindakan mereka adalah untuk menghentikan masjid daripada disalahgunakan atas sebab-sebab politik.


Kredit : Mkini
Read Full 0 comments

DAKWA PAS Sesat - Ayuh BUKTIKAN Di MAHKAMAH Jika Berani!


PAS ialah EKSTREM ISLAM kerana :

1. FANATIK
2. KASAR DAN KESAT
3. MEWAJIBKAN YANG TIDAK WAJIB
4. BERPRASANGKA BURUK
5. MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM

Inilah yang dibentangkan semasa Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Tambun Perak. Menariknya bagaimana gambar ini boleh dibawa keluar jika tidak dihebahkan oleh orang UMNO yang jelek dengan dakwaan-dakwaan demikian.

Bak kata ADMIN FB Tok Guru Nik Aziz-
"Takkan nak seronok sorang-sorang je berpencak di padang sendiri. Ayuh kita berpencak di MAHKAMAH, buktikan PAS sememangnya ekstrim & sesat menyesatkan. Ayuh!"

Read Full 0 comments

SUSPEK Pertama Peserta JANJI BERSIH DITAHAN Pagi Tadi



Pada jam 11.10 pagi tadi, seorang suspek MUHAMMAD 'AMMAR B. A RAHMAN, 19 tahun yang merupakan seorang pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetic, Taman Maluri, Cheras telah ditahan oleh sekumpulan Peg D7 & ATIP Bukit Aman di Pej. Peg. Eksekutif Kolej Cybernetics untuk dibawa ke Bkt Aman sebelum serah ke IPD D/Wangi.

DS Hishammuddin Hussein sendiri sudah mengesahkan tangkapan pertama sebentar tadi.
Read Full 0 comments

Atlit Paralimpik IRAN TIDAK BERSALAMAN Dengan KATE MIDDLETON


Seorang atlet Iran tidak bersalaman dengan Duchess of Cambridge  Kate Middleton selepas dia menyampaikan pingat perak di dalam acara lontar cakera pada hari Ahad semalam.

Semalam Kate Middleton menyampaikan pemenang pingat emas acara lempar cakera Paralimpik GB Aled Davies dan pemenang pingat gangsa dari China Lezheng Wang.

Ketika tiba giliran Mehrdad Karam Zadeh untuk menerima pingat, lelaki berusia 40 tahun ini tidak menghulurkan tangan kepada Kate teta[i mendekatkan tangannya di dada sebagai tanda hormat.


Kate Middleton berlalu selepas menyampaikan pingat.


Jurucakap Istana St James menegaskan Duchess telah diberi peringatan agar tidak berjabat tangan.

Keputusannya untuk tidak berjabat tangan dengan Kate adalah kerana mematuhi ajaran Islam yang kuat diamalkan di Iran melarang sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Kate yang telah diberi taklimat mengenai keadaan itu juga tidak menawarkan tangannya untuk bersalam.

Delegasi Iran di London tidak mahu mengulas mengenai kejadian itu, tetapi menurut Daily Telegraph, mereka telah diberitahu oleh penganjur sukan bahawa Zadeh juga tidak akan membuat sebarang kenyataan.

'Ramai atlet lelaki dari negara-negara Islam tidak berjabat tangan di khalayak ramai dengan wanita yang tidak ada kaitan (bukan muhrim) dengan mereka atas sebab-sebab budaya dan agama,' kata wakil istana.

Istana ditambah Middleton telah 'berbesar hati' untuk mendapatkan peluang untuk membentangkan pingat, terutamanya kepada juara British di Davies.

Tahun lepas pasukan bola tampar Iran terpaksa memohon maaf selepas beberapa pemainnya bersalaman dengan pengadil wanita selepas tamat perlawanan menentang Afghanistan.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan media milik kerajaan Iran sambil menyifatkan tingkah laku pemain itu sebagai 'mengejutkan dan tidak wajar'.


Mehrdad Karam Zadeh bersama dengan pemenang pingat emas Aled Davies dan pemenang ketiga Lezheng Wang dari China.





Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks