blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Read Full 0 comments

Bangkai DUGONG Ditemui DI PENGERANG

Bangkai dugong diikat dengan tali bagi mengelakkannya daripada dihanyutkan ke laut sementara menantikan ketibaan Jabatan Veterinar untuk bedah siasat.

JOHOR BAHRU - Seekor bangkai dugong jantan sepanjang 2.1m telah ditemui terdampar di tebing Sungai Rengit Pengerang di sini.

Ia mungkin telah mati lebih daripada 24jam, kata seorang nelayan Hong Thian Hwa, 27.

"Bangkai dugong ini mempunyai banyak kesan luka pada badan dan kepalanya," katanya, sambil menambah bahawa tiada siapa yang mahu untuk meindahkan bangkai tersebut kerana sudah berbau.

Hong berkata kawasan ini terkenal sebagai habitat dugong dan nelayan kerap melihat kelibat haiwan itu di laut. Dugong juga kerap menghampiri bot nelayan.

"Dugong adalah seekor haiwan yang agak besar dan mampu mencapai berat sehingga setengah tan.

"Ini adalah kali pertama penduduk kampung menemui bangkai dugong di sepanjang Sungai Rengit," katanya.

Johor Pengarah Jabatan Perikanan Abdul Hamid Yasin berkata bangkai tersebut akan dihantar ke Jabatan Veterinar untuk bedah siasat.

"Dugong mudah ditemui di sepanjang pantai Johor, terutama di Pengerang, Pasir Gudang dan Gelang Patah," katanya.

Pada Januari 1999, Pak Atan dan anaknya, Roslan, 35, menemui anak dugong yang terperangkap dalam jaring udang berhampiran kelong mereka kira-kira 100 meter dari Kampung Pasir Putih.

Dia membela dan merawat dugong yang cedera, dan menamakannya Si Tenang.

Walau bagaimanapun, haiwan itu mati selepas dibebaskan beberapa hari kemudian.
Read Full 0 comments

Siapa ARTIS Guna SLOGAN MERDEKA Pakatan Rakyat

Sumber : - MPP Online

Bagaimanapun 'artis' ini sudah membuang imej tersebut setelah diasak oleh blogger-blogger PRO-UMNO/BN yang butthurt dengan imej tersebut.

Ini kerana menurut fahaman mereka, artis-artis ini makan gaji serta duit dari kerajaan BN.., so mereka tidak wajar menyokong Anwar dan Pakatan Rakyat.

Lantaran itu mereka menuntut penjelasan yang sepatutnya. Waa...so typical UMNGOK!



Takpelah Yana Samsudin, kami faham. Apa pun yang menarik perhatian kami. Ucapan salam kemerdekaan beliau sangat unik kerana sekurang-kurangya tidak menggunakan slogan 'Janji Ditepati' dan lebih selesa menggunakan slogan 'Haruslah MERDEKA'.

Proud to be Malaysian too!!
Read Full 0 comments

14 Tahun Lalu, Hari Ini TARIKH ANWAR IBRAHIM DILUCUTKAN JAWATAN


KUALA LUMPUR 2 Sept 1998. - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan selepas 16 tahun empat bulan berada dalam kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Kenyataan tiga perenggan Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan tepat pukul 8 malam ini mengumumkan, perlucutan jawatan tersebut yang berkuat kuasa pukul 5.30 petang hari ini telah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Anwar, yang genap 51 tahun pada 10 Ogos lalu, menerima surat perlucutan jawatan itu pada pukul 7.05 malam di kediamannya yang terletak kira-kira 50 meter dari kediaman rasmi Perdana Menteri, Sri Perdana di Jalan Damansara di sini.


Kenyataan tiga perenggan Jabatan Perdana Menteri mengumumkan, perlucutan jawatan tersebut.

Surat itu disampaikan oleh beberapa orang pegawai polis yang dilihat memasuki kediaman Anwar kira-kira pukul 7 malam. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor turut kelihatan berada di situ.

Esok, Majlis Tertinggi UMNO akan mengadakan mesyuarat khas dan ia dijangka membincangkan kedudukan Anwar selaku Timbalan Presiden parti itu.

Dalam kenyataan akhbar berhubung kedudukan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan petang ini, Jabatan Perdana Menteri tidak mengumumkan calon yang akan mengisi kekosongan yang wujud berikutan pemecatan Anwar.

Bagaimanapun Utusan difahamkan, Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, Tun Daim Zainuddin akan dilantik semula sebagai Menteri Kewangan. Daim adalah Menteri Kewangan dari tahun 1983 hingga 1991.

Anwar masih belum memberi reaksi terhadap perlucutan jawatannya.

Selepas mesyuarat kabinet pagi ini, khabar angin tersebar dalam komuniti kewangan di ibu kota dan di kalangan para pemimpin politik bahawa Anwar telah diminta meletakkan jawatan, tetapi beliau enggan berbuat demikian.

Kediaman Anwar di sini mula didatangi oleh beberapa kumpulan ahli UMNO - termasuk Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi - selepas tengah hari dan menjelang malam, kawasan itu dikawal oleh anggota-anggota polis.

Dianggarkan 1,000 penyokong Anwar berada di kediamannya malam ini.

Menurut para penyokongnya, apabila Anwar menerima surat perlucutan jawatannya, beliau membawa surat itu ke tingkat atas kediaman tersebut.

Ahmad Zahid kemudian mengumumkan kepada mereka yang berada di rumah itu bahawa Anwar baru sahaja menerima surat pemecatan.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, sudah tiga kali Anwar menafikan akan meletakkan jawatan walaupun terdapat desas-desus mengatakan beliau telah tidak sehaluan dalam banyak hal dengan anggota-anggota kabinet lain.

Semalam, Dr. Mahathir memberitahu para pemberita di Kuala Lumpur bahawa beliau akan menerima peletakan jawatan Anwar jika Anwar mengemukakan alasan yang kukuh untuk berbuat demikian.

Kata Dr. Mahathir: ''Jika beliau memberi alasan yang kukuh mengapa beliau harus meletakkan jawatan, saya akan terima.''

Kebangkitan Anwar - daripada seorang aktivis pelajar tahun 60-an, mengetuai kumpulan pendesak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada tahun 70-an dan kemudian menjadi pemimpin politik generasi baru dalam UMNO pada dekad 80-an dan 90-an - merupakan satu sensasi dalam politik Malaysia.

Beliau ialah Timbalan Perdana Menteri yang ketiga sepanjang 18 tahun Dr. Mahathir memimpin kerajaan.

Sebelum ini, Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan pada tahun 1986. Ghafar Baba pula menjadi Timbalan Perdana Menteri dari tahun 1986 hingga 1993, sebelum kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dicabar oleh Anwar pada pemilihan UMNO tahun 1993.

Anwar dilabelkan oleh media asing sebagai pengganti Dr. Mahathir tetapi sejak akhir-akhir ini desas-desus tersebar di kalangan ahli-ahli UMNO dan pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) berhubung pengaruhnya yang semakin merosot dalam kerajaan dan keretakan hubungan beliau dengan Perdana Menteri.

Jumaat lalu, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ahmad Mohamed Don yang dikatakan mendapat sokongan Anwar meletakkan jawatan selepas tidak bersetuju dengan polisi drastik pengawalan mata wang dan kawalan modal yang diperkenalkan oleh Dr. Mahathir.

Anwar mempunyai sejarah politik yang berwarna-warni dalam UMNO iaitu parti yang merupakan tulang belakang Barisan Nasional.

Beliau mengumumkan penyertaan aktifnya dalam UMNO pada 29 Mac 1982 dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di Jabatan Perdana Menteri di hadapan Dr. Mahathir sendiri.

Anwar mengumumkan beliau memasuki UMNO ''kerana kagum dan yakin dengan pentadbiran dan corak perjuangan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad''.

Bekas aktivis pelajar yang pernah dipenjarakan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Anwar yang ketika itu berusia 35 tahun bertanding buat pertama kali dalam pilihan raya umum 1982 atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Pada pilihan raya itu beliau menumpaskan calon Pas dan DAP dengan majoriti 14,352 undi dan selepas pilihan raya umum itu, beliau terus dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Selepas itu, beliau dilantik sebagai Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan (1983), Menteri Pertanian (1984), Menteri Pendidikan (1986), Menteri Kewangan (1991) dan Timbalan Perdana Menteri (1993).

Di dalam UMNO, Anwar mendaki tangga kekuasaan dengan menjadi Ketua Pemuda UMNO (1982-1987), Naib Presiden (1987-1993) dan Timbalan Presiden (1993 hingga sekarang).



Kredit - BAHAROM MAHUSIN/UTUSAN
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks