blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Pengadil MATI Selepas LEHER TERTUSUK LEMBING Dibaling Atlet

Tuesday, August 28, 2012
Saat mangsa dibawa ke hospital selepas lehernya tertusuk lembing yang dibaling seorang atlit.

Seorang pegawai sukan di Jerman telah meninggal dunia selepas lehernya ditusuk lembing ketika acara sukan itu berlangsung.

Lelaki berusia 74 tahun itu sedang mengadili acara olahraga belia di bandar barat Düsseldorf ketika kejadian malang itu berlaku pada hari Ahad (26/8/2012) lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Dieter Strack segera dibawa ke hospital tetapi telah meninggal dunia pada pagi Isnin.

"Pengadil sukan yang popular dan berpengalaman ini adalah mangsa kemalangan tragis semasa menjalankan tugasnya pada 26 Ogos lalu," kata persatuan sukan tersebut itu di laman webnya. "Kami yang berada di sana sangat terkejut dan dukacita dengan kejadian ini."

Atlet berusia 15 tahun yang membaling lembing tersebut telah menerima kaunseling psikologi.

Polis telah membuka kertas siasatan ke atas kematian ini secara rasmi tetapi petunjuk awal mengatakan kejadian ini adalah kemalangan, kata jurucakap polis Andre Hartwig.

Pertandingan olahraga yang berlangsung di Rath, Düsseldorf ditamatkan selepas kejadian itu.


Read Full 1 comments

Detik-detik HELIKOPTER Rejim Assad DITEMBAK JATUH Di Damsyik


DAMSYIK - Sekali lagi, Mujahidin Syria berjaya menembak pesawat rejim Bashar Assad hingga terbakar dan tersungkur ke bumi, Allahu Akbar.

Helikopter rejim ini ditembak di kota Damsyik ketika pertempuran antara pasukan rejim dengan Mujahidin sedang berlaku di Jobar, Damsyik.

Berdasarkan rakaman video yang diterbitkan di Youtube pada Ahad (26/8/2012), kelihatan helikopter rejim terbakar di udara sebaik terkena peluru-peluru yang ditembak oleh Mujahidin dari bawah, sebelum ia jatuh ke bumi.

Menurut aktivis sebelum helikopter itu ditembak jatuh, ia sedang melakukan pengeboman di sekitar Zamalka, Jobar dan di tempat-tempat lainnya di kota itu serta di timur Ghouta.

TV rejim Syria mengesahkan kejadian ini dan mengatakan bahawa helikopter ini jatuh di wilayah al-Qaboun, berdekatan dengan Jobar.



Read Full 0 comments

KENAPA Pak Mat Bulan DITEMBAK ?

Anggota forensik sedang menyiasat tempat kejadian.


MARANG -  “Siapa Pak Mat Bulan?“ tanya seorang lelaki sebelum melepaskan dua das tembakan ke arah Mat Keya Jusof, 54, sebaik mangsa menjawab pertanyaan berkenaan dalam kejadian di Kampung Bukit Cempedak, Wakaf Tapai, di sini, kelmarin.

Ketika itu, mangsa seorang penebar roti canai yang juga bapa kepada lima anak sedang bermain dam di kedai miliknya. Tiba-tiba tiga lelaki yang menaiki kereta Perodua Viva tiba dan memanggil nama samaran mangsa iaitu Pak Mat Bulan. Salah seorang lelaki itu kemudian melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa.

Mat Keya rebah akibat terkena dua das tembakan di belakang badannya. Manga yang dikejarkan ke hospital bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Mangsa, Mat Keya Yusof menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP K. Manoharan, kejadian berlaku kira-kira jam 11:30 malam semalam.

Tambah ACP Manoharan, siasatan awal mendapati mangsa ditembak dari jarak dekat. Motif sebenar kejadian masih disiasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.



Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks