blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Ibu Tunggal Dan 3 Anaknya JALAN KAKI 3 KM Untuk Bertemu NAJIB

Monday, August 27, 2012
Perkampungan Nelayan, Nenasi, Pekan Pahang.

PEKAN: Nurlia Ibrahim, seorang ibu tunggal bersama dengan tiga orang anak-anaknya telah berjalan kaki sejauh tiga kilometer dari rumahnya di Nenasi ke Taman Tasik Sultan Abu Bakar untuk menyambut Hari Raya bersama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walau bagaimanapun, oleh kerana terlalu ramai yang hadir, dia tidak berpeluang untuk berjumpa dekat dengan Perdana Menteri.

"Saya tidak menjangkakan orang akan seramai ini. Syukur ada beberapa orang penduduk kampung yang membantu saya beratur untuk mendapatkan duit raya anak-anak saya," kata ibu tunggal berusia 27 tahun itu yang datang bersama anak-anaknya yang berusia enam tahun, empat tahun dan dua bulan.

"Saya membangunkan mereka awal untuk menghadiri majlis rumah terbuka ini. Oleh kerana kami tidak ada kenderaan pengangkutan, kami berjalan kaki ke sini," tambah Nurlia.

Sejak kematian suaminya beliau yang kini tinggal bersama ibu bapanya dan melakukan beberapa kerja untuk mendapatkan pendapatan bagi membesarkan anak-anaknya.

Beliau yang juga kali pertama menghadiri majlis rumah terbuka Perdana Menteri ini berkata: "Saya akan datang lagi tahun depan dan berharap agar dapat berjumpa dengan Perdana Menteri secara peribadi."

Tetamu yang hadir telah diberikan beg cenderahati berisi kuih raya daripada Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut hadir ialah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.



Kredit : TheStar
Read Full 0 comments

KEBERANIAN Seorang LELAKI Memusnahkan KERETA KEBAL Rejim Syria


HOMS – Semangat berjuang mujahid Islam dari pelbagai kelompok jihad dan Tentera Kebebasan Syria sangat tinggi. Keberanian dan ketegaran mereka di medan jihad seakan-akan mengatasi kehebatan dan kemampuan senjata rejim. Cukup sekadar memiliki senjata yang sangat sederhana dan kuantiti yang sangat terbatas namun mereka mampu menandingi kemampuan senjata milik rejim.

Aktivis di Syria telah memuat naik sebuah video pendek yang menunjukkan peristiwa di tengah pertempuran yang sengit, di mana seorang mujahid dari Tentera Kebebasan Syria kelihatan berlari mendekati sebuah kereta kebal milik rejim Syria. Dalam jarak begitu dekat, sang mujahid telah melepaskan tembakan menggunakan senjata RPG ke arah kereta kebal tersebut. Ia terus berlari ke arah kiri, disusuli dengan ledakan dahsyat yang menghancurkan dan memusnahkan kereta kebal itu.


Mujahid itu kemudian meneruskan aksinya dengan berbalas tembakan yang sengit. Ia kemudian berlari kembali ke kanan kembali semula ke tempat asalnya. Aksi hero ini terjadi ketika pertempuran di kota Dauma, wilayah Homs pada Jumaat (24/8/2012). Allahu Akbar, kemuliaan hanyalah milik Allah, Rasul-Nya dan kaum yang beriman.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks