blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

DANIYAR NAZARBAYEV Pun Ikut NAJIB Beraya..

Sunday, August 26, 2012
Dari kiri : Ashman Najib, Nooryana Najwa dan tunangnya Daniyar Nazarbayev yang turut hadir ke Majlis Rumah Terbuka semalam.


Kelihatan Mukhriz Mahathir bersalaman dengan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meraikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Rumah Terbuka di kediamannya semalam. Turut kelihatan, dan isteri Mantan Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah.
Read Full 0 comments

UJANG Ajak Peminat Ke Pameran Kartun SAHABAT BAIKNYA - ZUNAR


Kartunis Ujang menjemput peminat-peminatnya di dalam Facebook beliau yang berkelapangan untuk singgah ke pameran sahabat baiknya kartunis Zunar. Perasmian 'Pameran Kartun Zunar' ini akan dibuat pada 1 September 2012 pada jam 11.00 pagi oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Jika anda peminat setia Ujang, jangan lupa untuk hadir ke pameran ini yang akan berlangsung dari 1 hingga 9 September ini. Jumpa di sana!.


Read Full 0 comments

Neil Amstrong - MANUSIA Pertama Ke Bulan MENINGGAL DUNIA


Angkasawan Neil Armstrong, manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan telah meninggal dunia, seminggu selepas pembedahan jantung, dan sehari selepas ulang tahun usianya yang ke-82.

Menurut kenyataan ahli keluarganya, beliau telah meninggal dunia pada jam 2:45 pm hari Sabtu kerana mengalami komplikasi hasil daripada pembedahan jantungnya itu.

Pada tanggal 20 Julai 1969, Neil Armstrong berjaya mendarat di bulan dengan kenderaan udara kecil yang telah dihantar ke bulan dengan roket Saturn V dalam misi Apollo 11. Ucapannya yang terkenal ialah:

'Inilah sebuah langkah kecil bagi [seorang] manusia, satu langkah besar bagi kemanusiaan.'

Pada November tahun lepas Armstrong bersama-sama dengan tiga angkasawan lain telah menerima Pingat Emas Kongres, anugerah umum tertinggi Amerika Syarikat.


Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks