blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

SHEIKH Terkenal AUSTRALIA SYAHID Di Syria

Wednesday, August 22, 2012

SYRIA - Konflik di Syria telah menjadikanya ia sebagai salah satu pusat Jihad dunia. Ribuan Muslim telah menjadi Syuhada, antaranya termasuklah para ulama. Sheikh Mustapha Al Majzoub, seorang Sheikh terkemuka di Sidney, Australia, yang dilaporkan juga terbunuh di Syria, syahid (insyaAllah), seperti yang dilaporkan oleh The Sydney Morning Herald hari ini.

Sheikh Al Majzoub yang memiliki latar belakang keluarga dari Syria telah bertolak ke Syria pada awal Jun tahun ini untuk berjihad di jalan Allah.

Berita kesyahidannya telah juga telah disahkan oleh aktivis Syria. Ada beberapa laporan yang mengatakan bahawa Sheikh gugur akibat serangan roket ketika ia sedang memimpin operasi bersama Mujahidin lain di kota Salma.

Pada 21 Januari 2012, Sheikh Al Majzoub turut bersama dalam demonstrasi menyokong Muslim Syria yang menentang rejim Bashar Assad di Paul Keating Park, Bankstown, Sidney, Australia. Beliau juga turut berucap dalam demonstrasi tersebut. Dalam ucapannya itu Sheikh dengan penuh rasa persaudaraan sesama Islam menyampaikan pesanan tentang Muslim yang tertindas di seluruh dunia, tkhususnya di Syria. Sheikh menjelaskan bahawa bahan bakar umat Islam adalah darah-darah para Syuhada-nya. Lihat petikan ucapannya dalam klip di bawah.

Sheikh Al Majzoub syahid (insyaAllah) dalam usia muda meninggalkan isteri dan keluarganya. Kesyahidannya akan meninggalkan kesan yang mendalam di hati keluarga dan jemaah Muslim di Sidney, khususnya para pemuda Muslim. Semoga Allah menerima dan merahmatinya.


Read Full 3 comments

SALAH EJA Nama Pada Jersi MANCHESTER UNITED Yang MEMALUKAN


ManU memulakan perlawanan pembukaan musim 2012/13 dengan kekalahan kepada Everton. Gol tunggal Marouane Fellaini pada babak kedua menggagalkan penampilan pertama Shinji Kagawa dan Robin van Persie gagal. Namun, ada peristiwa unik di dalam pertemuan tersebut.

Seperti dilaporkan Yahoosport, peristiwa unik tersebut berlaku ketika ManU memasukkan Anderson menggantikan Tom Cleverley pada ienit ke-86. Bukan gaya rambut Anderson, sebaliknya kesalahan ejaan nama pemain Brazil itu yang menarik perhatian. Pada jersinya nama 'Anderson'  dieja dengan 'Andesron'.

Ia memang cukup aneh. Sebuah kelab kaya seperti ManU juga boleh tersalah ejaan nama pemain pada jersi mereka.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks