blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kebenaran SOLAT 'IDULFITRI Muslim Rohingya HELAH PEMERINTAH

Sunday, August 19, 2012

MAUNGDAW - Pemerintah berkuasa di Maungdaw melalui pegawai-pegawainya telah memanggil para pemimpin Muslim Rohingya untuk datang ke pejabat pemerintah setempat untuk membincangkan berkaitan solat jama'ah 'Idul Fithri 1433 H pada hari ini (19/8/2012), menurut seorang tokoh masyarakat dari Maungdaw, seperti dilaporkan Kaladan Press.

"Pegawai pemerintah Kota, Kyi San, dan pegawai pemerintah Daerah, Aung Myint Soe, telah memanggil 50 pemimpin masyarakat dari setiap desa, tetapi hanya beberapa pemimpin masyarakat Rohingya yang menghadiri pertemuan itu," katanya.

Pihak berkuasa Maungdaw berkata kepada para pemimpin Muslim Rohingya bahawa pemerintah akan memberikan kebenaran untuk melaksanakan solat 'Idul Fithri, kata seorang penduduk desa Maungdaw. Bagaimanapun, U Jangir, seorang ahli parlimen dari parti USDP berkata arahan itu hanya untuk solat lima waktu dan bukannya untuk solat 'Id yang perlu dibuat permohonan kepada pejabat tinggi, tambahnya.

Muslim di Maungdaw merasa ragu-ragu dengan arahan ini.  Menurut penduduk di Maungdaw, sebenarnya pemerintah hanya ingin untuk mencatatkan dokumen bagi menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa bahawa tidak ada konflik yang berlaku di Maungdaw antara etnik Rakhine dan Muslim Rohingya. Selain itu, pemerintah juga ingin untuk menunjukkan bahawa tidak ada diskriminasi agama di wilayah ini dan Muslim Rohingya dapat menikmati kemudahan keagamaan sepenuhnya seperti solat berjamaah di Masjid.

Sedangkan hakikatnya pemerintah telah mengunci masjid-masjid dan tidak mengizinkan Muslim melaksanakan solat berjamaah di dalamnya sejak 8 Jun 2012, bahkan banyak pemimpin Muslim yang telah ditangkap.

Muslim Rohingya di Maungdaw khuatir bahawa pemerintah sebenarnya hanya ingin merakamkan atau mencatatkan laporan untuk membuktikan kepada dunia bahawa tidak ada kekerasan dan diskriminasi terhadap Muslim Rohingya, kerana kerajaan pemerintah Burma sendiri telah membentuk sendiri pasukan penyiasat "bebas" untuk menyiasat konflik yang berlaku di Arakan, kerena Presiden Thein Sein tidak mahu ada jawatankuasa antarabangsa yang melakukan siasatan.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks