blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

GAMBAR Operasi Menyelamat MONOREL ROSAK 'Tren-ke-Tren'

Friday, August 17, 2012
Operasi memindahkan penumpang secara “tren-ke-tren”. 

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan monorel dari stesen Imbi ke Bukit Bintang tergendala hampir sejam pagi ini apabila sebuah tren mengalami kerosakan kecil, menyebabkan kira-kira 200 penumpang terkandas.

Jurucakap KL Star Rail, Azhar Ghazali berkata bagaimanapun kejadian pada 8.35 pagi itu tidak menyebabkan kecederaan kepada penumpang.

Beliau berkata pihaknya mendapat panggilan daripada pemandu monorel pada 8.45 pagi dan sebuah tren penyelamat dihantar ke lokasi bagi memindahkan penumpang secara “tren-ke-tren” di mana kesemua mereka berjaya dipindahkan 10 minit selepas itu.

“Operasi tidak melibatkan pihak luar. Semua penumpang selamat dan ketika kejadian, enjin, pendingin hawa dan lampu monorel berfungsi seperti biasa,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata perkhidmatan disambung semula 30 minit kemudian dan punca kejadian masih disiasat.

“Bagi syarikat pengendali KL Star Rail, saya memohon maaf kepada penumpang atas kesulitan tersebut,” katanya.


Kredit : Bernama
Read Full 0 comments

GURU KECEWA 2% Duit BONUS DIDERMA Sebagai DUIT RAYA


SEREMBAN: Seorang Pengetua sebuah sekolah menengah di sini telah menimbulkan kemarahan dikalangan guru apabila didakwa memaksa mereka untuk mendermakan 2% daripada duit bonus mereka untuk diberikan sebagai duit raya kepada pelajar.

Guru-guru ini dimaklumkan agar dapat sama-sama meraikan kemeriahan Hari Raya ini bersama dengan pelajar-pelajar mereka yang datang daripada pelbagai latar belakang.

"Walaupun niat Pengetua adalah baik, namun adalah salah untuk anak saya menerima duit raya tersebut jika ia tidak diberikan dengan ikhlas.

"Jika guru ingin memberikannya atas kehendaknya sendiri itu tidak menjadi masalah," kata salah seorang ibu bapa.

Guru-guru telah menerima bonus setengah bulan gaji pada 9 Ogos lalu. Difahamkan bahawa setiap orang guru diarahkan menyumbang di antara RM30 dan RM50 setiap seorang.

Sekolah tersebut mempunyai lebih daripada 90 orang guru dan kira-kira 1400 pelajar.

Pelajar-pelajar sekolah berkenaan telah diberikan duit raya duit RM3 setiap seorang selepas haris perekolahan semalam.

Seorang guru yang ditemui berkata mereka menuruti arahan tersebut kerana takut dipindahkan.

Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Abdul Halim Abdul Razak tidak dapat dihubungi ketika ini untuk mendapatkan komen.

Ketika dihubungi, Pengetua menyatakan bahawa para guru hanya diminta memberinya secara sukarela tetapi mengakui bahawa ada seorang atau dua orang guru mungkin tidak berpuas hati.

"Malah, saya turut membuat sumbangan peribadi sebanyak RM1000. Hubungan guru dan pelajar sama seperti hubungan ibu dan anak. Apa yang saya lakukan adalah untuk menyebarkan mesej muhibah dan kasih sayang, " katanya.

"Saya telah melakukan (mohon sumbangan) ini sejak saya berkhidmat di sekolah-sekolah luar bandar sebelum ini dan tidak pernah mempunyai sebarang masalah. Saya berharap tidak ada sesiapa yang menimbulkan isu ini," tambah beliau.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah (PIBG), ketika dihubungi mendakwa tidak tahu menahu di atas perkara ini.

Dalam reaksi Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Hashim Adnan melahirkan rasa kesal di atas tindakan Pengetua ini.

"Guru-guru ini sudah menjadi pembayar cukai dan mereka tidak sepatutnya dikenakan lagi cukai. Jangan berselindung di sebalik 'sumbangan ikhlas' sebaliknya guru secara tidak langsung dipaksa untuk membayar, katanya.


Kredit : TheStar
Read Full 2 comments

Makan BUAYA Yang BUNUH ISTERINYA Kerana BALAS DENDAM


SARATOK - Buaya ganas yang mejadi buruan, Bujang Sebelak akhirnya ditangkap dan dibunuh selepas ia kembali menggemparkan pekan Roban dengan membaham isteri ketua Rumah Panjang Nanga Sungai Anak, Siah Munsong, 42, pada 19 Jun lalu.

Buaya jantan seberat 200 kilogram dan panjang 3.65 meter itu ditangkap oleh pawang buaya terkenal, Indet Sanabong, 49.

Bangkai itu disahkan sebagai Bujang Sebelak berdasarkan mata kirinya yang buta selain dua kesan tembakan pada bahagian bawah rahang kirinya. Tembakan senapang itu dilepaskan oleh penduduk pada hari buaya itu membaham Siah.

Ketua rumah panjang Nanga Sungai Anak, Roban di sini, Embol Asum, 48, yang kehilangan isteri dibaham buaya berkenaan akhirnya berjaya melunaskan dendam antara mereka.




Embol telah membelah dada buaya berkenaan dan memakan dagingnya sebelum bangkainya dibakar. 

"Ia telah makan isteri saya, saya akan makan semula." menurut Embol.

Embol telah menggunakan khidmat bomoh buaya bagi menangkap reptilia itu yang dipercayai telah membunuh dua lagi mangsa di Sungai Sebelak sejak tahun 2010.


Kredit : SinChew
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks