Polis sedang mencari seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dan anak lelakinya bagi membantu siasatan kes seorang peniaga minuman mati dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah tapak perniagaan di kawasan Downtown, The Mines, Seri Kembangan awal pagi Isnin lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata ahli perniagaan itu ialah Jaafar Shaari, 50, alamat terakhir di No 3, Jalan P11 K/12, Presint 11, Putrajaya dan anaknya Ahmad Jiwari @ Wari, 23, alamat terakhir di Lot 141, Kampung Pedas Hilir, Jalan Kundur, Pedas, Negeri Sembilan.
Polis meminta kedua-dua mereka tampil untuk membantu siasatan, katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Difahamkan kejadian kira-kira 2 pagi itu berlaku selepas mangsa Azhari Sidek, 44, mengambil sebuah meja usang ditinggalkan di kaki lima tempat kejadian sebelum diletakkan berhampiran gerai miliknya.
Bagaimanapun, tindakan mangsa itu tidak disenangi seorang lelaki dikatakan menjalankan perniagaan di kawasan sama yang mendakwa meja berkenaan miliknya hingga berlaku pergaduhan.
Menurut adik angkat mangsa yang enggan mahu dikenali, lelaki terbabit memanggil beberapa rakannya untuk membelasah abangnya akibat rasa tidak puas hati itu.
Kredit : Bernama dan Polis Selangor
Ayah Pak ni juga dikenali sebagai DATO' SERI PADUKA AYAHANDA JAAFAR SHAARI (PADUKA AYAH PAQ PUTRAJAYA).
Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia, Datuk Seri Jaafar Shaari ini jugalah individu yang pernah menyuruh Tok Guru Nik Abdul Aziz meletakkan semua jawatan pada 29 Mei lalu sama ada dalam parti atau sebagai Menteri Besar Kelantan kerana kononnya sudah terlalu tua untuk terus berpolitik. - Author Faethal