blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

MCA Khianati KAMI - Petanda KEJATUHAN BN Di JOHOR

Tuesday, August 14, 2012
'MCA khianati tanah nenek moyang kami!' - laung penduduk kepada Pengerusi MCA Bahagian Pengerang, Tan Yong Seng

Malapetaka semakin menimpa-nimpa terhadap BN. Selepas pelbagai kemelut melanda di Sabah dan Sarawak sehingga berlaku penolakan kepada BN apabila ada pemimpin mereka yang berputus asa dengan perjuangan parti yang gagal membela rakyat. Kali ini situasi yang sama melanda pula di negeri yang sedia maklum menjadi kubu kuat BN selama ini - negeri Johor.

Ketidakpuashatian rakyat Pengerang, Johor akhirnya tidak dapat terbendung lagi dan meletus pada satu seminar yang diadakan oleh UPEN Johor di SJKC Yok Poon, Sg Rengit semalam 13 Ogos 2012 untuk perkembangan Projek RAPID.

Penduduk yang tidak bersetuju dengan projek ini merasa kecewa dan marah di atas tindak tanduk Pengerusi MCA Bahagian Pengerang, Tan Yong Seng kerana tidak mempertahankan tanah tempat tinggal mereka. Penduduk setempat merasa kecewa apabila MCA telah mengkhianati masyarakat dan memihak kepada pihak lain untuk memusnahkan seluruh kampung.

Wakil penduduk mengajukan senarai soalan bertulis kepada pihak berwajib untuk menjawab tuntutan-tuntutan dan pertanyaan mereka.


Jawapan kepada senarai pertanyaan daripada penduduk kampung akan diberi dalam masa 1 bulan.


Projek Hab Minyak dan Gas (HMG) Pengerang atau RAPID yang bernilai RM60 bilion ini melibatkan 10 buah kampung - dengan jumlah penduduknya lebih kurang 4,000 orang, daripada 1,268 keluarga. Dalam fasa pertama pemindahan, 570 keluarga daripada tiga buah kampung (iaitu Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang dan Kampung Langkah Baik) terpaksa berpindah bagi memberi laluan kepada projek HMG ini yang dijangka akan mula beroperasi pada Oktober 2013. Hampir 80% daripada seluruh kawasan Pengerang akan diambil-alih oleh Kerajaan dibawah Akta Tanah Negara.

Namunnya, setakat ini pampasan nelayan tidak diselesaikan akibat dari pencemaran laut berpunca daripada pembinaan perlabuhan di pantai selatan Pengerang. Selain itu, rundingan pengambilan tanah tidak diketahui oleh penduduk-penduduk tempatan, termasuk maklumat teliti mengenai tapak penempatan baru.

Sebelum ini seramai 578 nelayan bot kecil dari 10 kampung di perairan pantai Pengerang, Kota Tinggi, telah memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi atas kerja penambakan laut berhubung projek pembinaan Terminal Petroleum Laut Dalam di kawasan perairan berkenaan. Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan melalui peguam Mohd Shujaa Halim daripada firma guaman Tetuan Shujaa Mazri & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi, Menara MSC Cyberport, di Johor Bahru.

Dalam pernyataan tuntutan itu, kesemua nelayan terbabit memohon ganti rugi RM500,000 setiap seorang kerana kehilangan pendapatan. Mereka turut memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan pertama dan kedua daripada meneruskan kerja sehingga tuntutan diberikan atau setelah perintah ganti rugi yang wajar diberikan.

Segala permasalahan penduduk-penduduk kampung ini tidak diketahui ramai kerana sekatan saluran media utama pemerintah. Daya mereka hanya bergantung kepada kemudahan internet untuk menyebarkan maklumat-maklumat di Pengerang.


Dengarlah keluhan penduduk Pengerang dalam klip di bawah ini :

Read Full 0 comments

PEROMPAK Mati SAKIT JANTUNG Selepas MENYAMUN

Mayat suspek di sebelah motosikal mangsa warga emas yang disamunnya.


SUNGAI PETANI- Seorang lelaki mati dipercayai akibat serangan jantung selepas menyamun wang tunai RM20,000 daripada seorang warga emas di Taman Orkid, Sungai Layar, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 10.15 pagi itu, suspek berusia 46 tahun mati selepas terjatuh secara tiba-tiba dari motosikalnya.

Sebelum itu, suspek dan tiga rakannya yang menaiki dua motosikal mengekori mangsa, Yeoh Ah Seng, 66, dari sebuah bank di Taman Pekan Baru di sini.

Menurut Yeoh, selepas mengeluarkan wang dia yang tidak menyedari diekori, memasukkan duit terbabit dalam kocek seluar dan pulang ke rumahnya dengan menaiki motosikal ke Taman Orkid.

Bagaimanapun, katanya semasa tiba di tempat kejadian, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal cuba memintasnya manakala dua lagi suspek mengacukan parang meminta dia memberhentikan kenderaan.

"Mereka kemudian telah mengoyakkan kocek seluar saya dan merampas duit RM20,000. Dalam keadaan kelam-kabut, saya cuba bergelut dan berjaya melarikan diri ke sebuah rumah berdekatan untuk menyembunyikan diri," katanya.

Yeoh berkata ketika berlindung di dalam kawasan pagar sebuah rumah, dia ternampak seorang suspek terjatuh ke atas jalan raya.

Suspek dikenali sebagai Lee Nam Seng 


"Tiga lagi rakannya cuba menarik dan memanggil tetapi tidak dijawab. Mereka kemudian terus melarikan diri ke arah Sungai Layar," katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuala Muda DSP Rickey Tey berkata suspek meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai terjatuh.

Katanya mayat suspek dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk dibedah siasat.


Kredit -Bernama
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks