blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

ARAB SAUDI Sumbang USD 50 juta Kepada MUSLIM ROHINGYA

Sunday, August 12, 2012

MEKAH - Raja Abdullah bin Abdulaziz pada hari Sabtu (11/8/2012) telah mengarahkan untuk menghantar wang berjumlah USD 50 juta (lebih RM 155 juta) untuk bantuan kemanusiaan Muslim Rohingya yang tertindas di Myanmar.

Seperti dilaporkan KUNA, Raja Abdullah memerintahkan derma itu untuk meringankan penderitaan Muslim Rohingya di Myanmar yang menjadi sasaran pembunuhan, pembakaran, pengusiran, pemerkosaan, dan penindasan lain oleh para ekstrimis Buddha Rakhine yang dibiarkan oleh pemerintahan Myanmar.

Keputusan ini dibuat setelah pemerintah Myanmar memberikan sedikit 'ruang' untuk mengizinkan pasukan bantuan kemanusiaan datang ke negara di bahagian Arakan-wilayah di mana kaum Muslimin ditindas setelah larangan sebelum ini dipinda.

Sementara itu, Turki yang diwakili oleh Menteri Luar Negeri dan isteri Perdana Menteri bersama pasukan bantuan kemanusiaan telah terlebih dahulu mengunjungi Arakan minggu ini untuk bertemu kaum Muslimin di kem pelarian dan memberikan bantuan kepada mereka.
Read Full 0 comments

MAHATHIR Lompat Setempat

Agak lucu mendengar ulasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz apabila berkata situasi wakil rakyat BN melompat parti adalah perkara biasa.

"Ada di kalangan wakil rakyat atau pemimpin Umno tidak dicalonkan untuk bertanding, jadi mereka telah ambil tindakan awal terpaksa lompat (parti) macam katak kerana mahu bertanding dalam pilihan raya," kata beliau seperti yang dilaporkan Malaysiakini.

Nazri berkata demikian ketika mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan akan menarik pemimpin BN Sabah menyertai mereka tidak lama lagi.

"Kalau Anwar nak ambil mereka yang tak akan dicalonkan lagi untuk masuk parti Anwar, ambil la.... Anwar pun bapak katak sebab dulu Anwar pun lompat parti dari Umno ke PKR. Tak hairan kalau dia menerima golongan dia sendiri, katak akan terima katak," katanya lagi.

Walaupun aku tidak setuju dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini jika beliau 'benar' hendak menarik katak-katak ini, namun aku agak pelik sedikit apabila beliau turut dituduh sebagai bapa katak.

Istilah katak dalam politik biasanya ditujukan kepada ahli politik yang bertukar-tukar parti atas pilihan sendiri. Contoh mudahnya, Ibrahim Ali. Beliau sendiri mengaku pernah menyertai banyak parti antaranya Berjasa, Umno, S46, masuk Umno balik, sokong Pas dan terkini Bebas yang mesra BN. Sebab itulah beliau sesuai dengan gelarannya yang terkenal - Bapa Katak.

Apabila Nazri kata Anwar adalah bapa katak sudah tentulah ia tidak tepat. Anwar sebenarnya dipecat daripada Umno. Bukan beliau keluar daripada Umno dan menyertai PKR.


Berbalik semula kepada perihal katak. Jika seseorang ahli parti yang suka melompat antara satu parti ke parti lain dianggap katak, bagaimana pula jika seseorang ahli politik itu suka-suka melompat keluar daripada parti dan masuk semula ke dalam parti politik yang sama - juga secara suka-suka. Contohnya Mahathir. Beliau suka-suka keluar Umno dan kemudian masuk semula ke dalam.

Ketika beliau berucap dalam satu forum di Alor Star sekitar 2008 selapas kekalahan teruk Umno dalam PRU-12, Dr Mahathir turut menggesa kesemua Menteri Umno, Timbalan Menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti. Lebih menarik, beliau meminta mereka supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.

“Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno,” katanya ketika itu.

Bagi aku sebenarnya Ibrahim Ali dan Mahathir sama sahaja. Bezanya Ibrahim Ali suka lompat dari satu tempat ke tempat lain manakala Mahathir hanya suka lompat setempat.
Read Full 0 comments

TANGISAN Isteri PERDANA MENTERI Kerana Derita ROHINGYA


ARAKAN - Isteri Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdoğan yang bernama Emine Erdoğan bersama-sama dengan Menteri Luar Negeri Ahmet Davutoğlu telah mengunjungi Arakan minggu ini untuk melihat keadaan para pelarian Muslim Rohingya akibat keganasan yang terjadi dan memberikan bantuan kepada mereka.

Erdoğan sebelum ini telah mengumumkan rancangan kunjungan delegasinya dalam sebuah rancangan di sebuah saluran TV pada Ahad minggu lalu, mengatakan bahawa isterinya Emine dan anak perempuannya Sümeyye akan pergi ke Arakan pada hari Rabu (8/8/2012) bersama-sama Davutoğlu dan pegawainya yang lain.

Dalam video yang diterbitkan di Youtube pada hari Jumaat (10/8/2012), Davutoğlu bersama isteri Erdoğan, anak perempuannya dan pegawainya telah mengunjungi salah sebuah khemah pelarian, di kem Baduba, Arakan, Myanmar (Burma). Mereka telah berbual dengan penghuni di situ dan memberikan bantuan.


Rombongan delegasi Turki disambut oleh para pelarian Rohingya di sepanjang jalan, mereka mengucapkan salam, dan nampak kelihatan pada wajah yang mengharapkan agar delegasi Internasional akan terus mengulurkan bantuan.

Ketika berjumpa dengan pelarian Muslim Rohingya, isteri Erdoğan tidak dapat menahan air matanya kerana terlalu sedih melihat keadaan Muslim Rohingya yang sangat memilukan. Seorang penghuni sambil menangis berkata kepada Davutoğlu bahawa Muslim di sini mengalami penindasan dan mereka memerlukan pertolongan, kemudian penterjemah menerangkannya kepada Davutoğlu.

Suasana menjadi sangat haru, penghuni itu terus menangis dan dipeluk oleh Davutoğlu, sementara Emine Erdoğan terus menitiskan air mata.

Emine terus menangis ketika berjumpa dengan para penghuni Rohingya yang lain hinggalah sampai masa dia dan rombongannya hendak meninggalkan tempat itu.

Selain memberikan bantuan kepada para penghuni Rohingya, delegasi Turki juga terlihat memberikan bantuan kepada 'penghuni' etnik Rakhine.

LAGI GAMBAR DI BAWAH (klik untuk pembesaran)

Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks