Menurut
laporan Harakah semalam, seorang tokoh penting Umno akan menyertai PAS malam ini. Majlis pengumuman tersebut akan diadakan selepas Solat Tarawikh di Dewan KUIZM, Taman Melewar, Gombak. Dijangka juga Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari tokoh Umno itu.
Siapakah tokoh Umno tersebut?. Jika menurut
maklumat awal Sdr MSO tokoh tersebut pernah menjadi ahli Parlimen Batu Berendam Melaka sekitar di tahun 80-an dulu. Mari kita lihat siapakah yang pernah menjadi Ahli Parlimen di Bukit Berendam.
Tan Sri Chong Hon Nyan daripada MCA menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka dari tahun (1978-1982) dan (1983-1986).
Dato' Mohd.Tamrin bin Abdul Ghafar daripada Umno menjadi Ahli Parlimen kawasan Batu Berendam, Melaka dari tahun 1986 hingga 1995.
Datuk Mohd. Ali Mohd. Rustam daripada Umno menjadi Ahli Parlimen kawasan Batu Berendam, Melaka dari tahun 1995 hingga 1999.
Tun Ghafar Baba daripada Umno menjadi Ahli Parlimen kawasan Batu Berendam, Melaka dari tahun dari tahun 1999 hingga 2003.
Pada Pilihan raya umum Malaysia 2004 Parlimen Batu Berendam telah dipecahkan kepada dua iaitu Parlimen Bukit Katil dan Parlimen Tangga Batu.
Jika merujuk senarai di atas menunjukkan Dato' Mohd.Tamrin bin Abdul Ghafar adalah tokoh yang dimaksudkan. Lagipun sejak PRK Hulu Selangor beliau sudah menunjukkan kecenderungan pandangan yang lebih mesra PR walaupun masih lagi menjadi ahli Umno. Ini ditambah pula apabila beliau menulis surat terbuka kepada Najib bertarikh 23hb April 2012 yang menyentuh 15 perkara iaitu :
1. ISU LEMBU NFC
2. ISU CINCIN 24 JUTA DAN PERBELANJAAN MEWAH
3. ISYTIHAR HARTA
4. SEMANGAT MELAYU DAN DASAR EKONOMI
5. PINJAMAN PTPTN
6. CAMPUR TANGAN SISTEM KEHAKIMAN
7. ISU PENGUNDI HANTU DAN HIMPUNAN BERSIH 3.0
8. HUBUNGAN DENGAN ISRAEL
9. PEMILIHAN CALON PILIHANRAYA
10. PENINGKATAN KOS SARA HIDUP
11. DAKWAAN BIADAP WAKIL-WAKIL RAKYAT PAKATAN
12. KONSEP 1MALAYSIA
13. BANTUAN RAKYAT
14. ROYALTI MINYAK
15. DEBAT DENGAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Akhirnya beliau diberi surat tunjuk sebab daripada UMNO berikutan tindakannya itu dengan surat bertarikh 26hb Jun 2012. Kebiasaannya jika surat tunjuk sebab diberikan terhadap seseorang yang dianggap melanggar disiplin parti, tindakan akhir yang diambil ialah memecat mereka yang berkenaan daripada UMNO. Semasa zaman Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Tun Mahathir juga pernah menulis surat yang mengkritik kepimpinan Tunku dan akhirnya beliau juga dipecat daripada UMNO.
"Ramai yang bertanya pada saya...kenapa masih dalam UMNO..? Kenapa tak keluar dari jadi ahli UMNO, sebenarnya saya hormati UMNO, saya tunggu dia pecat saya..." kata Tamrin Gaffar Baba ketika berceramah di atas pentas ceramah PAS sekitar Jun lalu.
Namun adakah malam ini kita akan menyaksikan beliau keluar secara rasmi dari Umno untuk menyertai PAS?. Sama-sama kita nantikan..