blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

SUAMI Eksekutif TV9 DIDAKWA MEMBUNUH Isterinya

Friday, August 10, 2012

PETALING JAYA, 10 Ogos -- Eksekutif Bahagian Teknologi Maklumat syarikat gas dan minyak Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh isterinya, seorang eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9, Nur Syaleza Jaffar, 31, selepas keluar dari kamar Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan isteri kepada Norazman ditemui mati di kediamannya di Damansara Damai 28 Julai lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 14 Sept untuk tarikh sebutan.



Kredit : Bernama
Read Full 0 comments

PANDALELA Menang Pingat, JOHARI PAIN Nak Kerat @#$%&


Kah! Kah! Kah!...
Sebab begitu konfiden Malaysia tak mungkin dapat pingat lagi selepas Chong Wei, maka seorang mamat bernama JOHARI PAIN sanggup bertaruh akan kerat 'anunya' kalau Pandalela menang pingat malam tadi.

Ditakdirkan Tuhan, menang pulak si Pandalela ni. Apalagi...penuh segala manusia kutuk, sindir, perli si Johari Pain ni untuk potong seperti yang dijanjikan. Kata JANJI DITEPATI.

Mungkin kerana takut 'anunya' dipotong beramai-ramai oleh para pengkomen, akhirnya si Johari Pain ni terpaksa memadam terus profil Facebook miliknya. http://www.facebook.com/johari.pain

Ye la...kang tak beraya pulak tahun ni...

Penerjun dari Malaysia Pandalela Rinong berjaya meraih pingat gangsa dalam acara platform 10m wanita akhir pada Olimpik 2012 di London. Pandalela mencatat sejarah menjadi atlet wanita pertama menyumbang pingat kepada Malaysia.
Read Full 2 comments

Syarikat PENERBANGAN DIDENDA Kerana PERTUNJUKAN BIKINI


Ada pelbagai kaedah yang digunakan sesuatu syarikat untuk membina hubungan yang kukuh dengan pelanggan. Bagaimanapun syarikat penerbangan ini memilih untuk mengadakan pertandingan ratu cantik ketika sedang di dalam penerbangan.

Menurut laporan AFP, sebuah syarikat penerbangan Vietnam - VietJet mengadakan pertandingan ratu cantik berbikini dan bertemakan Hawaii untuk meraikan penerbangan sulung syarikat penerbangan berkenaan ketika dalam penerbangan dari bandar Ho Chi Minh ke pusat pelancongan Nha Trang. Bagaimanapun acara ini akhirnya menjadi bencana - bukan kerana aksi penampilan wanita yang mendedahkan - tetapi kerana tidak meminta kebenaran daripada Pentadbiran Penerbangan Awam Vietnam sebelum mengadakan acara tersebut.

Syarikat penerbangan tersebut didapati "melanggar peraturan-peraturan penerbangan tempatan" kerana menganjurkan "sebuah pertunjukan yang tidak mendapat kelulusan" menurut Nguyen Trong Thang, Ketua Inspektor Pentadbiran Penerbangan Awam Vietnam.

Syarikat penerbangan kos rendah itu telah didenda USD 1000 kerana menganjurkan pertandingan ketika sedang di dalam penerbangan.

Lima wanita yang mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik ini melakukan tarian Hawai selama tiga minit pada penerbangan 3 Ogos lalu manakala penumpang-penumpang kapal terbang telah merakamkan aksi ini menggunakan telefon kamera sebelum memuat naik klip video tersebut di dalam internet, menurut laporan AFP.

Peristiwa ini hangat dibincangkan di Vietnam, sebuah negara yang konservatif selepas gambar-gambar dan klip video tersebut tersebar di Internet.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks