Walaupun anda tidak tahu siapakah nama pencipta World Wide Web (Tim Berners-Lee!), anda mungkin mahu meraikan salah satu peristiwa penting berkaitan teknologi rangkaian maklumat. Pada 6 Ogos 1991 - 21 tahun yang lalu Berners-Lee telah mewujudkan laman web yang pertama di dunia dari sebuah makmal di Alp Swiss.
Selamat Hari Lahir ke-21, WWW!. Laman web yang pertama di dunia ini masih boleh dikunjungi sehingga hari ini, setelah lebih daripada dua dekad kelahirannya.
Tapak asalnya dijumpai di URL "http://info.cern.ch/hypertext/WWW/TheProject.html," dan kerap dikemaskini selepas dilancarkan, oleh itu imej versi yang paling awal tidak pernah disimpan. Walau bagaimanapun, salinannya dari tahun 1992 masih terpelihara dan mengalu-alukan pelawat.
Laman web itu telah diwujudkan untuk menjelaskan apakah dia World Wide Web kepada pengguna baru. "WorldWideWeb (W3) adalah ruangan luas hipermedia maklumat bertujuan untuk memberi akses sejagat kepada bilangan dokumen yang besar," laman itu menerangkan bagaimana orang lain boleh mewujudkan laman web mereka sendiri.
Anda boleh lihat apa laman web asal itu seperti di bawah (atau klik pautan di sini).
Berners-Lee mencadangkan idea untuk rangkaian komputer seluruh dunia berkongsi maklumat pada tahun 1989, ketika itu dia bekerja di European Organization for Nuclear Research (CERN) di Geneva, Switzerland. Menurut sejarah laman web yang pertama oleh CERN, ianya telah ditulis menggunakan komputer NeXT (gambar di bawah), yang dibuat oleh syarikat Steve Jobs selepas beliau disingkirkan daripada Apple pada tahun 1985.
Komputer NeXT yang digunakan oleh Tim Berners-Lee pada tahun 1990 untuk membina laman web pertama di dunia.
Laman web Berners-Lee ini dibina pada tahun 1991 dan hanya boleh diakses oleh sedikit pelawat daripada penyelidik CERN dan rakan-rakannya. Namun pada 1993, apabila enjin pelayaran laman web Mosaic wujud maka laman web ini bebas dilawat.
Semasa majlis pembukaan Sukan Olimpik 2012, pencipta World Wide Web ini telah diberi penghargaan dengan persembahan muzik dan penampilan istimewa di Stadium Olimpik di London.
Ust Abdullah Hussin dan Ust Akhil Hayy di JB pada awal tahun 2010
Sejak semalam heboh diperkatakan Ust Akhil Hayy seronok menasihatkan sesetengah artis yang baru berhijrah agar jangan jadi bodoh macam dirinya dahulu. Memang dia tidak kata secara jelas begitu, tetapi sesiapa yang baca berita semalam memang maksudnya begitulah. Apalagi ditambah berita pada hari ini, mengatakan dahulunya dia dipergunakan sehingga tidak sedar mengutuk lagu Sejati nyanyian Awie. Apakah beliau tidak sedar ceramahnya ketika menyanyikan Sejati itu adalah untuk menuntut ROYALTI MINYAK rakyat kelantan. Itu hak rakyat Kelantan yang dinafikan dan kini Najib mula buka mata untuk melihat tuntutan royalti itu.
Lagu itu dinyanyikannya ketika berceramah sekitar tahun 2006-2007, tetapi ketika Najib sudah buka mata, Akhil Hayy pula sekarang berasa menyesal dan tidak akan sekali-kali dipergunakan lagi oleh sesetengah pihak berkepentingan. Tidakkah Akhil Hayy sedar siapakah pihak yang berkepentingan itu?. Bukankah tuntutan royalti itu demi kepentingan rakyat Kelantan?. Tetapi (mengikut laporan Mstar ini) kini Akhil sudah sedar dan tidak terus DIPERBODOHKAN oleh kepentingan rakyat ini...kasihan.
Selepas tahun 2007, Akhil mula mendapat perhatian di dalam dunia hiburan. Ada yang kata dunia hiburan mula melihat kemunculan Akhil Hayy ini kerana siri ceramahnya yang menarik kerana ada nyanyian merdunya. Maka semakin hari semakin kurang kemunculan Akhil Hayy di atas pentas-pentas ceramah PAS, kerana mendapat permintaan yang semakin tinggi di dalam dunia hiburan. Adakah PAS pernah mempertikaikan tindakannya yang kembali ke dunia hiburan?. Tidak pernah. Sehinggalah pada tahun 2010...
Tentu ramai yang masih ingat kisah peribadi Akhil Hayy pada tahun itu. Tidak perlu diceritakan semula kisah yang melibatkan Akhil Hayy-Maizura-Waheeda itu kerana masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri sekarang. Tetapi apa yang hendak diimbas kembali, saat kontrovesi melanda Akhil Hayy, sahabat-sahabatnya di dalam PAS tidak pernah membuangnya. Begitu teruk Akhil Hayy dicemuh di dalam media (pada ketika itu), namun PAS Johor masih sudi memberinya ruang untuk berceramah. Apa kata PAS Johor apabila ditanya mengapa perlunya menjemput Akhil Hayy yang sedang dilanda kontroversi ketika itu?.
Kenyataan PAS Johor - 'Kenapa PAS Johor Bahru Panggil Akhil Hayy'
Maka akhirnya Akhil Hayy pun diberi ruang berceramah di Kg Kurnia, Kebun Teh dan digandingkan bersama Ust Abdullah Hussin yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Johor. Ust Abdullah ini difahamkan adalah sahabat lama Akhil Hayy dan menyokong agar Akhil Hayy dipanggil berceramah kerana hendak sangat bertemu mata dengan Akhil Hayy. Beliau juga ada banyak perkara yang hendak sampaikan dan berkongsi bersama memandangkan lama mereka tidak bergandingan.
Menariknya dalam ceramah malam itu, Akhil Hayy sendiri yang menceritakan kisah dirinya tanpa disuruh. Maka berceramahlah beliau bahawa isterinya Waheeda sudah berniqab tanpa disuruh dan berkata ini adalah hikmah dan kurnia Allah kepada beliau. Beliau juga berkata keluarga Waheeda ramai yang terdiri dari orang-orang Umno, malah bapa mertuanya sendiri adalah ketua cawangan Umno dan tidak berhalangan untuk Akhil Hayy terus berdakwah. (Tentu bapa mertuanya semakin sayang kepada Akhil Hayy kini).
Akhirnya semua orang tahu kesudahan kisah Akhil Hayy ini. Untungnya beliau ini tidak pernah dipandang buruk oleh ahli-ahli PAS kerana bagi ahli-ahli seumur hidup PAS, segala kenyataan yang memburuk-burukkan Akhil Hayy di dalam media arus pedana tidak boleh dipercayai. Ahli-ahli PAS percaya bahawa media yang memburuk-burukkan Akhil Hayy itu sebenarnya bukanlah sebab isu peribadinya, tetapi sebab Akhil Hayy ini adalah penceramah yang mesra PAS. Samalah seperti mana media-media arus perdana memburuk-burukkan tok guru mereka. Begitulah sucinya hati mereka ini, dan begitu tinggi sekali mereka meletakkan kekaguman yang hebat kepada Akhil Hayy.
Akhil Hayy ketika berceramah di Kebun Teh, Johor Bahru.
Akhil Hayy popular kerana lantang mengecam kerajaan pusat yang menafikan hak royalti minyak di Kelantan. Nyanyian lagu 'Royalti' yang diubah dari lagu Sejati menjadi siulan anak-anak muda Kelantan. Malangnya laporan akhbar semalam dan hari ini mengatakan Akhil Hayy menasihatkan kepada golongan artis yang baru berhijrah agar 'jangan jadi sepertinya dulu'. Jadilah seperti dirinya kini yang cerdik dan tidak lagi mudah diperbodohkan.
Apa kata-kata ahli seumur hidup PAS apabila saya tanyakan pandangan mereka kepada Akhil Hayy sekarang?. Mereka percaya itu hanyalah mainan media perdana yang memutarbelitkan kenyataan Akhil Hayy...
Seorang penduduk menunjukkan tong sampah tempat di mana bayi ini ditemui. Beg plastik yang dibungkus bersama bayi ini juga masih ada dan masih mempunyai kesan darah di atasnya.
Pada 23 Jun lalu seorang pengutip sampah telah menemui seorang bayi perempuan yang dilahirkan pramatang ketika mengutip sampah di dalam tong sampah berhadapan bangunan kediaman di Jalan Yingshan, bandar Anshan, wilayah Liaoning. Leher bayi perempuan ini telah dan telah ditinggalkan dengan keadaan masih bertali pusat di dalam sebuah beg plastik. Ketika dia ditemui, kulitnya telah bertukar menjadi kebiruan kerana kekurangan oksigen. Bagaimanapun selepas rawatan kecemasan diberikan dengan bantuan penduduk lain di situ, bayi ini terselamat.
Doktor Li Haiyan dan Doktor Wu Ping dari Hospital Pusat Anshan telah melakukan pembedahan ke atas bayi ini. Leher bayi malang ini dikelar sehingga 5 cm dalam dan amat hampir mengenai saluran pernafasannya.
Doktor Wuping berkata, "Jika leher bayi ini dikelar lagi setengah sentimeter lebih dalam, dia tidak akan dapat diselamatkan. Kelaran itu rata dan kemas, mungkin menggunakan pisau dan sememangnya sengaja dilakukan oleh seseorang. Parut itu akan kekal pada kanak-kanak ini sepanjang hidupnya."
Menurut Doktor Li Haiyan, bayi perempuan ini dilahirkan pramatang, dianggarkan pada minggu yang ke 32-34 dan beratnya 1.4 kilogram. "Dia tidak menangis sehingga kita memberikannya suntikan anestetik. Selain kecederaan leher, bayi ini tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, jantung dan paru-paru juga baik."
Li Haiyan juga berkata bahawa bayi ini amat bertuah setelah terselamat daripada tiga keadaan yang boleh membawa maut iaitu kelahiran pra-matang, kekurangan oksigen, dan kecederaan akibat kelaran di lehernya. Walau bagaimanapun, selepas menjalani pembedahan bayi ini masih di bawah tempoh pemerhatian untuk memastikannya tiada sebarang masalah dengan otak dan organ-organ lain.
Walaupun bayi ini dalam keadaan stabil, tetapi ia tidak mampu untuk minum susu dan menerima glukosa makanan. Petugas dari jawatankuasa masyarakat tempatan berkata mereka akan menghantar bayi kepada institusi kebajikan kanak-kanak / rumah anak yatim selepas keluar daripada hospital.
Ini Pun Bohong Dan Berlakun Juga?
-
*PKR dakwa ada undi tambahan dalam peti undi*
PKR hari ini mula mendedahkan dakwaan penipuan pilihan raya secara
terperinci, bermula dengan kawasan parlimen...
SPR jangan jadi barua!
-
kemaskini oleh:
pen buruk online ™ : penipuan SPR menangkan Barisan Nasional
Kenyataan dari timbalan pengerusi SPR dengan terang dan jelas mengutuk
pemba...
BN Cadang Tukar Nama Parti.
-
Parti 1Malaysia.
Barisan Baru.
Organisasi Rakyat Malaysia Kebangsaan.
Inilah antara nama2 yang dicadangkan bagi menganti nama Barisan Nasional.
Nama Barisan...
Zahid Hamidi bersedia untuk tindakan lebih hebat?
-
Bila dah ada tindakan macam tu tentu punya ramai pengedar yang cuak, tak
berani nak juai akhbar-akhbar tu dan cerita pasai tindakan yang bakal
dibuat tu ta...
PAS Buat U-Turn
-
KUALA LUMPUR: PAS mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan
aman “Suara Rakyat 505” anjuran gabungan NGO di Petaling Jaya
esok.Setiausaha ...
SantaiD'Rimba: Pagi dan Petang
-
Sampai ke SantaiD'Rimba, jam 10.44 pagi.
Memang semak dan memang rimba (gambar atas).
Lepas Jumaat, beli mesin potong rumput RM270.00.
Belum sempat saya gu...
Senangnya BN Memperbodohkan Rakyat.
-
Buat rakyat Malaysia semua. Jangan terkejut sekiranya Kerajaan akan
membuat pengumuman drastik dimana semua harga barang akan turun. Ianya
telah dimulak...
Haris Ibrahim, Tian Chua, Tamrin Ghafar Ditahan
-
13 Rejab 1434H,
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Tian Chua menerusi laman mikro Twitter
miliknya memberitahu beliau kini dalam tahanan polis.
Turut ditahan ...
dari Jinjang
-
jika kau mahu penjarakan kami
bina saja tembok jeriji sepanjang pesisir pantai
dari Perlis sampai Sabah
jika kau mahu kurung kami
dirikan saja tembok besar c...
Sering Marah Meningkatkan Risiko Serangan Jantung
-
LEDAKAN kemarahan yang keterlaluan meningkatkan risiko seseorang terkena
serangan jantung. Semakin kuat kemarahan, semakin besar risiko infark
miokard akut...
TERKINI!! DEMO 10,000 RAKYAT KELANTAN DI SUK ESOK!!
-
Bantahan Perlantikan TMB & EXCO Yang Tidak Mengikut Prosidur.
*Selamatkan Kelantan Dari Anasir Yang Gila Kuasa!*
*Tarikh : 08 Mei 2013**Pukul : 9.00 pagi...
LAGU-LAGU TEMA SEMPENA "GE 13" - 5 MAY 2013
-
*Baik apa pun keputusan PRU 13 ni.......jom .....LAYAN LAGU-LAGU NI!!!!*
*
*
*M NASIR - DI JALAN SESAT*
*M NASIR - MANTERA BERADU*
*M NASIR - PERANG YANG ...
Jambatan Kandek-Biak : Bayaran Pampasan Tanah
-
*Penulis bersama pekerja ukur semasa mereka menjalankan kerja-kerja ukur
untuk projek Jambatan Kandek-Biak.*
Apa sudah jadi dengan projek pembinaan jambata...
ANTARA 'TANDA PUTERA' & 'RUMAH KECIL ITU'
-
1. Filem '*TANDA PUTERA*' karya Suhaimi Baba tentang peristiwa 13 mei yang
sepatutnya ditayangkan pada 13 September 2012 sudah beberapa kali di tunda
oleh...
Tendang Anak Lelakinya Kerana Lambat Berjalan
-
Tak ada akai punya bapak. Ada ke patut sebab yang tak relevan dia boleh
memperlakukan anaknya sebegitu. Emaknya pun 2 x 5 bodohnya… dahlah budak tu
sakit k...
DSAI TABIK BAWANI
-
KUALA LUMPUR 15 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tabik di
atas keberanian KS Bawani, mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang
men...
How to get "license key" Windows 8 for UTM students!
-
Greetings to all visitor of software4dummies,, i will show you the ways on
how to get a "license key" Windows 8 for students UTM (Universiti Teknologi
Mala...
Sudahkan Anda Mempunyai Akaun LinkedIn?
-
LinkedIn merupakan satu lagi media sosial penting masa kini yang mana
digunakan untuk meluaskan rangkaian terutama untuk mencari pekerjaan atau
untu...
Dr Asri Dapat Dato'
-
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar adalah antara 316 penerima darjah
dan pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan ke-69 Raja Perlis
Tuanku Sy...
-
*PELAJAR SEKOLAH GADUH DENGAN GURU (ANAK DIDIK BIADAP)*
Sebelum ini kita pernah dengar pelbagai berita yang dikaitkan dengan sikap
kurang ajar pelajar terh...
Dua Adun PR ke SPRM Esok, SPRM Sekali Lagi Diperkuda
-
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sekali lagi diperkuda Umno-BN untuk
menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Esok, Adun Sri Muda Shuhaimi S...
WARIS RIMBA TERCINTA
-
(1) Berlari di lereng bukit ghairah mengejar rerama kita terasa amat
bersemangat dan sihat bertenaga; unggas yang tiba-tiba melintas atas kepala
kita tahu ...
JEMPUTAN KE PELANCARAN PERAK DARUL KARTUN
-
klik peta untuk imej besar
Dengan segala hormat kami menjemput anda untuk menghadiri majlis pelancaran
Perak Darul Kartun.
Tempat Pelancaran:* Pusat Khi...
alam melukiskan
-
maghrib dah. aku masih disini menaip beberapa rangkap luahan di sudut kecil
kepunyaan aku ni. khamis harini. bekerja seperti biasa. malam semalam ke
panggu...