Cik Lee menceritakan penderitaannya kepada Chong (kanan).
KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 39 tahun yang mengalami kelepuhan, kemerahan dan bengkak pada kemaluannya kini mula mengalami kesukaran untuk berjalan, tidur dan membuang air kecil.
"Pusat rawatan itu memberitahu saya bahawa mereka telah banyak kali menjalankan rawatan ini, termasuk kepada seorang model," kata wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Lee, pada sidang akhbar semalam.
"Saya tidak tahu kenapa ia jadi begini. Mereka perlu bertanggungjawab terhadap apa yang telah mereka lakukan."
Lee berkata beliau telah membayar RM3,500 untuk rawatan
Nano Light Hair Removal selama dua tahun bagi membuang bulu di bahagian kemaluannya pada Januari lalu.
Sesi awal rawatan berjalan dengan lancar, bagaimanapun pada 22 Julai, selepas kira-kira 5-6 sesi, seorang ahli terapi baru mengambil alih dan memberitahunya sesi yang dijalankan sebelum ini dilakukan dengan salah. Beliau kemudian meningkatkan intensiti rawatan.
"Saya merasakan sangat sakit sepanjang rawatan dilakukan. Apabila saya mengadu, ahli terapi itu memberitahu ia dapat dipulihkan dengan menggunakan kiub ais," Lee berkata, sambil menambah bahawa itu membuatkannya memjadi lebih teruk.
Beliau berkata pemeriksaan yang dilakukan oleh pakar kulit menunjukkan kulit di bahagian kemaluannya terbakar pada tahap kedua dan rawatannya akan menelan kos sekitar RM 35,000 hingga RM 55,000 dan tidak ada jaminan ia akan pulih sepenuhnya.
Lee berkata pusat terapi itu kemudiannya memohon maaf dan menawarkan pampasan sebanyak jumlah wang yang beliau telah bayar. Namun beliau menolak dan lebih suka untuk membawa kes ini diberi perhatian.
Lee kemudiannya membuat aduan di Pusat Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA.
Datuk Seri Michael Chong berkata, mereka akan berunding dengan peguam mengenai perkara itu.
Beliau juga berkata akan membawa kes ini ke Kementerian Kesihatan dan mengharapkan garis panduan yang ketat akan dikeluarkan kepada pusat rawatan kosmetik.
Kredit foto : TheSunDaily