Presiden Syria Bashar al-Assad ketika melantik Riad Farid Hijab sebagai Perdana Menteri Jun lalu.
DAMSYIK - Seorang demi seorang pegawai Bashar al-Assad meninggalkan kerusi jabatan pemerintahannya. Terkini Assad baru sahaja kehilangan Perdana Menterinya (PM), Riad Farid Hijab.
TV Nasional rejim Syria melaporkan pada Isnin (6/8/2012), bahawa Farid Hijab telah keluar dari pejabatnya dan berpaling tadah.
Sebaik sahaja kekuatan kunci rejim ini angkat kaki, Assad terus mengarahkan wakil Farid Hijab, iaitu Omar Ghalawanji untuk mengambil alih sementara pemerintahan.
Farid Hijab baru sahaja menjawat jawatan PM Syria, bekas Menteri Pertanian ini dilantik oleh Assad pada 6 Jun lalu.
Sementara itu, pihak pembangkang juga telah mengesahkan pembelotan Farid Hijab. Beberapa laporan mengatakan bahawa dia kini berada di Jordan bersama keluarganya.
Sebelum itu Angkasawan pertama Syria, Jenderal Muhammed Ahmed Faris juga berpaling tadah dari rejim Bashar al-Assad dan pergi ke Turki malam kelmarin (5/8/2012).
Angkasawan pertama Syria, Jenderal Muhammed Ahmed Faris
Sebelum Jenderal kelahiran Aleppo menyeberangi Turki, Faris sempat mengunjungi salah satu brigade mujahidin FSA (Free Syrian Army) di Aleppo bertemu dengan para pemimpin brigade untuk mengumumkan pembelotannya dari pemerintahan Assad dan menunjukkan sokongannya kepada FSA.
Faris lahir pada tahun 1951 dan kelulusan sekolah juruterbang Aleppo ini pernah mengikuti kru angkasawan Soviet mengorbitkan stesen Mir pada tahun 1987, sekaligus melayakkannya dianugerahkan penghargaan
Order of Lenin.
Pembelotan Farid Hijab dan Muhammed Ahmed Faris ini berlaku ketika pertempuran sengit di antara Mujahidin dengan pasukan rejim Assad sedang berlangsung di Aleppo.
Lihat rakaman Faris bersama brigade mujahidin FSA di bawah :