blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

ROSMAH Dan Pingat Perak CHONG WEI

Monday, August 6, 2012
LONDON, 6 Ogos -- Datuk Lee Chong Wei menunjukkan pingat perak yang dimenanginya dalam acara badminton perseorangan lelaki kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Sukan Olimpik 2012 di London malam tadi.

Chong Wei tewas kepada pemain dari China, Lin Dan dengan catatan mata 21-15, 10-21, 19-21 dalam perlawanan akhir acara itu di Wembley Arena.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah; isteri Menteri Kesihatan, Datin Seri Lee Sun Loo dan isteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Kanagam Palanivel.



Kredit : Bernama
Read Full 1 comments

Kami AKAN SELAMAT Jika MEMASUKI BUDDHA - Mangsa Rohingya

Muhammad Rafiq, salah seorang pelarian Rohingya.


JAKARTA - Entah syaitan mana yang merasuk kelompok majoriti Buddha dan tentera Myanmar, tanpa belas kasihan dan biadab mereka menyerang, menyiksa, merogol, dan membunuh Muslim Rohingya. Ini termasuklah kepada kanak-anak dan wanita.

Sungguh hebat penderitaan saudara-saudara Muslim kita Rohingya. Muslim disiksa, muslimah diperkosa, rumah dibakar, dirompak dan pembunuhan yang dilakukan dengan begitu kejam oleh kelompok majoriti Buddha Rakhine dan tentera Myanmar.

Perkara ini diceritakan sendiri oleh Muhammad Rafiq, salah seorang pelarian Rohingya pada majlis Dialog Interaktif Rohingya yang dikendalikan oleh International Conference of Islamic Scholars (ICIS), di Jakarta pada Sabtu (4/8/2012).

Antara yang turut hadir ialah Kominisi Nasional Hak Asasi Manusia Asean dari Indonesia, Kementerian Luar Negeri, Ketua  Kominisi Nasional Hak Asasi Manusia Indonesia, wakil Muhammadiyah, PBNU dan Pemimpin Redaksi HU Republika. Seketeriat Jeneral ICIS KH Hasyim Muzadi bertindak selaku "tuan rumah" pada majlis dialog ini.



Para peserta yang menghadiri majlis ini terdiri daripada pelbagai kumpulan termasuklah masyarakat Islam, Katholik, dan para wartawan. Kemuncak dialog ini pastinya saat Muhammad Rafiq menceritakan perlakuan masyarakat majoriti Buddha dan tentera Myanmar terhadap masyarakat Muslim Rohingya.

"Tentera Myanmar dan Buddha Rakhine memasuki rumah kami pada malam hari, menyiksa kami, memperkosa anak-anak perempuan kami dan melarang kami memasak," cerita Rafiq.

Rafiq dan sejumlah pelarian lain sudah 9 bulan berada di Indonesia. Di antara pelarian tersebut, Rafiq adalah antara yang fasih berbahasa Indonesia. Dia cuba menggambarkan kebiadaban kelompok majoriti Buddha dan tentera Myanmar terhadap Muslim Rohingya.

Menurut Rafiq, perkara yang paling sering berlaku ialah orang Buddha yang berpakaian tentera dan menyerang orang Muslim. Mereka tanpa segan silu memasuki rumah-rumah Muslim, lalu menyiksa dan memotong tangan dan kaki anak-anak Muslim.

Keduanya, baik pihak tentera ataupun Buddha saling bantu-membantu dalam menyerang, menyiksa, dan membunuh Muslim Rohingya. Mereka sama-sama melakukan penyiksaan terhadap Muslim Rohingya. Ia menolak dakwaan yang menyebut seolah-olah hanya tentera Myanmar saja yang melakukan tindakan biadab ini, tapi kelompok majoriti Buddha juga tidak kalah kejamnya.

"Jika kami melawan sedikit saja, maka kami dan anak-anak kami semua akan dibunuh dan setelah itu rumah-rumah kami dibakar," tuturnya. "Mereka membakar rumah kami dengan bom-bom molotov yang sudah tersedia."





Bukan sahaja rumah, malah masjid-masjid turut dibakar. Tidak ada masjid yang boleh berdiri tegak di wilayah Muslim Rohingya. Masjid-masjid dibakar setelah mereka dapati ada Muslim Rohingya yang memasuki masjid. Kerana itulah mereka melarang Muslim memasuki masjid, melarang solat di masjid, sehinggakan tidak ada yang berani datang ke masjid.

Lebih teruk lagi, masyarakat Muslim Rohingya juga dilarang makan. Mereka akan menangkap Muslim Rohingya jika didapati sedang memasak. Mereka ingin melihat Muslim Rohingya tidak memiliki makanan. Mereka melarang Muslim membeli makanan atau bahan-bahan memasak. Menurut Rafiq, mereka pernah tidak makan selama dua bulan. Akhirnya ada di antara mereka yang terpaksa memakan batang pokok pisang untuk hidup.

Bolehkah masyarakat Muslim Rohingya selamat dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kekejaman mereka?. Ya, boleh, asalkan anda bersedia menggantikan keimanan anda menjadi Buddha. "Ini barulah selamat," ujar Rafiq ketika menceritakan kisah penderitaan mereka dengan ditemani seorang lagi pelarian, Din Muhammad.
Read Full 2 comments

REAKSI Rosmah, Lee Chong Wei, Bapanya DAN PEMINAT LIN DAN

Begitulah reaksi Lee Ah Chai bapa kepada Datuk Lee Chong Wei sambil memakai baju-T "Golden Road to London" apabila anaknya tewas kepada pemain dari China Lin Dan.


Lee Ah Chai dan jiran-jiran beliau kecewa kerana Malaysia gagal untuk mendapatkan emas pertama Malaysia., Ah Chai menghubungi isterinya, Khor Kim Chai, 58, yang menemani Chong Wei di London selepas perlawanan.


Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengibarkan bendera jalur gemilang ketika menyaksikan perlawanan akhir badminton antara Lee Chong Wei dan pemain China Lin Dan pada perlawanan akhir di Sukan Olimpik London, di Arena Wembley semalam.


Jurulatih Tey Seu Bok (kiri) menenangkan Lee Chong Wei selepas kecundang kepada pemain China Lin Dan pada perlawanan akhir di Sukan Olimpik London, di Arena Wembley. Turut kelihatan Ketua Jurulatih Negara Rashid Sidek (kanan). Chong Wei tewas 21-15, 10-21 dan 19-21.


Pos ini adalah daripada kelab penyokong Lin Dan di Negara China. sila baca.

Thank you very much, Lee Chong Wei, Thank you for being such a noble and worthy opponent, and thank you for 10 years of company - without Lee Chong Wei's worthiness, there will not be any Lin Dan's worthiness; without Lee Chong Wei's persistence and perseverance, there will not be any progression for Lin Dan. Lee Chong Wei missed his first Gold Medal, but he didn't fail. We felt for his cries.
[SHARED/RT] When we cheer for Lin Dan's victory, please also remember Lee Chong Wei. You both are the best.

Terima kasih Lee Chong Wei. Terima kasih kerana menjadi seorang lawan yang mulia kepada Lin Dan, dan terima kasih kerana menemani Lin Dan selama 10 tahun - tanpa kemampuan Chong Wei, tiadanya kemampuan Lin Dan ; tanpa kegigihan Chong Wei, tiadanya kemajuan buat Lin Dan. Lee Chong Wei cicir Pingat Emas pertamanya tetapi beliau tidak Kalah. Kami merasai kesedihannya.
[Kongsi] Bila bersorak untuk Lin Dan, jangan lupa Lee Chong Wei. Kedua-duanya pemain yang hebat.


Kredit : NST, Bernama & Facebook
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails
 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks