blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

IKAN PAUS Terdampar Di SABAH Jadi PERHATIAN

Friday, August 3, 2012
KOTA KINABALU, 3 Ogos -- JADI TUMPUAN… Orang ramai membanjiri pantai Kuala Penyu untuk melihat lebih dekat seekor ikan paus seberat lebih 10 tan yang terdampar selama 12 jam.


Seorang penduduk kampung dari daerah ini keluar dari mulut ikan paus seberat lebih 10 tan untuk melihat lebih dekat ketika operasi memindahkannya ke darat oleh Jabatan Perikanan di muara Sungai Sitompok, Kuala Penyu dekat sini, petang tadi.


Paus sepanjang kira-kira 17 meter spesis Balen itu dipercayai mengalami 'stress' apabila berada di kawasan bukan hidupannya.
Ikan paus itu ditemui seorang pekerja Taman Pulau Tiga terdampar kira-kira 20 meter dari gigi air sungai itu pada pukul 9 pagi.



Kredit : Bernama
Read Full 0 comments

Bahu TERCUCUK BESI Pagar Ketika PELAJAR Cuba PONTENG SEKOLAH

Anggota bomba terpaksa memotong besi pagar untuk melepaskannya.

Pelajar sekolah ini akan berfikir dua kali apabila dia berfikir hendak ponteng dari sekolah lagi selepas mengalami kejadian yang dia tidak akan boleh lupakan seumur hidupnya.

Remaja berusia 16 tahun yang cuba untuk keluar dari sekolah untuk ponteng ini akhirnya mengalami kemalangan apabila tergelincir semasa memanjat pagar.

Selepas jeritannya didengari oleh rakan-rakan sekelasnya, pihak sekolah telah menghubungi anggota bomba untuk melepaskannya dengan memotong jeriji pagar yang mencucuk bahagian bahunya sebelum dibawa ke hospital.

Doktor mengambil masa sejam untuk mengeluarkan batang besi pagar ini dari tangannya dalam operasi pembedahan yang rumit.

Bercakap kepada pemberita selepas peristiwa itu, remaja yang berasal dari China ini memberitahu bahawa tapak tangannya yang berpeluh kerana takut ditangkap guru kerana ponteng dari kelas menyebabkan pegangannya pada besi pagar menjadi licin lalu tergelincir.
Read Full 0 comments

PELAWAK Berani MEMPERMAINKAN Watak MUJAHIDIN DITEMBAK MATI


Seorang pelawak Somalia yang popular, dan berani membuat lawak mempermainkan kumpulan mujahidin Islam kononnya sering mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan membunuh orang awam, telah ditembak mati pada hari Selasa 31/7/2012.

Menururt seorang saksi kejadian, Malaq Abdi-Jaylani atau lebih dikenali sebagai Marshaale telah ditembak di kepalanya beberapa kali oleh dua lelaki bertopeng yang bersenjatakan pistol pada jam 5:30 petang ketika beliau di dalam perjalanan pulang ke rumahnya berhampiran masjid Ali-booley di daerah Mogadishu, Waberi.

Mangsa yang mengalami kecederaan serius dalam serangan itu telah dikejarkan ke hospital Madine, sebelum doktor kemudian mengesahkan kepada media kematian pelawak itu.

Tidak jelas siapa yang bertanggungjawab di sebalik pembunuhan itu, tetapi Malaq, 43, sebelum ini pernah menerima ancaman daripada kumpulan jaringan pejuang Al-Qaeda, brigade Al-Shabab.


Malaq Abdi-Jaylani atau lebih dikenali sebagai Marshaale


Malaq yang bekerja untuk TV Universal, sering melakonkan watak sebagai pejuang Islam dalam rancangan komedinya, menurut laporan BBC.

Abdi Muridi Dhere, rakan sekerjanya berkata kematian Malaq amat menyedihkan. Pembunuhan itu telah menyebabkan Mogadishu kembali kepada "hari kegelapan."

"Ini adalah hari yang hitam untuk seluruh industri hiburan," kata Yusuf Keynan, penyampai radio yang bekerja bersama Malaq. "Dia adalah seorang ketua komedi di Somalia dan semua orang sukakannya."

Puluhan wartawan Somalia hadir pada upacara pengkebumiannya semalam, Khamis 2/8/2012.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks