blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

DIBATALKAN PENYERTAAN, Pemain Badminton China BERSARA

Thursday, August 2, 2012

Pemain beregu badminton China, Yu Yang telah mengambil keputusan untuk bersara daripada bermain badminton. Pada masa yang sama pegawai sukan Olimpik telah memberitahu ketua pasukan Olimpik dan pemain mereka yang terlibat untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menipu perlawanan.

Yu adalah seorang di antara lapan pemain beregu wanita yang dibatalkan penyertaan mereka dari Sukan Olimpik 2012. Rakan sepasukannya Wang Xiaoli, pasangan Korea Selatan Jung Kyung-Eun / Kim Ha-na, dan Ha Jung-Eun / Kim Min-jung, serta pasangan Indonesia Greysia Polii / Meiliana Jauhari antara pemain yang turut dibatalkan penyertaan.

"Ini adalah perlawanan terakhir saya. Selamat tinggal Persekutuan Badminton Dunia (BWF), selamat tinggal badminton yang saya cintai,"  tulis Yu di dalam mikro blog Tencent. "Kami ... hanya memilih untuk kalah dalam perlawanan ini.


Akaun mikro blog Tencent milik Yu Yang.

"Ia hanya untuk membolehkan kami bermain dengan lebih baik pada pusingan kedua ( peringkat kalah mati). Ini juga adalah kali pertama Sukan Olimpik mengubah (format pertandingan). Tidakkah mereka tahu ia akan memudaratkan atlet ?

"Anda tidak berhati perut dan telah menghancurkan impian kami," kata Yu. "Ianya semudah itu, tidak susah (menyingkirkan kami). Ini sukar dimaafkan."

Yu dan Wang merupakan pasangan pilihan untuk memenangi acara badminton beregu wanita.
Read Full 0 comments

Tentera SHABIHA, Pendukung Kuat al-Assad DITANGKAP Dan DITEMBAK

Aleppo, SYRIA – Tidak berbaju, tidak bersenjata, dan gementar ketakutan. Begitulah keadaannya apabila sekumpulan tentera Shabiha ini ditangkap.

Rakaman video yang disiarkan Sky News, pada Rabu (1/8/2012) menunjukkan tentera ini kemudiannya disuruh berlutut menghadap ke dinding. Tidak lama kemudian kedengaran rentetan bunyi tembakan. Adegan selanjutnya, sukar digambarkan namun apa yang pasti, ia diakhiri dengan kelihatan mayat-mayat yang bergelimpangan.

Peristiwa ini dirakamkan melalui kamera video amatur yang menggambarkan peristiwa ketika tentera Shabiha, kumpulan tentera simpanan Presiden Syria Bashar al-Assad ditangkap oleh kelompok pejuang di kota Aleppo di Syria. Itulah hukuman kepada pendukung rejim al-Assad. Ketahui selanjutnya berkenaan tentera Shabiha di sini.

Inilah antara tentera Shabiha, pendukung kuat al-Assad. Kenali siapa mereka di sini.

Walaupun rakaman agak kabur, namun kejadian yang berlaku dapat dilihat. Dalam satu adegan, ada seseorang yang berusaha meminta agar adegan ini tidak dirakam, tangannya juga cuba untuk menutup kamera. Namun tidak lama kemudian kedengaran rentetan tembakan senapan mesin yang memekakkan telinga. Setelah itu yang kelihatan hanya tubuh-tubuh yang tidak bernyawa.

Rakaman tersebut dirakam oleh kumpulan penentang rejim al-Assad di sebalik pertempuran sengit di Aleppo.
Read Full 2 comments

Sengaja BERMAIN KALAH - BEREGU China, Indon, Korea DIBATALKAN PENYERTAAN


Empat pasangan beregu wanita yang terlibat dalam menipu perlawanan di Sukan Olimpik London 2012 telah dibatalkan penyertaan mereka.

Empat pasangan itu merupakan dua pasangan Korea Selatan, satu dari Cina, dan satu dari Indonesia kerana sengaja bermain untuk kalah dalam perlawanan mereka dan memanipulasi kedudukan pertemuan di peringkat suku akhir seperti yang dilaporkan di sini.

Persekutuan Badminton Dunia telah mendakwa kesemua lapan pemain itu kerana "tidak memberikan usaha terbaik mereka untuk memenangi perlawanan" dan "kesalahan tingkah laku yang boleh menjejaskan sukan itu".

Empat pasangan itu sepatutnya bermain di dalam 8 perlawanan peringkat akhir petang semalam di Arena Wembley tetapi nampaknya jadual perlawanan akan disusun semula.

Ada kemungkinan pasangan pemain yang menduduki tempat ketiga dan keempat dalam kumpulan mereka akan layak bertanding kerana kerana penyingkiran pemain-pemain yang menipu perlawanan ini.

Semuanya bermula apabila pilihan utama dari China, Wang Xiaoli dan Yu Yang seolah-olah cuba untuk merancang kekalahan mereka ketika menentang pasangan utama Korea Selatan, Jung Kyung-Eun dan Kim Ha-na untuk mengelakkan mereka daripada menjuarai peringkat kumpulan mereka.

Ini sekaligus mengelakkan mereka daripada bertemu pasangan senegara mereka, Tian Qing dan Zhao Yunlei.

Dalam pertemuan lain dalam Kumpulan C antara pasangan Indonesia,  Meiliana Jauhari dan Greysia Polii  yang bertemu pasangan kedua Korea Selatan, Ha Jung Eun dan Kim Min Jung juga bermain dengan taktik serupa - untuk kalah.



Beberapa kali kedua-dua pasangan ini sengaja memukul bulu tangkis keluar atau terkandas di jaring, sehinggakan pengadil perlawanan mengeluarkan kad hitam, tanda melakukan kesalahan paling keras dalam badminton.

Pertandingan tersebut tetap dilanjutkan sehingga selesai dengan keputusan 18-21, 21-14 dan 21-12 untuk kemenangan ke atas pasangan Korea Selatan.

Kedua-dua pasangan pemain sengaja bermain untuk kalah bagi mengelakkan bertemu dengan lawan terkuat dalam pertemuan suku akhir.

Semua pemain telah dicemuh oleh penonton dengan sorakan 'boo' kerana bermain dengan tidak profesional.

Read Full 3 comments
Related Posts with Thumbnails
 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks