blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

SETAN, SYAITAN, SULTAN - Pak Habib

Tuesday, July 31, 2012

Kebangkitan sudah mula dirasakan dimana-mana…terutamanya kebangkitan menentang kezaliman, penyelewengan dan salahguna kuasa. “Pemerintah” yang sepatutnya bertanggungjawab kepada “rakyat”, sebaliknya menggunakan rakyat untuk kepentingan mereka. Terlalu banyak pemerintah yang sudah lupa diri, hidup dengan kemewahan atas kesusahan rakyat. Ramai yang hidup dengan keborosan ketika rakyat merasai penderitaan.

Uncleseekers telah “memulakan” pembongkaran tentang kezaliman dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemerintah. Tulisannya didalam blog telah “mencetuskan” kesedaran tentang apa yang dilakukan oleh pemerintah. Sokongan terhadap Uncleseekers terus tinggi walaupun blognya sudah tidak dikemaskini sejak beberapa minggu lalu dan masih ramai yang tertunggu-tunggu artikel didalam blog barunya.

Bukan itu saja…

S.H Al-Attas juga akan begabung tenaga dengan Uncleseekers untuk membongkar lebih banyak penyelewengan dan kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah.

Tak lama lagi, sebuah buku yang ditulis oleh S.H Alattas akan berada dipasaran. Apakah pembongkaran S.H Al-Attas akan lebih hebat dari siri Uncleseekers?

Tengok tajuk saja sudah cukup menggemparkan. Setan, Syaitan dan Sultan.

Apakah persamaan diantara Setan, Syaitan dan Sultan? Apakah Sultan dah jadi setan? Ataupun Sultan sudah dirasuki syaitan?

Kredit asal  : MSK/MEDIA PERAK
Read Full 0 comments

Apa MOTIF REPLIKA 400 Botol Arak DI PULAU PINANG ?

GEORGE TOWN, 31 Julai -- Replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam bersebelahan dengan perhiasan mempromosikan bulan Syawal di sini, hari ini.


Orang ramai terutama umat Islam yang melalui kawasan pusat membeli-belah di Pusat Bandar George Town akan terkejut melihat replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam bersebelahan dengan perhiasan mempromosikan bulan Syawal.


Lebih 400 botol-botol arak kosong disusun di dalam sebuah ruang pameran di kawasan awam yang dikunjungi oleh orang-ramai.




Kredit : BERNAMA


Apa sebenarnya motif kewujudan replika seperti ini, terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini?. Majlis tempatan dan kerajaan negeri Pulau Pinang seharusnya peka pada sensitiviti umat Islam terutamanya di bulan yang mulia ini. 

Kita nantikan jawapan dari kerajaan Pulau Pinang, - you better have a damn good explanation for this. - Author Faethal
Read Full 0 comments

Inilah GAMBAR-GAMBAR PALSU Pembunuhan Umat ISLAM ROHINGYA

Pembunuhan umat Islam di Burma (Myanmar) memang benar berlaku, penindasan terhadap umat Islam yang masih hidup juga memang benar berlaku. Laporan-laporan yang melibatkan umat Islam di Arakan bukanlah palsu. Namun malangnya beberapa gambar yang beredar di dalam internet, sama ada di Facebook, Twitter, BBM, malah termasuk juga rakan-rakan blogger ternyata palsu - sama ada disengajakan atau tersalah informasi.

Malah terdapat beberapa orang yang tidak bertanggungjawab sengaja mengedit gambar-gambar ini dan menyampaikan bahwa itu adalah gambar kekejaman terhadap kaum muslim Rohingya. Pastinya sebagai sesama muslim kita akan percaya akan gambar sedemikian.

Berikut ini adalah beberapa gambar yang pernah dan masih lagi beredar tetapi setelah diselidiki ternyata ianya palsu:


Terbukti gambar ini bukanlah gambar mangsa pembunuhan, sebaliknya gambar tersebut adalah situasi ketika umat Buddha di Tibet membantu mengeluarkan mayat mangsa korban gempa bumi di China. - Sumber Tibetan Community | Tibet Times


Seperti komen yang boleh dilihat dalam facebook di atas, dikatakan bahawa ini adalah gambar muslim yang dibakar di Burma, dan mereka yang percaya terus melontarkan komen-komen simpati dan kutukan. Gambar ini sebenarnya adalah gambar aktivis Tibet (bernama Jamphel Yesh) yang melakukan demonstrasi ketika kedatangan Presiden China ke India. Aktivis tersebut adalah pelarian yang mencari suaka ke India, dan melakukan aksi membakar diri ketika mengetahui Presiden China (ketika itu Hu Jintao) akan datang berkunjung. - Sumber: International Bussines Time | The Guardian



Ini sebenarnya adalah gambar dari Pattani, di selatan Thailand pada Oktober 2004. Gambar tersebut bukanlah gambar mayat, tapi gambar para demonstran muslim yang ditangkap kerana konflik yang berlaku di sana setelah sebelum ini ada ketegangan di antara umat Islam dengan masyarakat buddha.


Kumpulan gambar ini juga sebenarnya adalah sebahagian dari penangkapan mereka yang terlibat dalam rusuhan di Selatan Thailand. - Sumber: People's Daily | Frontline


Ini bukan gambar pembunuhan umat Islam melainkan gambar demonstrasi yang dilakukan oleh masyarakat Burma terhadap pemerintah kerana kenaikan harga barang di negara tersebut pada tahun 2007. -  Sumber: Ahrchk | My Sinchew


Gambar ini sebenarnya adalah gambar mangsa dari kejadian pengeboman yang berlaku di bandar Myawaddy di daerah Burma Timur yang bersempadan dengan Thailand dan ia terjadi pada Februari 2011. - Sumber: Arakan Info


Gambar ini dikatakan sebagai korban muslim Rohingya ketika rusuhan di Burma, tetapi sebenarnya adalah mangsa ledakan tangki bahan api di Kongo pada tahun 2010.


Sekali lagi ditekankan bahawa kejadian pembunuhan dan penindasan terhadap umat Muslim Burma adalah benar-benar terjadi. Tetapi ramai yang agak ragu dengan kebenarannya apabila timbul gambar-gambar palsu seperti ini.

Jika orang Islam sendiri yang mengedit dan menyebarkan gambar-gambar palsu sedemikian dengan sengaja untuk mengeruhkan keadaan atau untuk menimbulkan ketegangan dengan masyarakat Buddha secara keseluruhan, maka ia adalah tidak adil, sebagaimana Allah berfirman dalam Al-Qur'an:

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum membuatmu tidak berlaku adil. Berbuat adillah karena ia lebih mendekati ketakwaan." (Al Maa'idah: 8)

Namun jika telah terlanjur menyebarkannya kerana kesilapan maklumat, semoga Allah mengampuni kita semua.
Read Full 1 comments

Wartawan JEPUN MEMELUK ISLAM Di Syria


Seorang wartawan Jepun telah memeluk agama Islam di hadapan para pejuang Syria baru-baru ini.

Dalam sebuah video yang diterbitkan di dalam Youtube, menunjukkan seorang pemuda wartawan Jepun mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Mujahidin dari batalion Mamduh Julha yang bermukim di gunung Al-Turkman, di sempada Syria-Turki.

Menurut laporan tersebut, dia memeluk islam setelah tersentuh melihat sikap baik dpara Mujahidin ketika sedang membuat liputan pertempuran di wilayah tersebut.

Dengan perlahan-lahan dia mengucapkan "Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah" sambil dibimbing oleh seorang mujahid dari brigade tersebut. Kemudian para mujahidin melaungkan takbir, dan muallaf ini turut mengikutinya dengan wajah gembira "Allahu Akbar, Allahu Akbar!". Pemuda yang memilih nama Musthafa, adalah hamba Allah yang menemui hidayah di bumi para syuhada, Syam.

Pada ketika itu, apabila tepat masuknya waktu solat asar,  Musthafa turut diajak untuk bersolat. Ia kemudian diajarkan cara-cara mengambil wudhu oleh salah seorang mujahid. Nampak pada wajahnya yang penuh tekun ketika mengikuti langkah-langkah mengambil wudhu yang ditunjukkan. Sememangnya selalu ada dakwah disebalik jihad, Allahu Akbar!.

Read Full 0 comments

Tahukah Kamu LAGU KEMERDEKAAN 2012 Ada 2 VERSI?


Kali pertama lagu Hari Kemerdekaan 2012, atau lebih tepat disebut lagu Janji Ditepati telah diperdengarkan buat kali pertama ketika himpunan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA).

Himpunan tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Jun 2012 lalu di Kompleks Sukan Bukit Jalil. Pada acara yang sama Najib telah mengumumkan program subsidi tayar dan perlindungan insurans kepada lebih 10,000 pemandu teksi di seluruh negara.

Lihat rakaman persembahan tersebut dibawah :

Kredit : Anak Sungai Derhaka
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks