blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Polis MENGAMUK Mengaku TIDAK BERSALAH, Hakim ARAH Rakaman CCTV DIKELUARKAN

Monday, July 30, 2012
Anggota polis Insp Mohd Azuan Yasin dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku tidak bersalah terhadap enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan, dua minggu lepas.


SEREMBAN, 30 Julai -- Seorang anggota polis pada Isnin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret berbeza, di sini atas enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan pada 17 Julai lalu.

Tertuduh, Insp Mohd Azuan Yasin, 32, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, Haslina Basarudin dan S.Megaswary.

Di hadapan Mohamad Izwan dan Haslina, Mohd Azuan dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan masing-masing terhadap Mohamaed Nadzeem Zainal Larifin, 25, dan Koh Wen Gio, 32, dengan menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai senjata pistol kira-kira pukul 2.50 pagi di lobi Hotel S2 di sini pada 17 Julai lepas.

Bagi kesalahan ini, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda dan sebatan, mana-mana dua dari hukuman tersebut.

Mohd Azuan turut dituduh di hadapan kedua-dua majistret itu melakukan kesalahan dengan menakutkan secara jenayah ke atas kedua-dua mangsa dengan cara menggunakan senjata menyerupai pistol berwarna hitam di lokasi, masa dan tarikh yang sama yang mana sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Satu lagi tuduhan di hadapan Mohamad Izwan, tertuduh didakwa memecah cemin pintu hadapan kereta nombor pendaftaran MBB 1531 milik Tan Chee Luan, 25, yang menyebabkan kerugian RM150 dalam satu kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di sebuah kedai kopitiam di Temiang di sini pada tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Di hadapan Majistret S.Megaswary, tertuduh dituduh memecah pintu kereta belakang sebelah kiri, nombor pendaftaran NBV 8822 milik Tan Chee Hold, 32, yang menyebabkan kerugian RM180 dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di kedai kopitiam dekat Temiang di sini pada tarikh sama dan didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,500 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan kesemua kesnya akan disebut semula pada 13 September depan.

Bagi semua kes, tertuduh diwakli peguam bela Hanif Hassan manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Dalam pada itu, Mohamad Izwan dan Haslina turut mengarahkan agar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar luas di dalam laman sesawang www.youtube.com bertajuk "Polis Memukul Pekerja Hotel di Seremban" berdurasi selama 3 minit 41 saat dikeluar serta merta dari laman berkenaan dan melarang sebarang penyebaran rakaman itu dalam apa jua bentuk saluran bagi mengelak prejudis kepada tertuduh yang minta dibicara.



Kredit - BERNAMA
Read Full 2 comments

Rakaman UFO Di SUNWAY Jadi PERBINCANGAN HANGAT


PETALING JAYA - Sebuah rakaman video yang menunjukkan kemunculan UFO di Sunway Mentari baru-baru ini telah dimuat naik ke dalam YouTube.

Walau bagaimanapun, kemungkinan itu telah dinafikan oleh pakar-pakar yang percaya ada penjelasan sebenar di sebalik fenomena ini.

John Tan yang merakamkan kejadian ini dua minggu lalu sedang makan malam ketika dia melihat ada bintang yang lebih cerah dan juga lampu berkelip yang berwarna-warni.

Kebetulan ada alat rakaman padanya, dia terus merakamkan kejadian itu lengkap dengan ulasan-ulasan lucu dari rakan-rakannya yang turut sama sedang makan malam.

Sehari selepas kejadian itu, pada 15 Julai, John telah memuat naik rakaman video itu di YouTube dan telah dilihat sekurang-kurangnya 1,000 kali.

"Kerlipan lampu itu berada di sana selama dua jam selepas kami mula mengesannya kira-kira jam 9.00 malam.

"Selepas memerhatikan kira-kira sejam, kami masuk ke dalam kereta kami untuk mencari punca sinaran lampu tetapi gagal menemuinya," kata pemuda 29 tahun itu. Beliau menolak kemungkinan ianya adalah mainan.

"Mustahil ada alat permainan yang menggunakan bateri biasa mampu bertahan selama itu," katanya.

Walau bagaimanapun, ada pengulas di YouTube memberi teori bahawa ia hanyalah layang-layang yang mempunyai lampu LED, namun John menegaskan malam itu tidak berangin.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) yang dihubungi turut berpendapat bahawa tidak mungkin objek berkenaan adalah layang-layang.

"Orang tidak akan bermain layang-layang pada waktu malam kerana tiada angin," kata Ketua Pengarah Dr Mustafa Din Subari.

Bagaimanapun, beliau juga turut sangsi untuk mengatakan objek itu adalah unsur-unsur kehidupan asing yang mempunyai teknologi unggul dan telah datang ke bumi.

"Ia bukan kali pertama rakyat Malaysia mendakwa telah menyaksikan fenomena (UFO) ini. Ia berlaku dari dahulu lagi," katanya.

Angkasawan negara yang pertama di Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor juga sepatutnya ada penjelasan logik terhadap fenomena tersebut.

"Salah satu sebab mengapa kita ke angkasa lepas adalah untuk melihat jika terdapat kehidupan lain di luar sana.

"Alien atau bukan, setakat yang diketahui, masih tiada bukti ditemui dan kami masih mencari."

Sehingga saat ini, rakaman ini masih lagi menjadi tanda tanya dan tidak dapat dijelaskan.




P/S jangan lupa baca sini--->: Uncleseekers v2: Seek The Truth: Yabedabedooo!! Dalam Lokap 10 Hari (Part 1)
Read Full 0 comments

Imam Masjid ARAB SAUDI Pilih SYAHID Di Syria



Jika kita di Malaysia semakin gembira menantikan kedatangan Syawal yang akan tiba. Tetapi seorang pemuda Arab Saudi, Muhammad bin Salim Al-Harbi Abu Abdullah, memilih untuk syahid dalam pertempuran tembak-menembak antara tentera rejim Syria dan mujahidin pada Khamis (26/7/2012) bertepatan dengan 7 Ramadhan 1433 H di Syria. Al-Harbi terkena tembakan dua peluru di dadanya dan gugur dalam keadaan sedang berpuasa.

Al-Harbi merupakan mujahid berkewarganegara Arab Saudi yang ketiga gugur di Syria dalam pertempuran sengit yang terakhir. Warga Arab Saudi berusia 24 tahun itu juga merupakan seorang imam masjid di Janadiyah, Riyadh. Ia hafiz Al-Qur'an, kitab hadis hukum Umdatul Ahkam dan kitab hadis hukum Bulughul Maram.

Pemakaman jenazahnya diiringi ribuan kaum muslimin Syria. Mereka meneriakkan laungan: Laa Ilaaha Illa Allah, pertolongan-Mu ya Allah, lebih baik mati daripada hidup terhina, tiada harapan bagi kami selain-Mu ya Allah, asy-syahid kekasih Allah.

Mujahidin Syria telah menerbitkan video yang menunjukkan Al-Harbi bersama-sama dengan mujahidin Syria hingga ia gugur dan jenazahnya diiringi oleh ribuan kaum muslimin Syria. Semoga Allah menerima amal si syahid dan menempatkannya di surga Al-Firdaus yang tertinggi.

Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks