Fei Lin, 41, yang tinggal di kampung Niqiao berhampiran bandar Wenling, wilayah timur China, Zhejiang, memberitahu polis bahawa dia sedang tidur ketika empat orang pencuri memecah masuk ke dalam biliknya pada jam sekitar 4.00 pagi dan menekup kepalanya dengan beg menurut laporan
DailyStar.
"Mereka menekup kepala saya dan menarik seluar sebelum melarikan diri," kata Lin.
"Saya sangat terkejut kerana tidak merasakan apa-apa, tiba-tiba saya melihat telah mengalami pendarahan dan kemaluan saya telah hilang"
Fei Lin sedang dirawat di hospital selepas kemaluannya dipotong dan dicuri.
Polis percaya penyerang itu adalah mereka yang cemburu dengan Lin kerana menjalinkan hubungan dengan beberapa orang wanita. Bagaimanapun Lin menafikan dakwaan tersebut.
Petugas penyelamat dan polis telah berusaha mencari anggota sulit Lin tetapi tidak menemui apa-apa. Polis tidak akan mencari pencuri kemaluan tersebut tetapi akan memburu kekasih yang cemburu itu.
Kesan darah masih terdapat di tempat kejadian.
Pasukan penyelamat cuba mencari alat kemaluan Lin, tetapi gagal menemuinya.