SINGAPURA - Seorang wanita warga Singapura bangsa Cina berusia 54 tahun sedang disiasat di atas kesalahan di bawah Akta Lambang Negara (Kawalan Mempamer).
Ia menjadi berita utama apabila gambar-gambar bendera negara China yang dikibarkan bersama bendera Singapura di tunjukkan oleh laman web STOMP. Ramai warga Singapura mempersoalkan sama ada perbuatan ini dibenarkan.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan pada laman Facebook mereka, polis menjelaskan bahawa mengibarkan bendera mana-mana negara selain daripada negara Singapura secara umumnya adalah
"tidak dibenarkan" melainkan jika ada pengecualian diberikan .
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda sehingga $500, atau dipenjarakan sehingga 6 bulan, atau kedua-duanya sekali.
The Straits Times melaporkan bahawa wanita ini tidak ditahan.
Ini adalah kes kedua dalam minggu yang melibatkan bendera Singapura.
Minggu lalu, seorang gadis telah ditangkap kerana didakwa membakar bendera Singapura di pavilion Ang Mo Kio.
Pihak polis juga mengingatkan orang ramai bahawa memaparkan bendera negara Singapura terletak di bawah
Singapore Arms & Flag & National Anthem Act yang membolehkan memaparkan bendera di blok HDB sepanjang tempoh Hari Kebangsaan.
Ia adalah menjadi satu kesalahan jika bendera kebangsaan tidak dihormati. Pesalah boleh dikenakan denda $1,000.
Di samping itu, bendera Singapura tidak boleh digunakan untuk sebarang tujuan komersial, pengiklanan, atau perhiasan, melainkan jika kebenaran diberikan oleh pihak berkuasa.