Pemain-pemain bola sepak wanita Korea Utara yang berang telah berjalan keluar padang sebelum perlawanan di sukan Olimpik semalam - gara-gara kerana bendera Korea Selatan dipaparkan pada skrin utama.
Bendera Korea Selatan telah ditunjukkan pada skrin utama di stadium Hampden Park ketkia para pemain sedang memanaskan badan sebelum perlawanan menentang Colombia.
Pemain wanita Korea Utara telah meninggalkan padang menunjukkan bantahan tetapi telah dipujuk untuk kembali semula apabila pihak penganjur telah membetulkan kesilapan dan memaparkan wajah setiap pemain bersebelahan dengan bendera yang betul.
Menurut kenyataan pihak penganjur, Locog berkata:
"Hari ini, sebelum bermulanya perlawanan bola sepak wanita di Hampden Park, bendera Korea Selatan telah dipaparkan pada skrin utama dan bukannya bendera Korea Utara.
"Jelas sekali ini adalah satu kesilapan. Kami akan memohon maaf kepada pasukan tersebut dan juga Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan dan akan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi."
Pemain-pemain Korea Utara dipujuk untuk kembali semula ke padang.
Baru betul: Skrin utama kali ini memaparkan bendera yang betul
Perlawanan ini diadakan dua hari sebelum Sukan Olimpik 2012 London dibuka secara rasmi.
Polis Strathclyde telah mengambil alih tanggungjawab untuk kawalan keselamatan di stadium Glasgow kerana firma keselamatan yang asal, G4S, tidak mempunyai kakitangan yang cukup.
Pegawai sukan Korea Utara menunjukkan kesilapan penganjur kepada pegawai sukan Olimpik yang bertugas.