blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

PRESIDEN Korea MOHON MAAF, Kes RASUAH ABANGNYA

Wednesday, July 25, 2012

SEOUL – Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak menyatakan permohonan maafnya kepada rakyat Korea di atas penglibatan saudaranya kerana menerima rasuah dari sebuah bank.

“Saya ingin sampaikan kepada rakyat Korea, insiden yang memalukan baru-baru ini telah melanda keluarga dan saudara mara saya yang menyebabkan keresahan masyarakat,” kata Presiden Lee, seperti ditulis oleh Korean Herald, Selasa (24/7/2012).

“Saya menundukkan kepala dan meminta maaf sedalam-dalamnya kepada rakyat Korea kerana insiden ini,” ujar Lee, sambil menambah ia akan menunggu hasil siasatan. Namun dia merasakan wajar untuk memohon maaf setulus-tulusnya kepada rakyat Korea terlebih dahulu.

Abang Presiden Lee yang bernama Lee Sang-deuk ditahan kerana menerima rasuah bernilai 300 juta won (lebih RM831 ribu) dari CEO Solomon Savings Banks pada pemilihan presiden 2007.

Walaupun bekas anggota parlimen selama enam penggal ini dituduh terlibat dalam kes rasuah, namun wang yang diterimanya, ramai orang yakin wang tersebut digunakan untuk membiayai kempen presiden Lee Myung-bak, adiknya.



Ada pernah dengan individu-individu di Malaysia yang ambil duit rasuah minta maaf?. ...Puuiii!! : Author Faethal
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks