Kejadian unik dan agak memalukan ini terjadi di Stadium Gelora Bung Tomo Surabaya, Isnin (23/7/2012). Kali pertama lampu stadium terpadam pada kira-kira jam 7.00 malam ketika QPR sedang meninjau padang. Setelah lima minit meninjau, tiba-tiba lampu di stadium padam. Mujur ia tidak lama. Setelah 15 minit terpadam, lampu hidup kembali dan pasukan Persebaya mula memasuki padang.
Selang beberapa saat, sekitar jam 8.05 malam, lampu mati sekali lagi untuk kedua kalinya. Ketika itu kedua-dua pasukan sedang melakukan pemanasan badan. Meskipun dalam situasi gelap gelita, kedua-dua pasukan tetap melakukan pemanasan badan. Setelah 12 minit terpadam, lampu kembali menyala dengan normal.
Namun kejadian lampu terpadam ini berulang lagi ketika pertandingan sedang memasuki minit 38. Permainan terpaksa dihentikan akibat lampu stadium GBK yang tiba-tiba terpadam. Ketika itu jaringan terikat 1-1.
Akibat kejadian tersebut, seluruh stadium menjadi gelap gelita dan puluhan ribu penyokong yang memenuhi stadium kedengaran menjerit
“sahur..., sahur...!!!” . Lima minit kemudian lampu menyala semula. Pemain kedua-dua pasukan yang sempat keluar kembali masuk ke dalam padang.
Pasukan pelatih Mark Hughes ini akhirnya menang tipis 2-1. Walaupun QPR tertinggal lebih dulu melalui gol Fernando Soler. Namun, mereka bangkit dan menjaringkan dua gol masing-masing melalui penalti Adel Taarabt dan Bobby Zamora.
"Insiden lampu padam di stadium sedikit mengganggu kami. Tapi, kami juga gembira kerana berjaya menyudahkan perlawanan ini dengan baik," ujarnya dalam sidang media selepas perlawanan.
"Kami lebih kecewa jika tidak dapat menyudahkan perlawanan dengan sokongan penonton yang semeriah ini," sambung Mark Hughes.