blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Gril Besi HALANG Teman Lelaki SELAMATKAN KEKASIH

Friday, July 20, 2012

JOHOR BAHRU - Seorang pemuda 24 tahun hanya sekadar mampu melihat apabila teman wanitanya terperangkap mati kerana terhidu asap, apabila sebuah rumah dua tingkat di Taman Pelangi Indah telah dimusnahkan oleh kebakaran.

Mangsa, Loh Hui Jin, 24, dipercayai sedang tidur di tingkat atas apabila dia terbangun kerana merasa haba kebakaran.

Difahamkan Loh menghubungi teman lelakinya, Kee Yung Ywe yang sudah berada di tempat kejadian apabila Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Jaya Johor tiba selepas menerima panggilan dari Loh pada 8.18 pagi.

Ketua operasinya, Syed Nasir Syed Abu Bakar, berkata Kee telah memanjat ke balkoni dan mencuba untuk memecahkan tingkap dalam usaha untuk menyelamatkannya.

Kee dapat bercakap dan cuba untuk menenangkannya tetapi gril besi tingkap telah menghalangnya daripada mendapatkan Loh.

Syed Nasir berkata pasukan yang terdiri daripada 10 anggota bomba telah memecahkan tingkap kaca sebelum memotong gril untuk mengeluarkan Loh daripada banglo yang terbakar.

Loh meninggal duniakemudiannya akibat lemas ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail.

Kee yang sesak nafas juga dirawat di hospital kerana terhidu asap. Keadaannya dilaporkan stabil.

Syed Nasir berkata selepas bomba berjaya mengeluarkan Loh, seorang jiran memberitahu bahawa terdapat dua lagi mangsa iaitu adik lelaki yang berumur 9 dan 14 tahun di dalam rumah.

"Kami masuk kembali dan cuba untuk mencari dua lagi mangsa dalam asap tebal tetapi tidak menemui sesiapa," katanya.

Mereka segera menghubungi ibu bapa mangsa di Ipoh, Perak, dan mendapat bahawa kedua kanak-kanak berada di sekolah pada masa itu.

"Ibu mereka terus menghubungi sekolah dan mengesahkan mereka berada di sekolah."

Ibu bapa mangsa terlibat di dalam industri kecantikan dan Loh yang bekerja sebagai pekerja kecantikan, membantu dalam perniagaan keluarga.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.32 pagi dan punca kebakaran masih disiasat.



Kredit : NST
Read Full 1 comments

HARI TANPA LIF Diperkenalkan SELEPAS PUASA - Liow Tiong Lai


PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan akan memperkenalkan "hari tanpa lif", di mana kakitangan yang bertugas di pejabat kementerian, hospital dan jabatan kesihatan akan diwajibkan menggunakan tangga untuk ke pejabat, walaupun pejabat mereka terletak di tingkat 10.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata "hari tanpa lif" ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat.

"Pada 'hari tanpa lif' ini, semua orang perlu menggunakan tangga. Oleh kerana kita mempromosikan gaya hidup sihat, sepatutnya kita yang mengetuai dan menjadi contoh," katanya.

Liow berkata bahawa kempen itu akan diadakan pada setiap minggu dan boleh bermula selepas bulan puasa.


Kementerian itu juga akan mula memberi ganjaran kepada kakitangannya yang tidak mengambil cuti sakit dengan memberi sijil penghargaan pada setiap tahun.

"Kami juga sedang mempertimbangkan untuk menghantar mereka menghadiri kursus jangka pendek yang berkaitan dengan kerja bagi meningkatkan produktiviti kerja," katanya selepas menyampaikan anugerah perkhidmatan cemerlang kementerian itu di sini, semalam.

Sebelum ini Liow pernah mencadangkan diberi insentif khas kepada majikan dan pekerja yang kekal sihat, dengan mengatakan bahawa sistem ini bertujuan untuk mendorong rakyat mengamalkan gaya hidup sihat.

Pada majlis penyampaian anugerah semalam, Liow turut melancarkan program sambutan kemerdekaan bagi kementerian itu, termasuklah menghantar kad ucapan kepada bayi yang lahir pada bulan Ogos.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata bahawa "hari tanpa lif" akan dilaksanakan di tempat yang sesuai.

"Ini kerana ada beberapa tempat yang sememangnya tidak mempunyai lif," katanya.

Beliau menambah bahawa tiada pengecualian akan diberikan melainkan jika atas sebab-sebab perubatan dan ada surat pengesahan doktor.

Dr Hasan berkata, buat masa ini beberapa lif di Unit Kawalan Penyakit dan Jabatan Kejuruteraan di kementerian tersebut telah ditutup untuk menggalakkan kakitangannya menggunakan tangga.



Kredit : TheStar
Read Full 0 comments

Di mana BASHAR AL-ASSAD Dan Keluarganya?


Di mana Presiden Bashar Assad?. Ia masih tidak diketahui. Khabar angin yang tersebar di Twitter mengatakan bahawa beliau mungkin berada di bandar pantai Latakia. Walau bagaimanapun, laporan dari Reuters mengatakan bahawa Menteri Pertahanan Syria yang baru telah mengangkat sumpah pada hari Khamis (19 Julai 2012) di hadapan Assad menggambarkan seolah-olah presiden masih berada di Damascus.

Laporan Associated Press pula mengatakan lokasi kedudukan presiden, isteri dan tiga anak kecil mereka masih belum diketahui. Assad semakin jarang muncul di khalayak ramai, kemunculannya semakin menjadi perhatian sejak rejim menerima serangan hebat kelmarin.

Foto ini muncul dengan menunjukkan Presiden Syria Bashar Assad berada di Damascus pada hari Khamis ketika upacara angkat sumpah Menteri Pertahanan yang baru Fahad Jassim al-Freij. Rakaman ini muncul di TV Syria, tetapi kesahihan gambar ini tidak dapat disahkan.

Bashar al-Assad yang dipercayai sedang berada di bandar pantai Latakia telah mengarah tindak balas terhadap serangan pengeboman kelmarin yang mengorbankan iparnya dan dua pegawai lain.

Khabar angin juga yang mengatakan isterinya Asma, yang membesar di London telah melarikan diri ke Rusia. Pihak pro-kerajaan semalam telah bangkit melawan serangan habis-habisan kumpulan anti rejim.

Aktivis anti-rejim berkata bahawa tentera kerajaan telah mula menyerang kawasan kejiranan di dalam dan sekitar ibu negara sebagai tindak balas terhadap serangan pengeboman semalam.

Lebih daripada 200 orang, kebanyakannya orang awam telah terbunuh dalam keganasan di seluruh negara semalam, termasuk 38 orang di Damascus, menurut laporan Pejabat Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain.

Letupan kuat, tembakan dan serangan oleh helikopter kedengaran di Damascus, dan pasukan tentera telah memakai topeng gas, sekaligus meningkatkan kebimbangan bahawa senjata kimia turut digunakan.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks