blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Video TERBARU - Jasad Muammar Gaddafi DIPERMAIN-MAINKAN

Wednesday, July 18, 2012

Sebuah video terbaru menunjukkan rakaman dari dekat kematian Muammar Gaddafi tahun lepas telah dimuat naik ke YouTube pada 16 Julai lalu. Rakaman itu menunjukkan gambaran yang lebih jelas badan Muammar Gaddafi yang berlumuran darah.

Aktivis Sami al-Hamwi(@ HamaEcho) telah tweet pautan video tersebut, dan menyatakan seseorang harus menunjukkan rakaman itu kepada Presiden Syria Bashar Assad untuk peringatan kepadanya apa yang telah berlaku kepada seorang diktator Timur Tengah.

Rakaman tahun lepas hanya menunjukkan Gaddafi dalam keadaan berlututnya dan masih hidup. Dalam rakaman yang lebih jelas di bawah, tubuh Gaddafi yang tidak berpakaian sedang diangkut oleh sekumpulan lelaki di belakang sebuah van. Kepala Muammar Gaddafi yang sudah tidak bernyawa itu tdipegang oleh seorang lelaki dan dipermain-mainkan.

Muammar Gaddafi telah memerintah Libya selama hampir 42 tahun, digambarkan sebagai seorang yang mempunyai pelbagai watak dan juga diktator yang tanpa belas kasihan.

Read Full 0 comments

POLIS MENGAMUK Di Seremban, 2 CEDERA


SEREMBAN - Seorang inspektor polis berusia 32 tahun telah mengamuk dengan mencederakan dua pekerja hotel serta merosakkan beberapa kereta di Seremban 2.

Difahamkan pegawai polis yang bertugas di Bahagian Jenayah Komersial ini telah pergi ke hotel pada malam Isnin lalu untuk menempah bilik sebelum keluar mengamuk beberapa jam kemudian.

Menurut sumber yang menceritakan kejadian yang berlaku, pegawai itu telah menyerang kakitangan hotel berkenaan dipercayai berpunca daripada pertengkaran berkaitan penggunaan senjata.

Suspek kemudiannya berlari keluar dan merosakkan beberapa kereta yang diparkir berhampiran.

"Dua pekerja hotel telah dimasukkan ke hospital kerana kecederaan yang teruk," kata sumber.

Pihak berkuasa juga sedang menyiasat bagaimana suspek memperolehi senjata kepunyaan anggota polis lain padanya.

Pegawai polis tersebut telah menyerahkan senjata miliknya pada awal bulan ini, dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.



Kredit : The Star
Read Full 1 comments

Lelaki DITAHAN Di LAPANGAN TERBANG Kerana Miliki KEMALUAN TERBESAR Di Dunia


Seorang lelaki yang mempunyai zakar yang terbesar di dunia telah ditahan oleh pengawal keselamatan lapangan terbang selepas pengawal itu menyangkakan suspek membawa 'senjata' yang disembunyikan di dalam seluarnya.

Jonah Falcon, 41, dari New York, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco oleh seorang pegawai keselamatan dari Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat.

Beliau ditahan dan serbuk putih telah disemburkan pada seluarnya untuk memeriksa bahan letupan tersebut selepas bonjolan yang "ketara" dalam seluarnya disangkakan sebagai "senjata biologi".

Falcon sebelum ini pernah muncul dalam dokumentari HBO tentang saiz alat kelelakiannya yang berukuran 9 inci sebelum ereksi, 13.5 inci panjang selepas ereksi.

Beliau berkata " 'Anu' saya dalam keadaan serong ke kiri. Saya tidak ereksi pada ketika itu.

"Salah seorang pengawal bertanyakan sama ada poket kiri saya kosong dan saya menjawab, 'Ya.' Saya berkata, 'Ia adalah kemaluan saya.

"Dia kemudian membuat pemeriksaan fizikal pada badan saya malah memegang di bahagian kemaluan saya.

"Mereka juga meletakkan sedikit serbuk pada seluar saya, mungkin ia satu ujian untuk menguji bahan letupan. Saya mendapati ia agak lucu."

Falcon seterusnya dibawa melalui pengimbasan badan X-Ray dan lulus ujian pengesan logam. "Seorang lagi pengawal menahan saya dan bertanya jika saya mempunyai beberapa jenis ketumbuhan."

Lapangan terbang San Francisco, tempat kejadian dimana Falcon ditahan kerana saiz kemaluannya yang besar.


Jonah Falcon ketika muncul dalam rancangan 'The Daily Show with Jon Stewart'.

Pengembara ini menimbulkan syak di lapangan terbang San Francisco ketika dalam perjalanan pulang ke New York.

Beliau berkata: "Saya mungkin akan cuma memakai seluar pendek ketat untuk berbasikal selepas ini. Dengan cara itu, mereka akan tahu. Adakah anda fikir mereka pernah mempunyai pengalaman dengan seorang lelaki yang mempunyai 'hal' seperti ini, saya rasa belum."

Falcon sempat popular di Amerika Syarikat pada tahun 1999 disebabkan saiz kemaluannya yang besar selepas muncul dalam majalah Rolling Stone dan di dalam sebuah rancangan HBO. Bagaimanapun beliau kemudiannya bergelut untuk mencari pekerjaan sebagai pengulas permainan komputer. Anda boleh melihat wawancara tersebut di bawah.

Pihak Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan tidak membalas panggilan ketika dihubungi untuk mengesahkan mengenai kejadian tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa San Franciso.

Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks