SINGAPURA - Tina Rudaie sedang berada di dalam tandas kira-kira pada jam 7 pagi apabila dia mendengar bunyi dentuman yang kuat.
Beliau bergegas keluar dan melihat bahawa bayi lelakinya yang berumur satu tahun telah terjatuh dari katil dan bahagian belakang kepalanya terhentak di atas lantai.
Namun Tina tidak begitu risau, lebih-lebih lagi kerana bayinya tidak menangis malah tersenyum. Beliau juga memeriksa bahagian kepalanya dan tidak melihat sebarang kecederaan.
Kira-kira tiga jam kemudian, bayi kecil ini terjatuh sekali lagi dari katil, kali ini dia mengalami lebam di dahinya.
Sekali lagi juga, suri rumah ini tidak mahu berfikir panjang tentang keadaan bayinya. Sepanjang hari itu, anaknya kelihatan seperti biasa, katanya. Bayinya makan, tidur dan bermain.
Namun semuanya berubah apabila Tina, 39, bangun pagi keesokan harinya apabila bayi lelakinya, Muhammad Zaffullah Lim telah meninggal dunia.
"Saya bangun kira-kira jam 6.00 pagi dan mendapati dia sudah tidak bernafas dan kaku.
"Saya memanggil-manggil untuk mengejutkannya namun tiada sebarang tindak balas mahupun jawapan. Dia sudah tidak bernafas.
"Matanya separuh terbuka. Tanganyaa juga kebiru-biruan dan sejuk. Saya begitu terkejut melihat keadaannya," katanya kepada akhbar
The New Paper.
Beliau kemudian segera meminta anaknya yang paling tua, 16, untuk memanggil suaminya yang berada di tempat kerja pada masa itu.
Mereka juga memanggil ambulans, yang bergegas membawa bayi kecil ini ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK.
Paramedik yang datang telah berusaha menyelamatkan anaknya namun sudah terlambat.
Suaminya Lim Phan Jang, 31, yang bekerja sebagai carigali minyak berkejar ke hospital.
Suaminya yang berwarganegara Malaysia tidak pulang ke rumah sejak Ahad lalu.
"Saya tidak dapat melihatnya buat kaki terakhir" kata Lim.
"Datuk dan neneknya yang berada di Kuching, Sarawak, tidak pernah melihatnya sejak lahir."
Lim yang lebih mesra memanggil anaknya Didi berkata keluarganya baru sahaja menyambut ulang tahunm kelahiran yang pertama bayi ini pada hari Sabtu, 7 Julai yang lalu.
Beliau berkata Didi ketawa banyak, suka diusap di belakangnya dan sering beraksi telatah comel.
"Sekarang saya tidak boleh melihatnya lagi," katanya sugul.