blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Pemuda DIBIARKAN LEMAS Selepas MENYELAMATKAN KANAK-KANAK

Monday, July 16, 2012
Seorang pemuda telah kehilangan nyawa selepas menyelamatkan sekeluarga daripada lemas di dalam sungai.

Deng Jinjie, 27, telah dianggap sebagai wira tempatan selepas dia menyelamatkan sekeluarga daripada lemas di sebuah sungai di bandar Loudi, wilayah Hunan, China.

Menurut seorang saksi melaporkan bahawa tiga sekeluarga sedang berenang di Sungai Sunshui apabila kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan lima tahun hanyut di bawa arus.

Ibu bapanya yang semakin sukar untuk menyelamatkan anak mereka telah meminta tolong dan ketika itulah seorang pemuda, Deng yang sedang bersiar-siar bersama anjingnya menyelamatkan mereka. Dua lelaki lain juga turut membantu dalam usaha menyelamat.

Malangnya Deng lemas selepas berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu.

Adalah dipercayai bahawa dia berkemungkinan telah kehabisan tenaga selepas menyelamatkan mereka dan dibawa oleh arus sungai yang deras.

Ahli keluarga Deng yang sedih selepas mendapat berita kematian Deng.


Badannya ditemui sejam kemudian pada 3 Julai 2012 yang lalu.

Menurut beberapa orang saksi kejadian, keluarga kanak-kanak itu telah meninggalkan tempat kejadian sejurus selepas pemuda itu menyelamatkan anak mereka dan tidak tunggu di situ untuk membantu Deng.

Beberapa penduduk setempat merasa marah apabila ibu kanak-kanak itu berkata ia "bukan urusan mereka" apabila penduduk tempatan bertanya mengapa mereka meninggalkan tempat kejadian.

Insiden itu mencetuskan kemarahan di ruang siber di China apabila ramai yang menggelar ahli keluarga kanak-kanak ini "kejam" dan "tidak berperikemanusiaan". Bahkan ada yang mengsusulkan untuk menampilkan nama mereka untuk dikenali di khalayak ramai dan carian akan dijalankan untuk mengenali identiti mereka.

Bagaimanapun seorang lelaki dan dua wanita membuat penampilan mengejut pada pengebumian Deng 10 Julai lalu. Mereka dipercayai adalah ahli keluarga kanak-kanak yang diselamatkan Deng sebelum dia meninggal dunia kerana lemas.




Pada ketika inilah baru diketahui bahawa Deng telah menyelamatkan 4 orang ahli keluarga ini, termasuklah seorang ibu saudara kepada kanak-kanak ini.

Tiga orang ahli keluarga ini kemudiannya berlutut dihadapan ibu bapa Deng memohon maaf dan memberi penghormatan terakhir kepada Deng dihadapan potretnya.

Ini bukan kali pertama kejadian lemas di Sungai Sunshui. Pada 7 April tahun ini, seorang remaja telah lemas semasa berenang bersama empat orang sahabat.

Sungai Sunshui menjadi tempat renang yang popular bagi penduduk tempatan terutama pada musim panas.

Deng adalah seorang lelaki yang disukai ramai serta gemarkan anjing dan bekerja sebagai pekerja binaan.

Ibu Deng yang tidak dapat mengawal kesedihan pada upacara persemadian jasad Deng.
Read Full 0 comments

Lori BABI TERBALIK, 2 Ekor CEDERA Masuk Longkang Di Pulau Pinang

Kejadian lori babi terbalik kerap berlaku terutama di setiap negara yang menjadi pengeluar babi termasuklah Malaysia. Kejadian yang terbaru berlaku adalah pada hari Jumaat 13/7/2012 yang lalu di Pulau Pinang.  Ia berlaku pada jam 10.30 pagi di KM 144.3km lebuhraya Utara-Selatan.

Kemalangan ini tidak melibatkan kecedaraan kepada sesiapa termasuklah pemandu lori tersebut. Lori yang membawa 16 ekor babi telah menyebabkan 2 ekor daripadanya cedera kerana terperosok ke dalam longkang. Kemalangan ini menyebabkan babi-babi ini berkeliaran dan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Pekerja ladang ternak babi dipanggil membantu kerja memunggah semula babi-babi yang terlepas. 

Dua ekor babi yang terperosok ke dalam longkang. 

Pekerja-pekerja ladang ternak babi membantu mengeluarkan babi yang tercedera kerana terperosok ke dalam longkang.

Anggota polis trafik dan pasukan bomba datang tidak lama kemudian selepas kemalangan untuk mengawal lalu lintas. Beberapa pekerja ladang penternakan babi dipanggil datang untuk membantu menangkap semula babi-babi yang terlepas.

Ya..berita ini memang lucu. Tetapi kesian pula lihat pada 2 ekor babi yang terselit di celah longkang lebuh raya tersebut. Makhluk Allah juga...

Pemandu lori yang tidak tercedera membersihkan serpihan kemalangan di lebuh raya tersebut.
Read Full 0 comments

Penyakit Misteri KANAK-KANAK Malang Ini, Kakinya Terus MEMBESAR

Si anak kecil Yu Yu terpaksa berkaki ayam kerana keadaan keluarganya yang miskin dan tidak mampu membeli kasut yang cukup sesuai untuknya.
 
Sambil berjalan berpimpinan tangan dengan neneknya, setiap langkah anak kecil tiga tahun ini amat menyakitkan.

Punca penyakit misteri yang menyebabkan pertumbuhan kakinya membesar dengan cepat masih belum dikenal pasti. Anak kecil ini hanya sekadar berkaki ayam kerana keluarganya tidak mampu membeli kasut yang besar dan sesuai dengan kakinya.

Kaki Yu Yu sentiasa dalam keadaan membengkak dan berat, membuatkannya sukar untuk bergerak.

X-ray jelas menunjukkan kesan daripada pembesaran ini menyebabkan keadaan kakinya cacat, kerana bentuk kakinya semakin melengkung keluar.



Walaupun miskin, ahli keluarga secara perlahan-lahan tetap mengumpul dana untuk membawa kanak-kanak malang ini bertemu doktor bagi mendapatkan bantuan.

Datuk Yu Yu merancang untuk membawanya ke Beijing bagi mendapatkan bantuan perubatan selepas mengumpul wang selepas dapat menjual beberapa hasil ternakan khinzir mereka yang tak seberapa.

Tetapi sehingga waktu itu, anak kecil ini akan dibiarkan berkaki ayam berjalan disekitar rumahnya di Xi'an, wilayah Shaanxi, China.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks