Mangsa yang masih sedar ketika dimasukkan ke hospital.
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di bandar Dezhou, wilayah Shandong, telah cedera parah apabila dua rakan sekerja bergurau dengan memasukkan pam angin ke dalam duburnya, dan telah dipindahkan ke Beijing untuk menerima rawatan lanjut pada hari Khamis, 13 Julai.
Du Chuanwang mengalami kerosakan teruk di kebanyakan organ dalamannya. Beliau telah segera dihantar ke Hospital Xiajin.
Menurut Ai Qingze, Ketua Unit Rawatan Rapi hospital, remaja itu mengalami keadaan yang sangat serius.
"Tekanan udara dalam perutnya begitu tinggi sehingga kakinya bertukar menjadi biru. Pakar bedah segera memotong membedah perutnya untuk mengeluarkan gas, dan mendapati bahawa usus kecil telah mengalami pendarahan yang teruk."
Du telah menjalani pembedahan untuk meawat ususnya di hospital. Ai berkata tekanan udara tersebut juga turut merosakkan hati, buah pinggang dan perut mangsa.
Pam angin yang digunakan untuk 'bergurau' dengan mangsa di bengkel tempatnya bekeja.
Mangsa semakin kritikal selepas 3 hari berada di ICU.
Remaja malang itu di bawah ke Hospital Beijing.
Mukanya dan hidung juga menunjukkan tanda-tanda nekrosis, tetapi puncanya tidak dapat dipastikan.
"Kami telah mencadangkan kepada keluarga mangsa untuk memindahkan beliau ke hospital yang lebih baik, sebagai sebuah hospital daerah kami tidak mempunyai cukup sumber perubatan untuk merawat beliau."
Kejadian itu berlaku pada 30 Jun lepas ketika Du sedang bekerja di sebuah bengkel di daerah Xiajin, Dezhou. Polis di Xiajin telah menahan dua pekerja yang disyaki telah mencederakan Du.
"Kedua-dua suspek, Zhao dan Chen telah menyebabkan Du cedera parah Du apabila bergurau dengan menusuk pam angin ke dalam duburnya," kata polis pada Khamis lalu.
"Kes ini masih di bawah siasatan lanjut."
Kedua-dua suspek dikatakan berada dalam usia 20an.
Seorang penduduk Sun Shunchang, 27 tahun yang berasal dari Xiajin tetapi telah lama tinggal di Beijing telah melawat Du di hospital dan mendermakan wang untuk membantu perbelanjaan perubatannya. Beliau berkata serangan itu dilaporkan di dalam akhbar sebagai sekadar gurauan. Tetapi beliau mempersoalkan adakah wajar apabila dua oang lelaki berusia 20-an melakukan gurauan ini terhadap mangsa yang lebih kecil dan baru beusia 13 tahun?.
Kredit : China Daily