Pemain bola sepak Brazil, Ronaldinho bakal ditamatkan tawaran penajaan daripada Coca-Cola - selepas gambarnya bersama tin minuman Pepsi tersebar semasa satu sidang media baru-baru ini.
Bintang itu dianggarkan akan kehilangan wang tajaan yang belum dibayar bernilai £ 1,000,000 (lebih RM 4.9 juta) selepas dia didapati minum minuman syarikat pesaingnya ketika bertemu wartawan bersama kelab barunya, Atletico Mineiro.
Kontrak Ronaldinho yang bernilai £ 500,000 (lebih RM 2.4 juta) setahun bersama syarikat gergasi minuman ini telah disambung sehingga tahun 2014.
Marcelo Pontes, Ketua Pemasaran Coca-Cola berkata langkah menyambung tajaan ini sebagai
"memalukan".
Katanya kepada sebuah akhbar di Brazil: "Apabila gambar pemain ini bersama tin minuman Pepsi tersebar, ia
the straw that broke the camel’s back (pepatah : jerami yang mematahkan belakang unta)."
Kesilapan ini adalah yang terbaru dilakukan oleh bekas pemain Dunia FIFA sebanyak dua kali ini selepas keluar daripada bekas kelab lamanya Flamengo awal tahun ini dalam satu pertikaian undang-undang.
Selain aksi permainannya yang didakwa di bawah tahap sebenar, bintang ini juga dibelenggu dengan tuduhan kelakuan tidak profesional, serta sering berkunjung ke kelab malam dan berparti.
Bagaimanapun oleh kerana kelab Atletico Mineiro ditaja syarikat Pepsi, kesilapan terbarunya ini tidak boleh diletakkan sepenuhnya kepada bekas pemain Barcelona ini.
Ia berkemungkinan tin minuman itu telah disediakan lebih awal sebelum sidang media dimulakan.