Mike Tyson telah mendedahkan bahawa telinga Evander Holyfield "tidak terlalu sedap".
Peninju Heavyweight kontroversi itu terkenal dengan aksinya menggigit telinga Evander semasa perlawanan merebut Kejuaraan Dunia di MGM Grand Hotel, Las Vegas pada tahun 1997.
Beliau kemudiannya telah hilang kelayakan dan menimbulkan permusuhan di antara kedua peninju tersebut.
Baru-baru ini, Mike telah mendedahkan bagaimana rasa telinga tersebut ketika kemunculannya dalam sebuah rancangan TV
'Watch What Happens Live'.
Apabila ditanya kepadanya apakah rasa telinga itu, Mike menjawab:
"Ia bergantung kepada telinga yang anda gigit."
"Ia tidak terlalu sedap."
Aduh ... gambar telinga Evander Holyfield yang berdarah.
Ganas ... aksi Tyson ketika menggigit telinga Holyfield
Apabila pengacara TV bertanya:
"Ia memerlukan beberapa sos panas bersama (telinga) tersebut?"
Mike menjawab:
"Ya, dan ia akan menjadi makanan istimewa."
Kedua peninju tersebut kemudiannya dipertemukan semula buat pertama kali dalam tempoh 12 tahun dalam rancangan
The Oprah Winfrey Show pada Oktober 2009.
Holyfield, yang memerlukan pembedahan untuk membaiki telinganya sempat bergurau apabila berkata beliau masih merindui 'cebisan' telinganya yang hilang.
Perlawanan terakhir Mike Tyson ialah pada bulan Disember 2008 pada ketika usianya 46 tahun.