Keenan baru sahaja pulang dari hospital selepas pemeriksaan rutin.
Seorang ibu dari Northumberland telah melahirkan anak kembarnya dalam masa kurang daripada dua jam di dua buah negara yang berbeza.
Donna Keenan, 28, telah melahirkan Dylan Joseph pada jam 10.00 malam (waktu British) 1 Julai di ruang tamu rumahnya di Wooler.
Selepas dibawa ambulans melalui perjalan sejauh 40 batu ke Hospital Besar Sempadan di Melrose, Scotland, beliau telah melahirkan anak keduanya Hannah Rose pada jam 11.39 malam.
Lokasi kelahiran yang berbeza bagi kedua-dua bayi ini menyebabkan mereka mempunyai kerakyatan yang berbeza, seorang warganegara Inggeris dan seorang lagi warganegara Scotland.
Keenan telah melahirkan Dylan, (kiri). Tetapi kerana kelahiran yang tidak cukup matang, dia terpaksa dibawa ke hospital di Scotland di mana Hana (kanan) kemudiannya dilahirkan.
Dia dan teman lelakinya, Joe Fox, 24, sedang menonton perlawanan akhir kejohanan bola sepak Euro 2012 sebelum dia rasa hendak bersalin.
"Saya hanya berada di rumah selama sejam setengah sebeum air mentuban pecah dan kontraksi berkaku dengan agak cepat.." kata Keenan.
Dylan dilahirkan hampir dua jam lebih awal daripada kakak kembarnya - Hannah.
"Kami terpaksa menghubungi paramedik kerana tahu tidak sempat ke hospital."
Sebaik pasukan paramedik tiba, mereka mengarahkan Keenan baring di atas lantai ruang tamu kerana bayi pertama hampir dilahirkan.
"Ia agak menakutkan kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Sebaik saya baring di atas lantai, bayi pertama dilahirkan pada jam 10.00 malam."
Paramedik memutuskan mereka mempunyai masa yang cukup untuk membawa Keenan ke hospital yang paling hampir, iaitu di Melrose untuk melahirkan bayi kedua.
"Ia bagaikan melalui perjalanan yang paling lama. Hospital ini terletak kira-kira sejam perjalanan dari Wooler dan mereka sering mengingatkan kepada saya agar...'Tidak meneran!'"
Dalam masa yang sama, Fox dan ibunya membawa Dylan yang baru lahir dengan ambulans kedua ke hospital yang sama.
Fox dapat merasakan Keenan mungkin akan bersalin pada hari tersebut.
Beliau berkata:
"Ini silap saya sendiri, saya bergurau dengannya pagi itu supaya Donna tidak boleh bersalin hari ini kerana ada perlawanan akhir Euro."