blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kisah Tok Guru NIK AZIZ Hadiri Program MAHATHIR Tanpa Dijemput

Monday, July 9, 2012
Nik Aziz Nik Mat hadir ke program Tun Dr. Mahathir di Hotel Riverview sekitar 2006.

Lima tahun yang lalu, sebelum pilihan raya umum pada Mac 2008, Dr Mahathir telah melawat ke Kota Baru di Kelantan untuk memberi ceramah. Malam itu mereka telah mengadakan jamuan makan malam. Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar PAS telah memberitahu media bahawa jika dijemput, beliau akan menghadiri majlis tersebut.

Tetapi mereka tidak menjemput beliau.

Malam itu, selepas semua orang telah duduk dan Dr Mahathir duduk di meja utama, Nik Aziz tiba-tiba berjalan masuk ke dalam dewan tanpa sebarang pemberitahuan. Tiada siapa yang tahu dia datang. Malah, beliau sebenarnya tidak dijemput. Tetapi beliau adalah Menteri Besar di negeri itu dan Dr Mahathir adalah bekas Perdana Menteri Malaysia. Jadi, Nik Aziz mahu 'memberi penghormatan' kepada Dr Mahathir dengan menghadiri majlis makan malam itu walaupun mereka tidak menjemputnya.

Berlaku panik dan kelam kabut kepada penganjur kerana mereka perlu mencari satu kerusi kosong untuk menjadikan sepuluh tempat duduk kepada 11 tempat duduk. Dan Nik Aziz duduk di sebelah Dr Mahathir. Nik Aziz bukan sahaja Menteri Besar. Beliau juga dianggap sebagai ulama. Dan dia telah menunjukkan contoh bagaimana kelakuan politik Islam.

Anda mesti ingat bahawa Dr Mahathir yang telah menahan anak Nik Aziz, Nik Adli, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mereka telah menahannya tanpa perbicaraan selama lima tahun. Nik Aziz amat sedih dengan perkara ini dan beliau pernah berkata bahawa beliau tidak akan memaafkan mereka yang bertanggungjawab melakukan ketidakadilan ini. Saya pernah bertemu dengan Nik Aziz secara peribadi dan bercakapkan hal ini.

Ya, Nik Aziz tidak akan memaafkan mereka yang menahan anaknya. Dan lelaki yang menahan Nik Adli adalah Dr Mahathir. Namun Nik Aziz menegaskan bahawa beliau mengiringi Dr Mahathir kerana lelaki ini adalah bekas Perdana Menteri Malaysia. Nik Aziz mahu menunjukkan rasa hormatnya kepada seorang lelaki yang dia pernah berkata tidak akan ampunkan kerana menahan anaknya.

Apakah Nik Aziz hipokrit?. Adakah Nik Aziz tidak ikut apa yang dikatanya?. Mengapa Nik Aziz mahu menunjukkan rasa hormat kepada seorang lelaki yang beliau tidak akan ampunkan, lelaki yang menahan anaknya?. Nik Aziz tidak dijemput menghadiri majlis tersebut. Majlis makan malam itu adalah penghormatan kepada Dr Mahathir. Mengapa beliau perlu bersusah payah untuk menghadiri majlis itu, walhal beliau tidak dijemput?.

Kita rakyat Malaysia masih perlu mengharungi perjalanan yang masih jauh untuk mencapai kematangan politik. Politik kita adalah politik kebencian. Dan itulah sebabnya mengapa ramai yang tidak dapat memahami mengapa saya menyokong Anwar Ibrahim pada tahun 1998 apabila mereka menangkap dan menghumbannya ke dalam penjara.

"Anda tidak suka Anwar," kata Hj Majid, rakan sekelas Anwar, "Anda sangat kritikal terhadap Anwar. Anda adalah orang terakhir yang kami jangka akan menjalankan Kempen Bebaskan Anwar." Anggota Cawangan Khas yang menahan saya pada bulan April 2001 turut berkata perkara yang sama. "Mengapa anda menyokong lelaki yang anda kritik?" tanya mereka kepada saya.

Semua orang ini tidak faham. Saya mungkin kritikal terhadap Anwar. Tetapi saya menentang apa yang mereka lakukan terhadap Anwar pada tahun 1998. Saya merasakan apa yang mereka lakukan kepada beliau adalah salah. Oleh itu saya mahu berkempen untuk pembebasannya kerana saya menganggap pemenjaraan beliau itu adalah satu ketidakadilan. Faktanya, walaupun banyak yang saya tidak bersetuju dengan Anwar namun tindakan memenjarakan beliau tidak boleh diterima. Dan fakta bahawa apabila saya tidak bersetuju dengan Anwar dalam banyak perkara tidak akan menghalang saya daripada memainkan peranan aktif dalam mendapatkan pembebasannya.


Kredit - Raja Petra
Read Full 0 comments

Kekasih Bintang Baru Man United SHINJI KAGAWA Bintang PORNO


Sesetengah orang mungkin ragu-ragu apakah motif utama Manchester United menandatangani superstar Jepun Shinji Kagawa, tetapi satu perkara yang pasti ia akan membawa keuntungan (selain daripada jualan jersi) dan sedikit glamor kepada pasukan itu.

Rupa-rupanya kekasih Shinji Kagawa, Ameri Ichinose adalah pelakon filem dewasa yang popular dan sensasi. Sudah pasti ini akan memberikan suatu kelainan pada pemain Old Trafford dan apabila pasangan kepada pemain ini berkumpul bersama-sama terutama Coleen Rooney.

Pemain ini pernah berada di Eropah untuk selama dua tahun, dimana dia telah menandatangani dengan pasukank Borussia Dortmund daripada pasukan Cerezo Osaka pada tahun 2010. Ia mula terkenal selepas bermain di dalam kelab Bundesliga dan kemudiannya menjalinkan percintaan dengan si cantik Ichinose, yang juga terkenal dengan nama samaran Ayaka Misora dan Erika Kurisu.


Beberapa gambar Ichinose.

Mungkin Sir Alex Ferguson akan berharap Kagawa tidak terganggu dalam permainannya - atau lebih teruk lagi,  mengalami kecederaan - kerana kekasihnya ini sukakan cabaran ketika 'berasmara'. Menurut laporan Daily Star pada hari Ahad 8 Julai 2012, pelakon 24 tahun kelahiran Kanagawa ini sangat terbuka tentang hubungan intimnya dengan menyatakan - "lebih ganas adalah lebih baik".
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks