blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

PECAH Skrin ATM GAGAL, Penganggur Ditangkap

Friday, July 6, 2012
Skrin mesin ATM yang dipecahkan.

KUALA LUMPUR — Polis menahan seorang penganggur dipercayai terlibat dalam cubaan melarikan wang mesin juruwang automatik (ATM) dengan memecahkan skrin mesin tersebut di Bandar Baru Rawang, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abd. Rahim Abdullah berkata, suspek lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di pekan Rawang pada 7.30 malam selepas polis menerima maklumat orang awam yang memaklumkan kejadian tersebut.

Pelanggan bank melihat skrin ATM yang dipecahkan.

"Kejadian itu disedari seorang pengawal keselamatan bank itu pada 7.20 pagi setelah mendapati salah satu daripada mesin ATM di dalam bank itu telah pecah dan terus melaporkan kejadian itu kepada pengurus cawangan bank berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, selepas menerima laporan tersebut, polis melancarkan gerakan menjejaki suspek sebelum berjaya menahannya di pekan Rawang.


Kredit - BERNAMA
Read Full 0 comments

INILAH RACUN Yang Membunuh ARAFAT


Misteri kematian pemimpin Palestin Yasser Arafat pada November 2004 mulai menunjukkan sinar setelah racun yang membunuhnya ditemui dalam pakaiannya, iaitu racun Polonium-210.

Menurut stesen TV Al Jazeera yang menyiasat kematiannya itu selama sembilan bulan. Mereka telah mengirim barang-barang peribadi milik Arafat ke Institut Fisika Radiasi di Universiti Laussane, Swiss untuk dikaji. Hasilnya, pada seluar dalam, kafiyeh, dan pakaiannya, para pengkaji menemui kesan polonium-210.

Kesimpulan awal, Polonium-210 adalah penyebab terbunuhnya pemimpin kharisma Palestin itu . Inilah radioktif berbahaya yang juga menewaskan bekas perisik Rusia Alexander Litvinenko.

Polonium atau biasa disebut ‘Radium F’, ditemui oleh Marie dan Pierre Curie pada 1898 dan diberi nama sempena tanah kelahiran Marie Curie, iaitu Poland (bhs latin: Polonia). Elemen kimia ini diberi simbol Po dengan nombor atom 84.

Polonium-210 adalah zarah yang amat membunuh dan ia jauh lebih berbahaya dibandingkan dimethyl mercury yang biasa digunakan untuk meracun orang. Setiap 1 gram polonium mampu membunuh 1.5 juta orang.

Polonium-210 adalah material radioaktif yang mengeluarkan partikel alfa. Kandungan ini biasanya digunakan untuk menghilangkan debu pada tekstil, fotografi, dan rakaman fonograf. Alfa partikel akan mengion radiasi, namun ia boleh dihentikan dengan mudah menggunakan selembar kertas atau lapisan kulit mati.

Partikel itu akan melepaskan tenaganya dalam jarak yang sangat dekat. Jika Polonium-210 melekat pada kulit, ia tidak berbahaya. Namun, jika ia terhisap atau termakan sehingga masuk ke dalam tubuh, maka Polonium-210 akan masuk ke dalam saliran darah dan partikel alfa di dalamnya terus merosakkan organ-organ tubuh serta lapisan-lapisan vital. Polonium-210 yang masuk ke dalam tubuh boleh dikeluarkan melalui kotoran atau air kencing beberapa bulan kemudian.

Ketika saat Arafat meninggal dunia 11 November 2004 pada usia 75 tahun di hospital di Paris, doktor berkata Arafat mengidap penyakit aneh yang sukar dikenalpasti. Ia berkemungkinan menderita penyakit kanser, sirosis, atau HIV. Namun, penelitian di makmal menunjukkan sangkaan itu meleset.

Kini terungkap sudah penyebab kematian tokoh besar Palestin dan dunia itu. Sekarang apa yang perlu ialah mencari siapa pembunuhnya. Benarkan ia dibunuh oleh agen rahsia Israel, Mossad, seperti yang banyak diperkatakan saat kematiannya?
Read Full 0 comments

Pemandu F1 JARINGKAN PENALTI Sambil Memandu

Bekas pemandu McLaren, Heikki Kovalainen menunjukkan kemahirannya memandu apabila menunjukkan aksi mengambil selekoh dan drif untuk melakukan tendangan penalti.

Tenang, fokus, dan banyak melakukan latihan adalah cara terbaru untuk mengambil penalti mengikut pandangan seorang pemandu terkenal.

Heikki Kovalainen menunjukkan pemain bola sepak profesional bagaimana cara untuk mengambil penalti dengan gaya pemanduan cekap dan sempurna dari bumper kereta Catherham beliau.

Sambil memandu kereta klasik menjelang Grand Prix British, pemandu Finland ini memandu sejauh 12 meter untuk menunjukkan kepada Ashley Young dan Ashley Cole bagaimanakah cara yang sepatutnya mereka lakukan ketika menentang Itali.

Dia turut membawa bersamanya pemain Queen Park Rangers, Clint Hill ketika melakukan aksi drift itu dan menyebabkan Hill tergamam dengan kemahiran pemandu Caterham tersebut.

Hill berkata: "Saya biasa memandu pada kelajuan 20mph, tetapi apabila berada bersama Kovalainen di dalam satu kereta adalah sangat menakutkan. Beliau melakukan beberapa aksi dan kemahiran. Ia hanya membuatkan anda menyedari betapa mereka adalah amat cekap ketika memandu."

Seorang lagi pemain sensasi Djibril Cisse juga turut dibawa semasa pemanduan dan berkata "Saya baik, saya ok. Ini adalah pengalaman."

Pemilik QPR, Tony Fernandes yang juga memiliki sebahagian pasukan Caterham berkata ia adalah sesuatu yang baik untuk melihat kedua-dua pasukan ini bertemu dan bekerjasama.

Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks