Blogger Syed Abdullah Hussein Al-Attas, atau lebih dikenali dengan gelaran 'Uncle Seekers' telah ditahan oleh polis malam tadi selepas menyiarkan satu siri artikel kontroversi mengenai Sultan Johor.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Md Awal Ishak mengesahkan kepada
Malaysiakini hari ini bahawa penulis itu ditahan di bawah Seksyen 8 (1) (d) Akta Rahsia Rasmi 1972.
Beliau telah ditahan malam tadi di plaza tol Senawang sekitar jam 10.00 malam dan kini ditahan di lokap polis Air Molek, Johor Baru. Beliau adalah anak kepada penulis politik yang terkenal Syed Hussein Al-Attas.
Adeek @ nama sebenarnya Siti Nadhirah Mohd Zain.
Sis (Syahirah Ahmad Ramlee), Uncle & Adeek (Siti Nadhirah Mohd Zain)
Md Awal berkata Syed Abdullah telah ditangkap bersama-sama dengan seorang wanita Siti Nadhirah Mohd Zain, 26 tahun. Siti Nadhirah dikatakan teman wanita Syed Abdullah.
Polis akan memohon perintah reman dari mahkamah petang ini untuk memanjangkan tempoh penahanan, tambahnya lagi.
Uncle Seekers dan ??? di mahkamah - kredit foto blog Mazidul
Blog itu telah menerbitkan 64 artikel dalam bahasa Melayu sehingga kini mengenai topik 'Sultan Johor Atau Kerabatnya?' termasuk beberapa dokumen yang dikatakan untuk mendedahkan kontroversi warisan harta Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum SultanIsmail.
Sultan Iskandar mangkat pada tahun 2010 dan telah digantikan oleh anaknya, Sultan Ibrahim.
Artikel-artikel itu juga merujuk kepada seorang peguam yang mendakwa beberapa ahli istana Johor telah mengeluarkan ancaman bunuh terhadapnya.
Peguam Kamal Hisham Jaafar, yang dikatakan telah melarikan wang RM660,000 milik sebuah syarikat yang berpangkalan di Johor, telah keluar lari dari negara ini.
Peguam itu tidak dapat kembali untuk menjawab tuduhan kerana takut pada ancaman keselamatan dirinya setelah menerima lima ancaman bunuh sejak tahun lepas.
Kredit : Mkini, blog Mazidul