blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Inilah BUAYA TERBESAR Di DUNIA - Guinnes World Records

Monday, July 2, 2012

MANILA – Guinness World Records (GWR) telah mengumumkan, buaya yang melakukan serangan berdarah di selatan Filipina ini adalah merupakan buaya paling besar di dunia.

Buaya yang diberi nama Lolong ini ditangkap pada September tahun lalu di kota Bunawan, wilayah Agusan del Sur. Menurut jurucakap GWR Anne-Lise Rouse, buaya ini memiliki panjang 6.17 meter dan berat melebihi 1 ton.

Seperti dilaporkan oleh HuffPost, reptilia ini telah mengalahkan buaya dari Australia yang memiliki panjang lima meter dan berat hampir 1 ton. Menurut Datuk Bandar Edwin Cox Elorde, beliau mengakui masih risau kerana adan kemungkinan buaya raksasa seperti ini masih berkeliaran di daerahnya.


Buaya seberat satu ton ini yang dipercayai telah membaham seorang nelayan ini berjaya menarik perhatian ramai. Ia juga merupakan buaya terbesar di dunia yang berjaya ditangkap hidup-hidup.

Buaya ini berjaya ditangkap setelah tiga minggu perburuan oleh penduduk setempat yang hidup dalam ketakutan sejak lebih 20 tahun yang lalu. “Haiwan buas ini harus ditangkap kerana mengancam penduduk dan haiwan ternakan. Malah, buaya ini mampu menelan tiga orang sekaligus," tambah Edwin Elorde.

Walapupun telah menelan korban, buaya ini bagai ditakdirkan menjadi bintang. Kini, buaya ini dimanfaatkan menjadi bintang penarik pelancong di Agusan, Filipina.

Sejak penangkapannya, Lolong menjadi haiwan penarik pelancong ke kawasan itu. Ia jugal memberi pulangan pendapatan tiga juta Peso (lebih RM200 ribu). Hasil pulangan itu sebahagian besarnya digunakan untuk makanan dan rawatan buaya itu.
Read Full 0 comments

Penyerang KANIBAL GIGIT Wajah Pemandu WANITA

Penyerang sedang menggigit wajah seorang wanita.

WENZHOU - Serangan ‘kanibal’ berlaku di China dan berjaya diambil gambar. Penyerangnya yang merupakan seorang pemandu bas yang tiba-tiba mengamuk dan menggigit wajah seorang wanita.

Wanita yang menjadi mangsa itu berkemungkinan perlu menjalani pembedahan untuk memperbaiki wajahnya yang rosak. Menurut berita laporan media tempatan, Isnin (2/7/2012), penyerang yang melakukan perbuatan ala kanibal itu adalah Dong, seorang pemandu bas. Ramai saksi kejadian yang telah menerbitkan gambar-gambar kejadian tersebut di dalam mikroblog.

Dong yang sedang mabuk teruk setelah makan tengahari bersama teman-temannya tiba-tiba berlari di jalanan kota Wenzhou, China. Ia berhenti dan berdiri di hadapan sebuah kereta yang sedang dipandu oleh seorang wanita, bernama Du. Ia kemudiannya meminta perempuan itu supaya berhenti.

 Wanita itu diselamatkan oleh orang ramai.


Penyerang kanibal yang digari oleh polis.

Dong kemudiannya melompat ke atas bumbung kereta dan memukul-mukul kereta tersebut. Oleh erana panik, wanita yang memandu berteriak minta tolong. Ketika dia keluar dari keretanya, Dong terus menangkapnya dan menindihnya di atas jalan raya.

Ketika itulah Dong mula mengigit wajah Du hseingga wajahnya berlumuran darah. Mujur orang ramai turun memberi pertolongan. Pihak polis kemudiannya datang dan menangkap lelaki tersebut dan Du dibawa ke hospital. Doktor berkata dia perlu melakukan pembedahan untuk memperbaiki hidung dan bibirnya yang rosak.

Insiden ini terjadi tidak lama setelah kejadian hampir serupa berlaku di beberapa tempat. Salah satu yang popular adalah kejadian kanibal di Florida, Amerika Syarikat baru-baru ini. Rudy Eugene ditemui sedang mengunyah daging temannya di pinggir jalan. Ia kemudian terbunuh setelah ditembak mati oleh polis.
Read Full 0 comments

Lelaki SAKIT MATA Terkejut Bila Doktor Temui CACING HIDUP 5 Inci


Seorang lelaki di India mengalami rasa tidak selesa dan gatal-gatal pada mata kanannya terkejut apabila doktor menemui cacing sepanjang lima inci yang masih hidup di dalam rongga matanya.

PK Krishnamurthy berusia 75-tahun berasal dari Mumbai, yang mengalami rasa tidak selesa pada matanya sekali-sekala - dan telah diberikan ubat dengan harapan keadaan matanya akan sembuh seperti sedia kala.

Bagaimanapun Krishnamurthy kembali menemui doktor apabila keadaannya tidak bertambah baik dan doktor memutuskan untuk meneliti keadaan matanya semula.

Selepas pemeriksaan terperinci dijalankan di Mumbai, didapati seekor cacing berada di belakang biji matanya dan telah dikeluarkan melalui pembedahan kecil pada 29 Jun lalu.

Dr V Seetharaman, pakar bedah mata di Hospital Fortis Mumbai berkata: 'Krishnamurthy bernasib baik kerana cacing itu ditemui tepat pada masanya. Ternyata beliau bernasib baik cacing itu hanya bergerak sejauh hingga matanya sahaja.

Jika tidak dikeluarkan, ia boleh memasuki otak pesakit dan menyebabkan masalah pada saraf utama.'



Doktor menemui cacing sepanjang lima inci yang masih hidup di dalam rongga matanya.

Punca bagaimana cacing itu boleh memasuki mata Krishnamurthy tidak diketahui.

Pengarah Perubatan Hospital Mumbai Dr S Narayani berkata: 'Cacing itu telah dihantar ke makmal mikrobiologi untuk ujian lanjut.

'Kes-kes sedemikian jarang berlaku dan luar biasa. Entah bagaimana cacing boleh masuk ke dalam saliran darah dan hidup di dalam tubuh manusia. '
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks