Hieroglyphics kaum Maya pada batu ini merujuk pada tarikh 21 Disember 2012.
Ia adalah penemuan kedua batu bertulis Maya yang meramalkan dunia akan kiamat pada tarikh tersebut. Tulisan terbaru ini ditemui di Guatemala pada pertengahan April lalu.
Ramalan kaum Maya yang menyatakan bahawa bumi akan kiamat telah mencetuskan spekulasi liar di alam internet bagaimana ianya akan berlaku - daripada serangan asteroid gergasi sehinggalah kepada lubang hitam yang menelan apa sahaja kerana dibaham oleh dewa-dewa purba.
Sudah tentu, jika dunia benar-benar akan berakhir pada akhir tahun ini, ini bermakna Andy Murray hanya mempunyai satu peluang sahaja lagi untuk memenangi kejuaraan tenis Wimbledon dan Manchester City akan kekal selama-lamanya sebagai juara Liga Perdana Inggeris, ini yang lebih membimbangkan bagi peminat Manchester United.
Penemuan batu terkini oleh Universiti Tulane
Inskripsi yang berusia 1,300 tahun itu dikatakan penemuan yang paling tepat dalam beberapa dekad. Di dalamnya terdapat perkataan yang bermakna "akhir".
Bagaimanapun menurut ketua ekspedisi, Marcello Canuto berkata:
"Teks di dalam batu ini merujuk kepada sejarah politik dan bukannya hayat dunia."
Pakar-pakar mendakwa ramalan Maya itu merujuk kepada permulaan sebuah era baru dan bukannya berakhirnya dunia.