blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Al-Fatihah - Jenazah Allahyarham OSMAN KERING Di Masjid Al Najihin

Friday, June 29, 2012

KUALA LUMPUR, 29 Jun -- Saudara dan sahabat handai pelawak terkenal tanah air, Osman Kassim atau lebih dikenali sebagai Osman Kering menziarahi allahyarham di Masjid Al Najihin, Bandar Sri Permaisuri di sin hari ini.

Osman, 54, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 3.45 petang tadi akibat batuk kering.


Kredit : Bernama
Read Full 0 comments

Singapura Berada DI KALIMANTAN - Web Rasmi OLIMPIK 2012


Nampaknya Jawatankuasa Sukan Olimpik 2012 telah tersalah menunjukkankan lokasi Singapura di laman web rasmi mereka http://www.olympic.org. Lokasi negara Singapura ditunjukkan berada di kawasan Kalimantan.

Bagi rakyat Singapura, ini adalah satu kesilapan yang serius kerana Jawatankuasa Olimpik 2012 tidak tahu lokasi sebenar negara mereka. Ada yang berpendapat Singapura tidak begitu penting di mata mereka atau mungkin Singapura adalah terlalu kecil dan tidak boleh dilihat dengan jelas pada peta.

Jika hendak dikatakan Singapura negara kecil, tetapi lokasi bagi negara Brunei yang juga negara kecil ditunjukkan dengan tepat.
Read Full 0 comments

Ibu DITAHAN, Misteri Lokasi DANIYAR..Di Sandhurst atau MALAYSIA?


Maira Nazarbayev telah ditahan di lapangan terbang Dubai pada Jumaat lepas, Jun 22 berikutan waran yang dikeluarkan oleh Interpol Kazakhstan (gambar atas) - sila lihat lampiran waran di sini.

Syarikat PR beliau yang berpengkalan di NY (http://www.5wpr.com/), telah menghantar kenyataan akhbar bagi pihak dirinya, termasuklah salah satu gambar beliau yang diambil di lapangan terbang Dubai, tidak lama sebelum ditangkap!. Untuk baca kenyataan berikut sila lihat di sini.


Kisah yang berlaku ini adalah apa yang selalu kita dengar sebagai 'art imitates life' ( seni meniru daripada kehidupan). Ternyata Maira Nazarbayev memiliki sebuah rumah bernilai USD 40 juta di Nice, Perancis, yang telah ditandatangani beberapa tahun lalu melalui Surat Kuasa Wakil kepada kekasihnya yang berasal dari Azerbaijan berusia 34 tahun (gambar) seperti dinyatakan dalam lampiran waran. Rumah ini pada asalnya diletakkan atas nama anaknya yang paling kecil (dan jelas sekali dibeli dengan wang bekas suaminya). Seperti yang difahami, dia kini diwakili oleh 3 firma undang-undang di Amerika Syarikat:

Rovshan Sharifov, lihat sini, Russ Nazrisho, lihat sini dan Lubov Stark, lihat sini.

Berikut adalah jenayah yang dilakukan Maira, seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Negara AS pada tahun 2010: (http://kazakhstan.usembassy.gov/hrr-2010.html)

b. Kehilangan

Pada 14 Ogos, Edgar Salduzi, seorang ahli perniagaan terkemuka yang terlibat dalam pertikaian perniagaan yang sangat publisiti dengan Maira Nazarbayeva, ipar kepada Presiden Nazarbayev, telah hilang selepas meninggalkan rumahnya untuk bertemu dengan rakan kongsi perniagaan. Polis dan Jawatankuasa Keselamatan Negara telah menemui semula ahli perniagaan yang telah diculik ini dalam keadaan selamat pada 27 September.

Berkaitan dengan anaknya pula yang juga merupakan bakal menantu kepada Perdana Menteri kita, Daniyar Nazarbayev, selepas didapati menipu untuk mendapat ijazah daripada Universiti Colombia dan bertunang anak perempuan Perdana Menteri, dia dikatakan telah mendaftar di dalam akademi tentera Sandhurst yang berprestij. (http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/daniyar-nazarbayev-now-in-sandhurst-despite-doubts-over-academic-background/)

Akademi Tentera Sandhurst

Sebenarnya peluang untuk warga Kazakh diterima ke dalam program itu amat sukar. Daniyar dilihat di New York bersama ibunya pada Mei 2012, sebelum ibunya pergi ke Dubai dan berakhir di dalam penjara di sana.

Jika benar dia berada di Sandhurst sekarang, (tetapi kita tahu dia sebenarnya tidak) semesternya akan tamat pada musim luruh ini (sekitar Disember). Laporan berita dari Malaysia "memberitahu" dia berada di sana pada bulan lalu, sedangkan sebenarnya dia tidak pernah berada di sana. Ini merupakan satu lagi penipuan mereka kepada orang ramai.

Berikut adalah gambar-gambar dia mengikuti latihan ketenteraan. Lihatlah latar belakang dan rakan sepasukannya, tidak kelihatan seperti orang British langsung. Bolehkah anda, atau rakan-rakan di Malaysia mengenal pasti lencana unitnya itu?. Dia berkemungkinan ditempatkan dalam beberapa unit ketenteraan tempatan, atas ehsan bakal bapa mertuanya...





Kredit : m2day
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks