blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Ibu DANIYAR DITAHAN Di Dubai?

Thursday, June 28, 2012

PETALING JAYA: Mair Nazarbayev, ibu kepada bakal menantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak , Daniyar Nazarbayev, dipercayai telah Ditahan di Dubai sebelum beliau terbang ke Eropah untuk bercuti.

Menurut sumber, wanita Kazakhstan berusia 50 tahun telah ditahan pada hari Jumaat lalu oleh polis Dubai berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Interpol, dan tindakan itu diambil oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Kazakhstan.

Bagaimanapun kami masih belum dapat mengesahkan penangkapan tersebut dengan pihak berkuasa Dubai. E-mel yang dihantar kepada jurucakap beliau, Torossian Rönn Juga juga tidak dijawab.

"Dia kini telah ditahan dan di bawah jagaan Dubai. Beliau diwakili oleh Tiga Firma Undang-undang Amerika Syarikat dan dia mempunyai firma PR berpengkalan di New York untuk membantu beliau menjaga imejnya," kata sumber itu kepada FMT.

"Beliau telah ditahan di lapangan terbang Dubai pada 22 Jun lalu," tambah sumber itu.

Mair telah berada di Dubai pada 18 Jun setelah terbang dari Amerika Syarikat (AS). Beliau sedang dalam perjalanan ke Eropah untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan.

Beliau kemudiannya mengeluarkan kenyataan media melalui Torossian, menyatakan bahawa beliau BEBAS untuk melakukan sebarang perjalanan dan menolak dakwaan yang mengatakan dirinya dikehendaki oleh Interpol untuk pelbagai aktiviti jenayah.

Beliau berkata laporan media Amerika mengenai noti Interpol bahawa dirinya "dikehendaki" tidak tepat. Gambar-gambar dirinya berada di lapangan terbang New York dan Lapangan Terbang Dubai telah dihantar kepada seluruh media untuk menunjukkan dirinya bebas dan boleh melancong.

Anaknya Daniyar telah bertunang dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa.

Mair menjadi tumpuan baru-baru ini berikutan laporan berita New York Post  mendakwa bekas suaminya yang merupakan seorang seorang jutawan telah ditipu beliau berkaitan sebuah apartmen 4,000 kaki persegi dan berada di dalam senarai "dikehendaki" oleh Interpol.

Beliau bagaimanapun menolak dakwaan bekas suaminya, Bolat Nazarbayev dan menegaskan masih berkahwin. Bolat adalah saudara kepada Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.

Beliau juga menolak bahawa beliau dikehendaki oleh Kazakhstan di atas pelbagai kesalahan jenayah, termasuk kesalahan penculikan, membuat ugutan dann ancaman kecederaan fizikal untuk mendapat dana daripada syarikat bersekutu perniagaan, dan melakukan ancaman yang menggunakan kekerasan jenayah kepada orang lain untuk melakukan pemindahan harta ke atas nama keluarganya.

Sehingga berita ini dikeluarkan, belum ada sebarang pengesahan daripada Polis Dubai dan Torossian di atas status penangkapan Mair.



Kredit : FMT
Read Full 0 comments

Morsi TOLAK Ucapan Selamat Dan TIDAK IKTIRAF KERAJAAN ASSAD


KAIRO - Presiden Mesir, Muhammad Morsi, menolak telegram ucapan selamat daripada diktator Syria Bashar Assad di atas kemenangannya dalam pemilihan presiden Mesir.

Seperti para pemimpin negara jiran lain, pada pagi Selasa (26/6/2012) diktator Syria Bashar Assad turut menyampaikan ucapan selamat menerusi telegram kepada presiden Mesir yang terpilih, Muhammad Morsi. Namun Morsi menolak ucapan selamat dari Bashar Asad dan tidak mengiktiraf kerajaan kepemimpinannya.

Menurut sebuah akhbar berbahasa Arab, Al-Quds Al-Arabi yang diterbitkan di London melaporkan Morsi mengirimkan jawapan penolakannya dalam jawapan ringkas.

"Dari Muhammad Morsi…Presiden Republik Arab Mesir.

Berkaitan pernyataan anda di atas ucapan selamat, Kami menolak untuk menerimanya dan Kami tidak mengiktiraf kepimpinan Anda. Pihak yang mewakili rakyat Syria adalah Tentera Kebebasan Syiria dan Dewan Pimpinan Revolusi.

Hidup Syiria dengan Kemedekaan dan Kebebasan!

Muhammad Mursi,"

demikian jawapan Presiden Mesir itu.

Surat penolakan Mursi terhadap ucapan selamat dari Bashar Assad dan penolakan untuk mengiktiraf kepemimpinannya di Syria juga beredar luas di laman jejaring sosial. Menurut pengguna jejaring sosial juga memaklumkan bahawa surat Morsi juga telah diterbitkan oleh laman stesen TV Al-Arabiya.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks