Inilah dia peminat tegar pasukan bola sepak England yang sanggup melondehkan seluarnya hingga menampakkan kemaluan semata-mata untuk menarik perhatian pemain Italy ketika mengambil sepakan penentuan.
Tim O'Leary, 35, berkata semalam:
"Saya hanya mencuba untuk membantu sedikit. Ia adalah saat yang penting. Saya melakukannya untuk melihat England menang - tetapi malangnya ia tidak berjaya ".
Sebelum ini diberitakan
di sini seorang penyokong misteri pasukan England yang memakai jersi penjaga gol England dan memakai rambut palsu berdiri di tempat duduk penonton di belakang penjaga gol Joe Hart - dalam usaha untuk mengalih pandangan Diamanti agar rembatannya tersasar.
Tim mendedahkan dia terpaksa amat kecewa apabila menyaksikan pasukan England disingkirkan.
Beliau berkata:
"Saya hampir mengalami serangan jantung apabila England gagal .
"Saya terpaksa melakukannya (melondehkan seluar) saya tahu kami akan kalah dan saya mahu mencuba menarik perhatian pemain itu. Saya melakukannya sambil memakai sarung tangan, but bola sepak, anda namakan apa sahaja. Lepuh di kaki saya juga benar-benar menyakitkan. "
Isteri Tim, Klara pula beranggapan usaha suaminya amat lucu.
Londeh ... Tim O'Leary di khalayak ramai
"Isteri saya sedang mengandung kembar 8 bulan . Beliau mendapati ia sangat-sangat melucukan."
Tim, yang tinggal di rumah bernilai £6million (lebih RM29 juta) di Surrey berhampiran England, kawasan penemmpatan yang sama dengan John Terry, merupakan seprang jutawan yang memiliki sebuah syarikat perdagangan dan dia membelanjakan banyak wang untuk pasukan England.
Kredit : The Sun