blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Peserta Tuntut ROYALTI Bermandi DARAH Untuk Serah Memo

Tuesday, June 26, 2012
Peserta Himpunan ROYALTI dipukul - sumber FB Royalti

KOTA BHARU: Ketika Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Nazri Deraman menyerahkan memorandum sokongan terhadap tuntutan royalti kepada Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa pada jam 10.45 pagi di hadapan pagar pejabat SUK, ada pihak yang membaling kayu.

Pihak polis sempat merampas kayu berkenaan.

Semasa pihak kumpulan Royalti (R) membacakan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ikhwan, kumpulan MTRK memasang muzik.

Ramai yang duduk dan mengaminkan doa tersebut sementara kumpulan satu lagi hanya asyik menyebut 'air' dan 'rakyat'.

Begitupun, suasana terkawal dan himpunan menyokong tuntutan royalti berakhir kira-kira jam 11.00 pagi.

Ada pihak melepaskan asap kuning di tepi jalan sebelum itu.

Pada sebelah pagi tadi, suasana tegang di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini apabila kumpulan menyokong royalti bertembung dengan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK).

Kumpulan menyokong tuntutan royalti berpuluh kali ganda daripada MTRK yang diketuai adik Ibrahim Ali. Seorang penyokong menuntut royalti dicedera di muka dipercayai ditumbuk oleh penyokong Umno.


Ketika pemimpin tuntutan royalti berucap, kumpulan satu lagi memasang kaset dikir barat.

Ramai anggota polis berkawal di situ dan memberitahu kedua-dua pihak mendapat keizinan polis.

Ssementara itu, jalan raya sesak kerana kehadiran orang ramai semakin bertambah.

Semalam, aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Jeming Hassan berkata, perhimpunan pihak tertentu dikatakan didalangi Tukar dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.

“Perhimpunan dianjurkan Royalti (R) mendapat kelulusan polis bagi menyokong titah baginda Sultan mendaratkan gas di Kelantan.


“Sedangkan satu lagi didalangi Tukar dan MTRK yang cuba menyaingi perhimpunan anjuran Royalti. Jadi saya mahu Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari menjelaskan perhimpunan yang mana haram,” katanya.



Sumber : Harakah, FB Royalti
Read Full 0 comments

Penyokong Englang DEDAH ALAT SULIT Ketika Itali Ambil SEPAKAN PENALTI


Seorang penyokong pasukan England telah melondehkan seluarnya dan mendedahkan alat sulitnya dalam usaha untuk menarik perhatian pemain Itali daripada berjaya menjaringkan gol ketika mengambil sepakan penalti malam kelmarin.

Seorang penonton yang mengambil gambar dapat mengesan seorang penyokong nakal - yang memakai jersi penjaga gol England dan berambut palsu - berdiri di atas tempat duduk penonton betul-betul di belakang pen jaga gol England, Joe Hart.

Gambar ini diambil ketika Alessandro Diamanti sedang menjaringkan sepakan penalti penentuan.

Rakan beliau disebelahnya juga kelihatan akan melakukan perkara yang sama - tetapi sedikit terlambat untuk menanggalkan seluarnya.

Penyokong nakal ini berada di dalam seksyen Stadium Olimpik yang menempatkan campuran penyokong - serta terdapat ramai kanak-kanak.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua lelaki itu turut melondehkan seluar mereka ketika pemain-pemain Itali yang lain mengambil sepakan penalti dimana England tewas 4-2.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks