blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Pad 1Malaysia ADA KAITAN Dengan DEMO KEPALA LEMBU?

Monday, June 18, 2012

PETALING JAYA: Sebuah e-mel telah tersebar di ruang siber menggesa rakyat Malaysia untuk memboikot daripada membeli Pad 1Malaysia, kerana ia syarikat jualannya itu diketuai oleh salah seorang peserta dalam protes kepala lembu yang heboh pada tahun 2009 lalu.

E-mel dengan gambar-gambar yang menunjukkan Shohaimi Shahadan, Pengerusi Eksekutif MalTechPro Sdn Bhd melancarkan pad 7-inci itu bulan lepas.

Pad 1Malaysia menggunakan sistem operasi Android Gingerbread.

E-mel itu turut menggesa rakyat Malaysia agar tidak membeli produk tersebut walaupun jika ia lebih murah daripada tablet buatan China.

Shohaimi didakwa sebagai kroni Umno yang turut mengambil bahagian dalam protes 2009 di Shah Alam terhadap hasrat kerajaan negeri Selangor untuk memindahkan sebuah kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Aksi tunjuk perasaan tersebut telah menimbulkan kemarahan penganut Hindu kerana mereka mengheret kepala lembu, haiwan yang dianggap suci bagi agama Hindu. Penunjuk perasaan juga telah berkata sanggup bermandi darah jika kuil itu dipindahkan ke Seksyen 19.

Umno menafikan mereka menjadi dalang disebalik tunjuk perasaan tersebut, tetapi gambar yang diambil di tempat kejadian menunjukkan bahawa penunjuk perasaan terdiri daripada beberapa pemimpin cawangan parti itu di Selangor.

Difahamkan bahawa Pad 1Malaysia akan mula memasuki pasaran pada bulan depan pada harga RM999 untuk 5,000 unit pertama. Shohaimi tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.



Kredit : FMT
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks