Berani...seorang lelaki turun untuk menyelamatkan kanak-kanak malang itu.
Ia adalah saat-saat yang kritikal apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun hampir terjatuh dari sebuah balkoni. Jika tidak kerana kepalanya yang tersangkut di celah jeriji besi yang memagari balkoni tersebut pastinya dia sudah jatuh ke bawah dari tingkat keenam bangunan pangsapuri di Zhaoging, China. Bagaimana dia boleh berada di situ masih belum diketahui.
Selamat...kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun.
Lelaki berani itu menolak kanak-kanak malang itu kepada ibu bapanya.
Menyedari bahawa kanak-kanak itu boleh terjatuh pada bila-bila masa, seorang jiran yang tinggal di tingkat 7 telah memberanikan diri memanjat turun ke arah kanak-kanak itu. Beliau kemudiannya berdiri di atas bumbung tingkat lima dan menolak kanak-kanak itu ke arah ibu bapanya.
Kejadian yang berlaku itu hampir sama dengan satu kejadian yang berlakui di Guangzhou, China, beberapa hari lepas di mana seorang lelaki telah memanjat ke bangunan sebelah untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki. Lelaki tersebut telah menolak kanak-kanak itu kembali melalui pagar selepas kepalanya tersekat dan dia terjuntai pada ketinggian 40kaki dan orang ramai bersama pekerja kecemasan bersedia dengan selimut kuning untuk menyambutnya andai dia terjatuh.
Kejadian hampir serupa.