blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kepala Burung Terputus MELAYANG Ketika MAKAN TENGAHARI

Friday, June 8, 2012

Sedang anda menikmati makan tengahari, tiba-tiba ada kepala burung yang terputus melayang di jatuh atas meja anda dan bersebelahan pinggan anda.

Kedengarannya ia agak ganjil, tetapi itulah yang berlaku kepada kepada Teo, 37, di kedai kopi Blok 293, Yishun Street 22, Singapura .

Seekor burung tiung telah terbang masuk ke dalam sebuah kedai kopi dan melanggar bilah kipas siling yang sedang berpusing.

Ketika itu Teo sedang makan tengah hari bersama dengan dua rakan sekerjanya pada hari Isnin (4/6/2012) ketika insiden itu berlaku pada kira-kira 12:40 tengahari.


Dia dan rakan-rakannya cuba untuk mencari tubuh burung tiung tersebut, bagaimanapun mereka tidak menemuinya. Menurut Encik Teo, leher burung tersebut tidak mempunyai kesan darah, begitu juga pada pakaian mereka atau persekitaran.

Pemilik kedai tersebut berkata ini bukanlah kali pertama ia berlaku. Menurutnya burung sering terbang ke dalam kedai kopi itu, dan perkara yang sama pernah berlaku dua tiga bulan yang lalu.

Bagi mengelakkan kejadian itu berulang, pemilik kedai kopi tersbut telah memasang jaring di sepanjang sisi kedai kopi bersebelahan jalan. Walau bagaimanapun ia tidak membawa sebarang perubahan.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks