blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Anak Mati HIDUP SEMULA Minta Air

Thursday, June 7, 2012
 Kelvin Santos..kanak-kanak malang.

Menurut laporan ORM Portal, degupan jantung Kelvin Santos sudah berhenti dan disahkan meninggal dunia pada jam 7.40 malam pada hari Jumaat (1/6/2012) ketika menjalani rawatan radang paru-paru di hospital Belem, Selatan Brazil. Jasadnya telah dibawa pulang dan diletakkan di dalam keranda yang masih terbuka.

Keeseokan harinya, sejam sebelum dia dikebumikan semua tetamu yang sedang berkabung terkejut apabila Kevin Santos telah bangkit dari keranda dan berkata "Ayah, bolehkah saya meminta sedikit air?”.


Ayahnya Antonio berkata: “Semua orang mula menjerit. Kami sangkakan keajaiban telah berlaku.


“Kemudian Kelvin baring semula. Kami tidak dapat membangunkan ia semula. Dia telah mati sekali lagi.

Upacara pengkebumian telah ditangguhkan selama sejam bagaimanapun doktor mengesahkan dia telah meninggal dunia.

Polis sedang menjalankan siasatan. Antonio percaya doktor telah melakukan kecuaian ketika mengesahkan Kelvin sudah meninggal dunia pada kali pertama.

“Mungkin mereka tidak memeriksa anak saya dengan teliti. Orang yang sudah mati tidak akan bangun dan bercakap.” tambahnya.

Antonio...kecewa.
Read Full 0 comments

Kenali Shabiha : Skuad PEMBUNUH ASSAD

Seorang lelaki sasa yang diidentifikasi sebagai Areen al-Assad anggota kumpulan keluarga pemerintah -bergaya di hadapan kamera.

Kumpulan shabiha pada mulanya awalnya adalah sekelompok pemeras ugut dan penyeludup. Tapi kini, mereka menjadi pasukan paling taat rejim Assad, mereka kini lebih dahagakan darah, menurut Harriet Alexander dan Ruth Sherlock yang diterbitkan oleh Telegraph.

Pintu klinik Dr. Mousab Azzawi di pantai Mediterania Syiria, sentiasa terbuka bagi sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Malangnya ia beroperasi di pusat tentera shabiha yang paling digeruni, beberapa pesakitnya lebih suka untuk tidak menerima rawatannya.

"Mereka umpama gergasi," ujar Dr. Azzawi yang bekerja di Latakia. "Mereka memiliki otot yang sasa, perut yang besar, janggot yang lebat dan mereka semua memiliki tubuh yang sangat tinggi dan menakutkan."

"Saya harus bercakap dengan mereka seperti kanak-kanak, kerana shabiha menyukai orang yang memiliki tahap kecerdasan yang rendah. Tapi itulah yang membuatkan mereka begitu mengerikan - gabungan kekuatan keganasan dan kesetiaan membuta tuli terhadap rejim."

Saat presiden Bashar al-Assad meneruskan perang sivil secara rambang, shabiha yang sememangnya ganas, berada di dalam dunia gelap kini telah keluar ke tempat terbuka.

9 hari lalu, 108 orang (termasuk kanak-kanak dan kaum perempuan) dibunuh oleh shabiha di kota Houla. Tentera pro-Assad ini memasuki kampung dan ke rumah-rumah, mengelar leher sesiapa yang mereka temui termasuk 49 orang kanak-kanak. Seminggu kemudian, shabiha menarik 12 pekerja kilang dari sebuah bas di kota Qusayr, sekitar 40 batu di bahagian selatan, mengikat tangan mereka ke belakang dan menembak kepala mereka.

"Ini anak saya, ini anak saya." ujar seorang lelaki tua di dalam sebuah video di dalam YouTube, saat ia menarik jenazah anaknya yang berbaring menghadap ke atas dengan kemeja birunya yang dipenuhi darah.

Dunia baru sahaja mengetahui betapa shabiha sangat dahagakan darah. Tetapi di Syiria, keganasan mereka yang mengerikan telah lama diketahui.

"Malah sebelum revolusi, setiap kali ada kerusuhan, mereka akan turun ke jalan dan menghentikannya untuk pemerintah," ujar Selma yang berasal dari keluarga Alawiyah, sebuah kelompok Syi'ah di mana keluarga Assad dilahirkan dan hampir semua yang berada di sana adalah shabiha. Sepupunya juga shabiha.

"Mereka mematahkan lengan dan kaki orang. Mereka berperang untuk Bashar sampai mati. Itu biasa, mereka harus membela kelompok mereka," ungkapnya.

Sepupu-sepupunya juga berpakaian awam, jelasnya. Maka televisyen akan dapat mengatakan bahawa mereka ini hanyalah orang awam yang mencintai Bashar.

Bagaimanapun sesiapa yang terselamat dari pembunuhan di Houla tahu bahawa mereka adalah shabiha dan bukannya tentera, kerana orang-orang itu mengenakan kasut sukan putih dan bukannya but hitam tentera.

Pembunuhan di kedua-dua belah pihak meningkat, pasukan pro-rejim dan pejuang pembangkang saling tuduh menuduh melakukan serangan. Tapi sebenarnya adalah shabiha, yang bermaksud hantu di dalam bahasa Arab, yang mendalangi keganasan paling mengerikan ini.

Presiden Assad dan ayahnya, Hafez, menggunakan shabiha untuk memaksa rakyat Syiria sentiasa taat, mereka mencuci otak tentera mereka sehingga mereka menyatakan bahawa Sunni adalah musuh mereka.

Alawiyah adalah cabang Syi'ah yang terpisah pada abad kesembilan, percaya bahwa solat dan puasa tidak perlu. Mereka menambahkan kepercayaan mistik dalam keyakinan mereka dan beberapa ulama mengatakan Alawiyah telah memasukkan unsur-unsur agama kristian di dalam kepercayaan mereka.

Mereka menjadi kumpulan paling kuat secara politik di Syiria, dan sebahagian besar perisik negara dan perwira tentera menganut aliran ini.

Awalnya, menurut Selma, shabiha adalah kumpulan mafia, mendapat wang melalui peras ugut dan penyeludupan. Selma mengatakan sepupunya kaya raya melalui penyeludupan diesel, susu dan alatan elektronik. "Apa sahaja yang lebih murah di Syiria dibawa ke Lubnan dan apa sahaja yang diperlukan di Syiria didatangkan dari Lubnan," ujar Selma.

Keluarga penguasa Assad menutup mata terhadap perilaku jenayah dan kekerasan mereka. Sebagai ganjarannya, shabiha menjadi pembela yang paling setia kepada Assad.

"Mereka didorong oleh keyakinan bahawa mereka berperang untuk kelangsungan hidup mereka," ujar Dr. Azzawi. "Assad mengatakan kepada mereka, mereka harus membela pemerintah atau mereka akan dihancurkan, anda perlu membunuh atau anda akan dibunuh."

Dr. Azzawi yang kini mengendalikan Jaringan Syiria untuk Hak Asasi Manusia di London, menunjukkan sebuah video shabiha.

Seorang lelaki sasa yang diidentifikasi sebagai Areen al-Assad anggota kumpulan keluarga pemerintah -bergaya di hadapan kamera dengan senjatanya, terseringai di dalam kenderaannya dan memperlihatkan otot-ototnya. Ia juga memiliki tatoo wajah Assad di lengannya.


Di akhir video, shabiha ini berkata : "Bashar, jangan sedih, Anda memiliki lelaki yang meminum darah."

"Ini adalah moto mereka," jelas Dr. Azzawi. "Mereka diperlakukan seperti binatang, dan dimanipulasi oleh bos mereka untuk melaksanakan pembunuhan tidak terkawal."

Hamza al-Buweida, seorang aktivis Sunni dari wilayah Qusayr, mengatakan kepada Telegraph bagaimana mengerikan ketika sahabat baiknya ketika kecil berjaya ditarik menjadi anggota shabiha.

"Malah ketika kami di universiti, ia melihat Bashar seperti adalah Allah. Tidak seorang pun diizinkan untuk mengatakan sesuatu yang buruk tentangnya."

"Ada sesuatu dalam agama mereka yang menggerakkan mereka. Dan media pemerintah menakuti mereka bahawa 'teroris' akan membunuh mereka jika Bashar jatuh dari kekuasaan," tambahnya.

"Pihak tentera memberi kawan saya pistol, ia mula menggunakannya untuk menembak orang-orang ketika demonstrasi."

Tidak jelas bagaimana para lelaki ini dibayar, meskipun banyak yang mendakwa shabiha didanai oleh usahawan yang terikat dengan Alawiyah yang mendominasi pemerintahan.

Apa yang diketahui adalah shabiha juga memiliki motif ekonomi yang kuat untuk membela rejim. Mereka mampu mendapat sehingga 120 euro sehari.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks